بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bersiaran daripada Hotel 24 di Sungai Besar. Rehat sambil menulis untuk blog. Datang sini Abah dan Emak. Emak ajak. Mula-mulanya teragak sebab puasa sunat tapi pergi juga untuk tinggal kepada kebun. Entah bila akan singgah ke Sungai Besar lagi kalau sudah tiada urusan.
Bertolak dari Melaka pukul 11 pagi. Singgah R&R Ayer Keroh untuk isi minyak dah isi semula Touch&Go. Kali ke-2 berhenti di R&R Dengkil Utara untuk Abah makan tengahari. Saya dan Emak tunggu dalam kereta. Sementara tunggu ambil gambar dari kereta
Sampai kebun keluar daripada kereta pukul 3:28 petang. Ambil gambar buat kenangan.
Kebun ini bersebelahan kubur Islam.
Harap orang yang beli dapat bangunkan dengan lebih baik. Lepas sudah tengok dan ambil gambar kami ke masjid untuk solat. Lepas solat ambil gambar. Saya ambil gambar waktu solat untuk rujukan kalau hotel saya tidak dengar bunyi azan.
Apabila puasa rasa macam lemau dan ambil berat waktu solat Maghrib. Lagilah bermusafir.
Cari hotel selepas itu di bandar dan dekat tempat makan. Maka Hotel 24 dipilih terletak di kawasan kedai. Ada 2 aras. Dapat Aras 1. 1 katil permaisuri dan 1 katil seorang. Malas ambil gambar bilik. Selesa sebagai hotel asas.
Selepas itu singgah restoran. Tidak banyak pilihan sebab makanan dah habis dan makanan panas yang terhad. Saya minta nasi goreng pattaya dan air teh tarik.
Lepas Emak dan Abah habis makan, kami bawa barang masuk bilik. Restoran ini seberang hotel.
Harap jual beli kebun berjalan lancar. Amin.













No comments:
Post a Comment