Nuffnang

Thursday, December 8, 2022

Tenggelam Seminggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Seminggu blog ditinggalkan. Rasa penat dan kurang sihat. Majlis resepsi pengantin lelaki di rumah Pak Tam pun tidak dapat hadir pada Ahad lepas  Konon-konon hendak warna hijau pudina Tengok-tengok jadi merah jambu. Sudah saya kata susah cari warna hijau pudina untuk ramai-ramai dan saat-saat akhir. Lainlah rancang setahun macam keluarga kitorang cari warna salmon.

Ada berita kurang seronok. Belajar untuk hadam dan terima. Rasa tidak seronok tapi jika ia ditakdirkan terbaik buat saya oleh Allah. Apapun masih doa untuk tolak/tukar keputusan ini.

Oklah itu sahaja hendak bebel bagitahu mengapa senyap seminggu lebih. Ada perkara menarik kita tulis lagi dalam blog.


Tuesday, November 29, 2022

Sambutan Hari Jadi Untuk Mereka Yang Lahir Bulan November

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

4 orang yang menyambut harijadi pada bulan November. Hanya 3 orang yang ada. Seorang berada di luar negara.

Pada hari Ahad 27 November kami menyambut harijadi mereka di Hotel La Crista. Rasa macam duta untuk hotel ini kerana kami juga telah sambut harijadi adik bongsu lelaki pada bulan lepas.

Gambar diambil sebelum makan. Waktu makan akan jadi sibuk kerana melayan ramai budak-budak. Lagipun meja kami terletak di bahagian lobi iaitu luar tempat makan bufet yang agak jauh. Kurang dapat selalu ulang-alik dan nikmati makanan.

Adik Lelaki Bongsu Ambil Selfie Sekeluarga



Bukan selalu dapat sambut harihadi bersama-sama di sini.

Keluarga Kami



Mereka yang diraikan.

Nuha-19 November 
Abah- 25 November 25th
Adik ipar (perempuan)- 28 November

Tidak dapat hadir 

Adik ipar (lelaki)- 24 November

Masa mula makan, Kakak sepupu dan suami serta anak bongsunya sertai kami. Meriah.