Nuffnang

Saturday, May 28, 2011

Aktiviti Hari Ini Dan Kisah Biskut Raya


Assalamualaikum...

Menulis waktu malam pula. Hehe, bertukar-tukar masa dan angin untuk menulis. Ok, seperti yang saya beritahu sebelum ini saya menemani emak ke Kolej Komuniti Masjid Tanah untuk belajar mengukir buah. Ketika sampai dalam pukul 9 pagi. Ada seseorang beritahu kelas mengukir buah pukul 10 pagi. Sementara nak 'bunuh masa' tu, mak,saya dan beberapa rakan sekerja mak pergi memerhatikan cara membuat pau secara sejuk beku. Memandangkan kami tidak daftar dalam kursus ni maka kami hanya memerhati peserta untuk membuat pau. Saya perhatikan resipi untuk doh pau tu lain. Oh untuk makluman semua, ahli keluarga saya terutama sanak-saudara sebelah emak memang bergiat dalam pembuatan makanan cuma kecenderungan jenis makanan lain-lain. Sepupu saya, Assila berkecimpung dalam membuat makanan sejuk beku seperti popia daging, samosa, pau goreng, karipap pusing. Makchek dan Uncle Abuk pula lebih pada masakan jenis kenduri kahwin atau menyedia makanan untuk jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah. Malahan ketika H kahwin, Makchek yang jadi katerer. Cik Ya pula membuat roti, kek, biskut raya dan sedikit jualan makanan sejuk beku. Malahan saya selalu menolong Cik Ya membuat biskut raya. Mimok pula, hmm boleh saya katakan menyediakan makanan yang pelbagai, membuat lauk-pauk,rendang sejuk beku, masakan barat. Pak Tam, Auntie Nani pula ke arah jual makanan untuk kantin sekolah. Pakcu dan Mak Lang pula di kaunter makanan (food court). Memang kalau kami berjumpa, topik adalah mengenai makanan, bertukar-tukar resipi dan demo masakan. Hehe. Kami adalah keluarga yang rajin masak. Kalau ketika hari perayaan, ketua tukang masak ialah Mimok. Dia yang akan menentukan masakan apa untuk dimasak beramai-ramai dan siapa masak untuk masakan apa. Mimok memang seorang pengkritik makanan. Siapa buat masakan apa, dia rasa dan kemudian beri komen. Haha adik saya Y pernah suruh Mimok masuk Masterchef.

Tahun lepas saya tak dapat tolong Cik Ya buat biskut raya sebab sibuk dengan hal lain. Maka ada biskut yang Cik Ya tak tawarkan untuk dijual. Mimok pula tanya kenapa tak buat biskut tu, nama biskut tu Snow Crown Princess, Cik Ya tunjuk pada saya. "Ni Na tak tolong Aya tahun ni, tu tak buat. Dia yang selalu tolong Aya buat biskut tu." Mok pandang saya, "Na buatlah." Saya pula asyik sebut "Ya Allah. Ya Allah."

"Apa asyik sebut ya Allah ni. Cakaplah boleh buat." Saya pula terkesima. Bukan apa biskut tu gila susah nak terap dengan lembut mudah rapuh berderai. Maksudnya mudah pecah. Mahu menangis buat biskut tu. Kena sabar buat waktu puasa dengan penat dan kena uli adunan yang sangat lembik. Memang biskut tu menguji kesabaran dan Cik Ya memang tak bagi orang lain sentuh adunan biskut dan biskut tu kecuali saya dan Cik Ya je. Maaflah Mok kerana mengecewakan. Lagipun kalau saya buat sendiri pun, saya tiada telap untuk simpan biskut.

Eh jauh lari tajuk. Sambung balik. Kami memerhati peserta membuat pau sambil bincang-bincang dengan emak. Buat bandingan, resipi ini lagi senang nak buat. Semangat mak saya nak cuba. Saya perati je takde ambil resipi.

Akhirnya kami tidak jadi belajar buat ukir buah pun. Pengajar masih tak bertolak walaupun dah hampir pukul 11 pagi. Tak silap dia ada hal di Putrajaya. Maka mak membatalkan untuk belajar mengukir buah untuk hari ini ditukar pada hari lain. Lagi pula mak dan saya nak menghadiri kenduri kahwin depan surau. Nanti apa kata tuan rumah kalau kami tak datang padahal rumah kami dekat aje.

Lepas Zohor pergi kenduri. Ramai orang ketika ini. Lauk memang sedap tapi waktu ambil tu katerer tu tengah nak isi semula. Servis orang urus angkat pinggan kotor, letak cawan memang lambat. Tak nak cakap hal ini.

Ok itu aje aktiviti hari ini. Penat tapi terisi juga masa. Jumpa lagi. Esok pun ada kenduri kahwin lagi. Maka cuti ini dihabiskan dengan makan di luar, makan lauk kenduri sahaja. Hehe. Tidak payah masak.

Biskut yang berwarna hijau itulah namanya Snow Crown Princess yang seksa nak buat


Pilihan lain untuk biskut bercoklat

 

Biskut yang Cik Ya tawarkan ketika saya membantu dia

 



Friday, May 27, 2011

Tulisan Tiada Gambar...Perkembangan Peraduan Undi Perisa Susu Kegemaran Anda



Assalamualaikum...


Bertemu kembali. Hari ini merupakan hari terakhir untuk mengundi perisa pilihan Dutch Lady.  Setakat ini (saya baca di dinding), perisa pilihan saya karamel toffee mengungguli carta. Diikuti rapat dengan jagung, tembikai susu dan kacang merah. Haha semakin giat saya mengundi. Harap-harap karamel toffee akan terus di hadapan dan menjadi pilihan utama seterusnya perisa yang akan dikeluarkan dalam edisi khas.Keputusan perisa yang mengungguli carta akan diumumkan pada 29 Mei 2011 di Pusat Membeli-Belah One Utama, Damansara. Kalau korang tak suka karamel toffee menang baik korang undi banyak-banyak perisa pilihan korang. Hehe.


Pada sisi lain pula, esok bermula cuti sekolah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong sementelah akhir bulan, gaji pun dah keluar. Hehe. Bagi saya cuma pulang ke kampung dan menghadiri kenduri kahwin yang sangat giat. Mungkin satu hari sama ada Sabtu atau Ahad akan menghadiri 2-3 kenduri kahwin. Esok pula, insyaAllah teman mak hadiri kursus mengukir buah-buahan. Mak cakap, saya tak nak ikut buat pun takpe, sekadar perhati dan tahu bagaimana buah-buahan diukir. Mak memang rajin mengajak untuk temankan dia. Antaranya senam robik,pendaftaran pelajar asrama Tingkatan 1 dan lain-lain. Saya tahu saya ni kurang nak tambah pengetahuan untuk kemahiran hidup ni. Takpelah perhati ajelah mana tahu senang rupanya nak ukir buah (macam buat coklat gila kerepek senang) kalau bosan macam tadi saya melukis masukkan dalam blog, boleh pula saya mengukir buah-buahan untuk isi masa senggang. Saham diri sendiri pun boleh melonjak.


Tulisan ni nak menebus lukisan buruk rasa entahapa-apa yang saya pos sebelum ni. Mesti ada pembaca buka tulisan 'Bertukar Angin Untuk Melukis' merasa geram tengok-tengok lukisan tu aje takde isi. Jumpa lagi. Saya saja nak pelbagaikan pos. Harap-harap takde yang marah tengok lukisan tu.


Selamat hari Jumaat...