Nuffnang

Tuesday, October 7, 2025

Pemenang PV 200,000 - Hadiah Mug Ajaib

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tepat 3:33 petang, secara rasmi selamat terima parcel daripada Skynet setelah tertunggu-tunggu semalam.

Bungkusan Dengan Perkataan Fragile



Pada bungkusan memang tertulis deskripsi 'Mug'. Yeay terfikir boleh guna untuk khas buat air barli. Cuak mula-mula tapi alhamdulillah mug dapat dengan selamat.

Kotak Berisi Mug



Tengok mug warna hitam terfikir mana dia letak gambar. Oh! Ya, sebelum itu Linda ada minta 2 keping gambar jadi fikir hadiahnya 2 keping gambar dicetak pada kertas rupanya pada mug. Mug ini kena letak air panas. Belum cuba lagi. Lepas ini hendak buat.

Gambar Profil Blog Linda


Gambar Yang Saya Beri- Gambar Profil Saya Dan Gambar Sungai Matukituki Barat

Gambar Asal- Taman Botani


Gambar Asal- Sungai Matukituki Barat



Saya pemenang ke-2. Tersasar 5 nombor daripada 200, 000. Tidak sangka terpilih juga. Cepat juga nombornya naik. Rasa macam lambat lagi tapi itulah tanggal 27 September, kira-kira beberapa minggu Linda umum pencarian PV 200,000.

Tangkap Layar Skrin 200005



Tq Linda semoga murah rezeki. Hadiah ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya. Ini rujukan pautan pemenang di sini.

Kemaskini: Sudah buat air panas dengan mug ini. Ia bertukar warna.

Mug Hitam Menjadi Putih Dengan Gambar Jadi Jelas



Jumpa lagi.



Monday, October 6, 2025

Jujur Walaupun Rugi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali tebus MySARA itu pada 26 September (Jumaat). Beli guna itu 3 benda sahaja. Lain-lain banyak beli bahan basah jadi kena bayar sendiri.

Apabila pertama kali itu agak cuak juga sebab ada 2 jenis transaksi. Ada makcik ini nak cepat dan diapun ada 2 jenis transaksi juga jadi saya nak bagi dia dahulu sebab nak tengok bagaimana caranya. Oh!Ya, sebelum itu saya beratur tempat lain sebab tidak ramai orang tapi rupanya situ tiada khidmat MySARA.

Panjang cerita dipendekkan. Mula-mula imbas barang untuk MySARA. Kemudian dia pulangkan kad pengenalan dan 2 resit. Masa sibuk simpan kad pengenalan dan resit itu terlepas pandang tengok barang kena imbas dan kemudian bayar sahaja. Lepas bayar duduk tepi bagku disediakan (bagus Mydin) untuk tengok resit. Mula tengok resit barang MySARA, ok puas hati. Kuantiti dan barang sama. Cuma barang bayar, berderau sedikit tengok ada 2 perkataan Cameron. Terlebih bayar ke? Kemudian dia tak masukkan satu barang patut saya bayar dalam transaksi. Saya beli 2 cendawan enoki tapi daftar bayar cuma 1. Jadi saya datang balik kaunter bayaran tersebut. Tunggu orang barang kena imbas itu habis transaksi.

Alhamdulillah lepas habis transaksi, adik (budak lelaki) itu tanya. Saya tunjuk resit dan troli. Hehe nasib baik perkataan Cameron pertama untuk cili benggala dan perkataan Cameron kedua untuk tomato. Ok salah faham selesai. Cendawan enoki memang betul dia tidak masukkan 1 lagi untuk saya kena bayar.
Jadi waktu itu saya bayar RM0.70.

Lega selesai cara elok. Digerakkan Allah untuk tengok resit dapat kesan mana kurang, mana saya anggap terlebih bayar. Walaupun akhirnya saya kena bayar RM0.70. Dah nampak ada kesilapan kena betulkan kecuali kita tidak semak sewaktu selesai dan dapat resit.

Korang tengok resit tidak untuk semak semula selepas bayar? Atau tengok waktu barang diimbas?