بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
18 Januari 2025 Ahad.
Mula-mula dapat tahu ada ceramah dan kehadiran Tunku Besar Tampin di Masjid Repah selepas selesai tahlil. Asalnya tidak dapat sertai sebab ingat Abah nak balik ke Melaka selepas Asar. Rupanya Abah nak dengar ceramah jadi balik lepas habis acara.
![]() |
| Di Sebalik Tirai |
Lupa nama. Kata peserta rancangan Astro Oasis ketika ini. Tidak silap Mualim Muda. Siapa tahu?
Ya Allah setepek kena sebab waktu itu tiba-tiba mengantuk. Dia kata ketika kita dengar tazkirah syaitan akan kenakan kita 3 benda. Mula-mula celak bagi mengantuk, kemudian gincu untuk bising/bercakap-syukur tidak bercakap-cakap dan rotan untuk badan bagi kita tidak betah duduk diam. Paksa diri untuk tidak terlelap.
Kemudian ceramah tentang adab. Apabila ceramah tamat pukul 9 lebih maka ada acaraca bagi cenderamata Tunku Besar Tampin YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri
Lepas solat Isyak terus ke tempat makan macam tempat semalam. Ramai betul. Tidak ambil gambar sebab cepat-cepat ambil makanan. Makanan disediakan oleh Makchek. Nasi putih, masak lemak daging salai, sayur campur, sambal ikan keli dan sambal belacan. Haha terlupa ada ikan madin atau ulam. Aduh memang kena ambil gambar. Nasib baik dapat duduk meja panjang. Kira saya orang terawal. Memang cepat-cepat makan sebab hendak balik ke Melaka.
Sampai ke Melaka hampir pukul 11 malam.
P.S: Habis sudah pos mengenai aktiviti hujung minggu lepas.




No comments:
Post a Comment