Nuffnang

Thursday, October 6, 2011

Menggunakan Lebihan Bahan Yang Tinggal Dan Resipi Minuman Mudah: Susu Kocak Atau Milk Shake


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Dah lama tak berkongsi resipi di blog ni. Maklumlah bulan Syawal banyak makan kat luar jadi masak-masak kat rumah ni kurang. Tapi hari ni saya nak kongsi resipi buat susu kocak.

Aspirasi daripada tinggalan separuh besar tembikai dan susu segar daripada tinggalan adik juga. Haha adik suruh habiskan susu segar. Kebetulan tarikh lupus 8 Oktober ni, maka nak minum satu kotak 1 liter semata-mata tak lalu. Eloklah buat susu kocak tembikai. Ni korang boleh gantikan tembikai dengan buah lain. Kalau korang ada buah yang tak boleh habiskan sebiji atau buah tu hampir benyek. Mudah sahaja nak buat.

Bahan-bahan:
Susu segar
Tembikai
Ais
Sedikit gula (pilihan)

Cara membuatnya lagi mudah. Masuk semua bahan tu dalam pengisar dan kisar. Lupa pula nak terangkan bahagian susu dan tembikai tu. Biar susu tu tenggelamkan atau sama paras dengan tembikai pada pengisar. Kisar sampai hancur tembikai tu.

Ok gambar takde tapi korang boleh bayangkan rupa macam mana kan? Nanti saya tepek di kemudian hari. Selamat mencuba.

Ok itu sahaja nak kongsi. Jumpa lagi tulisan akan datang.

P.S: Saya baru perasan tajuk tulisan saya mesti panjang-panjang.


Wednesday, October 5, 2011

Andainya Saya Tiada


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Alhamdulillah bertemu kita kembali pada tulisan ini. Awal pagi tak dapat buka pc yang asyik 'shutdown'. Nasib baik apabila petang dah boleh buka. Takpelah bersangka baik bahawa PC juga memerlukan rehat yang cukup setelah pulun tengok siri internet dan melayan blog sampai pukul 2 pagi. Tapi andainya satu hari nanti pc umum ni 'kaput' mesti saya seperti cacing kepanasan. Ada pernah pc ni takleh hidup pada bulan April lalu. 2 minggu gak la termenung tak dapat melayari internet. Nasib baik ada adik yang bijak bistari si H tu yang tengok apa masalahnya. Tapi masa tu makan jerla kata-kata nasihat yang diberikan. Haha. Ikutkan dia tak kuasa nak betulkan tapi sebab abah nak juga pakai. Hehe saya tak reti betulkan. Ni tak tahulah kepada siapa nak mengadu kalau ada masalah sebab H dah terbang jauh ke hemisfera selatan.

Maka nak tak nak saya kenalah bertanggungjawab menjaganya. Saya akan buat apa yang sepatutnya. Jadi saya akan kurangkan sikit masa untuk melayari internet dan menggunakan komputer ni. Kalau orang lain akan harap ada masa lebih untuk melayari internet dan melawat blog. Saya pula akan kurangkan.

Ok itu sahaja luahan nak saya coretkan. Eh saya kurangkan tau bukan tiada. Melayari internet akan dibuat petang-petang paling awal pukul 5 atau pukul 6. Pagi dan sebelum pukul 5 takkan dibuat kecuali ada kes khas yang dipertimbangkan penulis.


P.S: Takde yang jawab apa jadi pada House. Ok sesapa nak tahu pengakhiran episod pertama tu: House tak dapat parol sebab buat hal di klinik dan pesakit tu bukan ada penyakit lupus.


P.S.S: Selamat mencapai umur 22 tahun wahai adik 

Ok jumpa lagi jika diizinkan Allah. Kalau saya diam tak menulis ada sebab la tu kan :) Tiada yang fana kekal selama-lamanya.

Gambar Hiasan
 



Gambar Dapat Mewakili Beribu- Ribu Perkataan: Statistik Pada Satu Masa



 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 
Lepas poskan tulisan ini.



Tuesday, October 4, 2011

Sinopsis Siri Tv: House S08E01 Twenty Vicodin


 بسم الله الرحمن الرحيم

For foreigners, please use Google Translate to translate this post :)

Assalamualaikum...

Akhirnya siri terbaru House (siri ke-8) episod pertama muncul semalam di saluran FOX pukul 9 malam di US. Di tv Malaysia belum ditayangkan tapi dapatlah tengok di internet. Siri House ni antara siri kegemaran dan ditunggu-tunggu. Jalan cerita setiap episod dan siri makin lama makin menarik. 
Pemegang Watak House, Hugh Laurie - Imej Daripada Google

Kalau pada episod terakhir siri lepas, House langgar rumah Dr Cuddy dan melarikan diri ke luar negara selama 3 bulan. Untuk episod terbaru ni, pada permulaan ditunjukkan House di hadapan pegawai-pegawai untuk penilaian parol. Salah seorang penilai tu tanya dia menyesal tak? House yang terkenal dengan sikap sarkastik cakap kena ke rasa menyesal untuk dilepaskan? Lepas tu sorang pegawai lelaki tu cakap boleh tak awak tak timbulkan masalah selama 5 hari di penjara? Kalau boleh, dia akan dilepaskan. Wah dari sini dah tertarik nak tahu House boleh tahan ke tidak.
House Dengan Alatan Untuk Membersih Menuju Ke Klinik- Print Screen Daripada PC


Lepas tu jalan cerita berjalan tunjukkan setiap hari selama 5 hari.
Isnin- Permulaan hari, setiap banduan ambil ubat termasuk House. House kemudiannya meludah semula bagi ubat kepada seorang banduan ini namanya Middleton. Ditunjukkan perangai House membantu banduan satu sel untuk ambil ubat. Ok ni semua pengenalan watak-watak baru macam ada seorang banduan mengadu sakit lutut dan siku. House marah suruh dia pergi jumpa doktor. House ke selnya mendapati Roland (banduan lain) mencuri makanan. Roland dah tahu House akan dilepaskan Jumaat jadi House tak boleh melakukan kekecohan atau kekerasan. House ada tugasan membersih di klinik banduan, terdengar doktor perempuan memberi preskripsi salah kepada banduan yang mengadu sakit kepadanya. House mencelah suruh rawat untuk lupus. Doktor perempuan tu tanya macam mana boleh tahu pasal hal perubatan dan seorang doktor lelaki memberitahu House ni seorang doktor.

Selasa- Isnin malam Selasa, House tak dapat tidur kerana bunyi cengkerik. House nak bunuh cengkerik tu tapi rakan sel yang bengis tu tak bagi House bunuh kerana itu binatang peliharaan dia. Ironi kan? House pergi ke sel banduan yang sakit untuk cari ruam pada badan bagi membuktikan teori yang banduan tu ada lupus. House jumpa doktor perempuan dan berhujah banduan tu ada lupus. Doktor tu tanya mengapa House masuk penjara. Sementara tu Middleton tahu yang House nak keluar penjara paksa House untuk curi ubat dengan lebih banyak.
House Dengan Doktor Perempuan Yang Merawat Banduan Yang Mengadu Sakit -Print Screen Juga


Ek panjang kalau cerita sampai habis. Apa terjadi pada House? Adakah dia dapat keluar penjara atau duduk penjara lagi selama 4 bulan? Bagaimana dengan banduan yang sakit tu adakah memang mengalami lupus? Nak tahu kenalah tengok :) Korang bolehlah agak/teka dengan tinggalkan komen apa terjadi selepas itu. Sesiapa peminat House bolehlah pergi tengok siri ni di internet.

Rakan 1 Sel Ketika House Merawat Cengkerik Banduan Ini. House Mengucapkan Terima Kasih Kerana Tidak Membunuhnya- Print Screen Daripada PC

Dah lama tak buat sinopsis siri. Kali terakhir episod akhir Masterchef Australia musim ke-3.

Ok itu sahaja. Jumpa lagi. 

Kemaskini 5/10: siapa nak tahu pengakhiran House boleh dapatkan di sini.


Monday, October 3, 2011

Jangan Ditanya Pada Orang Tidak Sepatutnya Menjawab


 بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti tajuknya yang panjang kalau dipendekkan bolehlah disimpulkan sebagai jangan tanya soalan bodoh kepada orang yang tidah tahu jawapannya.

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan dalam pos sebelum ini.

Dalam pukul 2 petang, tiba-tiba Uncle Mamat bertanya pada salah seorang anak perempuannya di mana nak buat 'meeting' atau persidangan. Majlis perkahwinan belum tamat lagi. Maka diputuskan untuk bersidang secara bersila dan duduk di kerusi tidak jauh dari pelamin. Sementara nak cukupkan korum menanti semua adik-beradik abah duduk (kecuali Uncle Mamat yang sibuk melayan tetamu datang di luar) saya dan beberapa orang lain sempatlah menyibuk ambil gambar bersama pengantin.

Mesyuarat tu untuk adik-beradik abah tapi memandangkan saya tak tahu nak buat apa lagi maka saya ikut sekali mendengar bersama emak. Diikuti kemudian oleh adik perempuan, Y dan Adiva,anak saudara saya. Tukang cakap ialah Pak Ngah. Suara Pak Ngah antara dengar dengan tidak. Jadi buatlah muka pura-pura khusyuk tetapi hati tertanya apabila Pak Ngah sebut nak buat pernikahan pada 26 November ditunda kepada 10 Disember 2011. Sapa pula nak kawin ni? Hati tertanya. Dalam fikiran timbul mungkin salah seorang sepupu TAPI musykil gak sebab sampai buat mesyuarat pula.

Akhirnya tak tahan dengan rasa ingin tahu maka saya bertanya pada emak dan Y. Terlopong dan bagai tak percaya mendengar jawapan. Tidak menyangka yang satu masa terbuka hatinya untuk kahwin. Saya tak pernah tanya soalan yang bagi saya sensitif. Soalan "bila nak kahwin?" adalah soalan yang tidak sepatutnya ditanya pada orang tersebut sebaliknya ditanya kepada pembuat diri tuan punya badan. Tahu kan siapa pembuat diri tuan punya badan? Kalau tak tahu memang tak patut.

Apapun alhamdulillah saya nampak hikmahnya terkandung di dalamnya akhirnya jodoh dia sudah sampai walaupun lambat pada pandangan kita sebagai manusia yang tidak sabar. Saya seolah-olah nampak yang jodohnya sampai ketika tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa (arwah nenek dan datuk) sudah selesai. Ye arwah atuk baru sahaja meninggal tahun lepas. Dia yang menjaga arwah atuk serta sebelumnya arwah nenek (dah 13 tahun meninggal) Dia adalah orang yang akan memberitahu anggota keluarga yang lain akan kesihatan datuk. Rupanya inilah rahsianya mengapa jodoh dia lambat. Allah Mengetahui dan Memberikan tanggungjawab tersebut pada dia.

Ok dia ni ialah Makcik Minah. Rasa terkejut tu disulami mahu usik-usik Makcik Minah. Saya sebenarnya tak sangka Makcik Minah nak kahwin sebab sejak saya kecil hingga sekarang tak pernah Makcik Minah sebut pasal pakwe atau pasal dating ke hapa. Jodohnya tiba pada usia hampir 50 tahun. 

Saya terfikir semalaman mengenai Makcik Minah yang sabar jaga kedua ibubapa maka ganjarannya perkahwinannya dirancang untuk dibuat oleh adik-beradik (ditanggung). Itulah tujuan perbincangan. Masing-masing nak buat apa. Abah saya yang menjadi bendahari Keluarga Harun (nama arwah atuk) akan uruskan kewangan. 

Tak rugi berbakti kepada ibubapa dan sabar jodoh yang lambat. Cuma saya nak sedarkan kepada yang membaca tulisan saya ini tolong jangan tanya soalan bodoh kepada yang belum bertemu jodoh walaupun kamu rasa dia sepatutnya dah kahwin ke. Kamu bukan tuhan. Kamu bukan pengatur rezeki dia dan semestinya kamu tak berkuasa. Allah lebih mengetahui dan telah letakkan sesuatu sebab yang kamu tak tahu yang menyebabkan jodoh dia lambat. Hidup merupakan tarbiah untuk kita. Ia penuh hikmah dan rahsia.

Janganlah cakap tanpa akal dan menuduh seseorang yang belum kahwin tu terlalu memilih, tidak bergaul dan sebagainya. Jodoh datang apabila sudah sampai waktunya ketika itu ia tidak dapat dihalang seumpama ajal juga yang tidak kita sangka bila.

Na kagum dengan Cik Nah. Semoga berbahagia.

P.S: Rancang macam gemilang je majlis. Hehe.

P.S.S: Si M (adik bongsu mesti melopong juga semalam apabila mak beritahu dia. Weh balik Malaysia tau kalau ada cuti) 

P.S.S.S: H, kalau baca pos ni cepat-cepat telefon. Haha. Ke dah tau? :)



Gambar Hiasan



Sunday, October 2, 2011

Cuba Teka Peristiwa Yang Buatkan Saya Fikirkan Semalaman


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Nampaknya cuti hujung minggu ini dihabiskan dengan berjalan ke kenduri kahwin dan memang tak tidur di rumah. Jadi memang takde kemaskini blog semalam.

Hari Jumaat lepas Maghrib bertolak ke rumah arwah atuk (belah abah) di Sungai Penchala untuk tidur kerana lepas Subuh kami (emak+abah+saya) akan ke Tanjung Karang Kuala Selangor untuk majlis pernikahan dan persandingan sepupu saya Hakimah dan pasangannya Mohd Azri. 

Lepas habis majlis persandingan, kami bertolak ke kampung Wan (belah emak) di Tampin. Tidur sana sebab kami (emak+abah+Wan +saya) nak ke kenduri kahwin di Seremban pula.

Puas hati makanan sedap dan saya pun dapati  kenduri kahwin ni makanan makin lama makin sedap serta pelbagai pula tu. Masa Hakimah kahwin tu ada soto nasi dan soto bihun selain dihidangkan dengan nasi putih beserta lauk-lauk yang mengancam macam keladi masak air, nangka masak lemak selain rendang, ayam golek, ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan masin. Itu tak kira lagi pencuci mulut macam kuih lopes, dodol, wajik dan aiskrim. Banyak betul makanan. Nasib baik kami ni saudara-mara pengantin bolehlah duduk lama-lama jadi makan pun entah berapa pusingan.

Sebenarnya saya nak cerita satu peristiwa yang saya tak sangka berlaku dan buatkan saya terfikir semalaman. Cuba anda agak apa saya fikirkan? Nanti saya cerita pada pos akan datang sebab ni baru nak panaskan jari-jari setelah sehari tak menaip.

Jumpa lagi.

 

Friday, September 30, 2011

Mahu Kriteria Jiran Blog Yang Begini


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Tiba-tiba terfikir lak pasal nak ada jiran blog. Macam seronok pula kan kalau ada jiran blog. Jiran blog ni walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi rasanya sama juga konsep jiran rumah. Kalau boleh naklah ciri-ciri jiran yang baik seperti peramah, baik hati, menyokong, menasihati kalau jiran buat silap dan UTAMANYA ada amalkan selalu saling bertandang/kunjung-mengunjungi antara satu sama lain, bertukar-tukar cerita (dalam blog kata istilah tukar cerita dalam bentuk pos), bertukar-tukar pandangan (melalui komen) dan memerhatikan blog kita apabila kita takde. Lagi markah tinggi kalau jiran tu beri atau saling bertukar-tukar makanan. Itu jiran depan mata yang konkrit dan nyata tapi di alam maya ni jiran yang beri atau tukar-tukar lukisan ke atau apa-apa yang bersesuaian dengan dunia maya.

Apapun saya rasa ni perlukan persetujuan bersama untuk jadi jiran blog. Kalau alam nyata, kita takde pilihan tinggal sebelah sapa kan? Melainkan kita pakat-pakat dengan orang tertentu untuk beli rumah/sewa rumah sebelah-menyebelah.

Ada pandangan/isi nak tambah mengenai ciri-ciri atau kriteria jiran blog yang baik atau apa-apa kaitan mengenai jiran? Boleh juga tinggalkan di ruangan komen.


P.S: Ada berminat nak jadi jiran blog saya yang memenuhi ciri-ciri dinyatakan? :) 

P.S.S: Lepas Maghrib nak pergi KL. Jumpa kemudian.




Thursday, September 29, 2011

Coretan Ini Untuk Awak


 بسم الله الرحمن الرحيم
(Tulisan panjang daripada kebiasaan)

Kehadapan awak yang asyik saya ingati semoga sihat dan berbahagia hendaknya.

Pertemuan kita secara tidak sengaja kan? Saya yang ketika itu teruja untuk bermain roller-coaster Superman Escape di Movie World tapi apakan daya emak dan abah takmo naik. Atas dasar teringin naik (walaupun takut) saya pergi juga sorang-sorang beratur. Tak sangka ramai yang beratur TAPI mereka semua beratur ada kawan. Saya sorang-sorang. Tak boleh bawa apa-apapun hatta beg pun kena simpan dalam loker. Ketika beratur tulah awak datang bersama rakan beratur di belakang. Suara awak macam Gerard Butler telah masuk ke gegendang suara ketika awak berborak dengan rakan awak. Tapi oleh kerana saya rasa gemuruh, saya tumpukan pada diri dan berselawat. Kadang-kadang rasa nak berundur dan keluar daripada barisan apabila kita semakin hampir ke hadapan untuk ke roller-coaster. Jantung saya makin lama makin berdegup kuat. Macam nak terkeluar rasa.

Ya Allah ketika sampai depan pemeriksa perempuan, dia ukur ketinggian. Ok lepas. Dia suruh kosongkan poket (sebab roller-coaster ni sampai menterbalikkan badan). Saya dah kosongkan. Tapi syarat ke-3, suruh buka cermin mata. Oh tidak! Rasa makin pening apabila buka spek. Bertambah rasa takut. Ketika itu ada demo untuk naik roller-coaster tu ada disebutkan mengenai G-Force. Awak teruja bercerita kepada kawan awak. Sungguh saya tertarik mendengar perbualan awak yang sangat berinformatif. Kita bergerak hingga lepas pemeriksaan tiba-tiba perempuan pemeriksa tu bagi saya spek semula sebab hujan lebat pula, operasi Superman Extreme diberhentikan seketika. Saya tak sangka yang saya selalu perhatikan awak dari ekor mata awak dapat tangkap. Pandangan kita bertemu dan awak senyum (masa tu awak dan kawan awak dah selamba duduk tak jauh daripada saya sedangkan saya berdiri seorang ketakutan). Aduh bertambah mahu pengsan.

Silapnya saya sepatutnya membalas senyuman awak tapi sebaliknya saya berpaling tanpa tersenyum pun. Tapi ketahuilah selepas saya berpaling, saya rasa menyesal dan saya tidak berani nak tengok muka awak.

Hujan yang tidak mahu berhenti membuat jiwa saya terseksa kerana terpaksa menunggu untuk naik roller-coaster dan rasa bersalah yang ada. Lama menunggu saya semakin tak keruan maka saya cabut lari dari situ.

Ingatkan sampai di situ sahaja tapi ingatan terhadap awak tak dapat dilupakan apabila saya transit semula ke Gold Coast dan ketika menonton Leap Year di hotel apabila tengok babak antara Anna Brady Declan O'Callaghan, saya teringatkan awak. Lagilah dengan lagu I've Got You macam ada kena-mengena dengan saya.
Saya rasa sebab saya tak layan awak dengan baik saya kena begini (teringatkan awak). Rasa serba-salah. Moga awak pun ingat saya dan maafkan saya. Moga Allah pertemukan kita semula supaya saya dapat minta maaf pada awak.

                     Yang rasa bersalah
                                 -wina1979-




Kat Dalam Superman Escape Tu Kita Jumpa. Abaikan Gambar Abah :(


Nampak Tu Wild Wild West Falls Dari Atas Dijunamkan Kami Ke Dalam Air



P.S: Akhir sekali saya dah pucat lesi main Scooby-Doo. Ya Allah menjerit-jerit masa menjunam. Masa Wild Wild West pun makcik orang putih ni peluk saya waktu dijunamkan ke dalam air. Tak tahulah kalau saya main Superman Extreme. Mungkin saya dah terpeluk awak. Kenangan sungguh di Gold Coast Australia.


Fikiran Khamis: Tersurat Dan Tersirat



 بسم الله الرحمن الرحيم
  
Tak semua perkara dapat diluahkan melalui lisan tapi setiap gerak-geri boleh ditafsir secara tersurat mahupun tersirat.

Berhati-hati dengan orang yang dapat menafsir gerakan pancaindera dan lenggok badan kita kerana mereka tahu keadaan kita ketika itu.

Setuju tak atau ada nak tambah isi?


Gambar Sekadar Hiasan


Wednesday, September 28, 2011

Tak Jadi Pula


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...
Tak jadi pula nak keluar macam dirancang. Cuaca panas terik pula. Haha jangan cakap saya puteri lilin. Nak jalan kaki kena berkira tentang cuaca ni. Nak tunggu cuaca macam dingin Cameron Highlands? Agaknya kena spontan tanpa rancang banyak-banyak baru jadi pergi.

Ok selamat berehat semua. Jumpa lagi.


Kita Tak Selamanya Berada Di Bawah Apatah Lagi Di Atas


 بسم الله الرحمن الرحيم

Kita tak selamanya berada di bawah apatah lagi di atas. Lumrah alam. Orang baru akan bertukar menjadi orang lama. Orang lama akan menjadi usang dan terpaksa menerima hakikat diri akan digantikan suatu hari nanti. Bak kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti". Itulah lumrah yang tak dapat disangkal. Kita tak selama-lamanya abadi di dunia kekal dengan kecantikan/kekacakan apatah lagi segala-gala tentang kebanggaan dunia.

 
Maka tak perlulah berbangga sangat dan merasa megah apa yang kita ada kerana benda-benda tersebut akan musnah dan berpindah pada orang lain. Kita takkan dapat bawa ke kubur. Tanam bersama pun memang tiada gunanya.

 
Sama ada kita di atas atau di bawah, harap-harap kita sentiasa ingat dan sedar hidup untuk berbakti dan beramal bukan untuk menghancurkan diri, orang lain, binatang mahupun alam sekitar.

 
Sekadar untuk renungan diri ini yang pernah berada di puncak sebuah kejayaan yang pernah orang impikan sebelum ini. Jumpa lagi.



Tuesday, September 27, 2011

Berjaya Juga Akhirnya



 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...
Akhirnya yeah hari ini dapatlah saya tamatkan puasa 6. Walaupun satu hari tapi nak menghabiskan bukan main susah. Alhamdulillah izinNya. Merdeka. Maka esok nak jalan-jalan ke JJ Bandar Melaka. Lama tak pergi. Nak bersenam jalan-jalan tawaf keliling. Nak pergi kedai buku Popular cari buku-buku yang berkenan. Kalau tak, tunggu waktu potongan harga.Penting sekali cuci mata. Oh lagipun lama saya tak masak makanan kegemaran saya iaitu spaghetti jadi nak beli bahan-bahan juga nak buat.

Hehe tak banyak nak tulis sebab nak tengok siri terbaru 'Desperate Housewives' kat komputer. Lagi satu dah lama tak muatnaik gambar. Nak muatnaik gambar belum ada rezeki. Doakan pc saya mood dia ok balik untuk muatnaik gambar.Jumpa lagi semua.


P.S: Ada lagi sesiapa nak cadangkan tajuk buku yang menarik?


Gambar Arkib: Movie World


Monday, September 26, 2011

Macam-Macam Hal WiNaMe Ni




 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum... Selamat malam semua. Sini hujan lebat gila sampai air hujan masuk ke kolong depan pintu bilik Wina. Basah gila. Lecak. Kolong ni kat atas supaya ada angin luar masuk. Takde gambar nak tunjuk nanti kalau ada Wina letak kemudian dalam tulisan ni.


Bulan Syawal dah nak habis. Wina dah gelabah nak puasa tak habis lagi. Tulah pasal kalau banyak berhenti puasa tak teruskan jadi bertangguh nak buat. Kelemahan saya ialah suka menangguhkan/melambatkan membuat sesuatu sampai akhir baru terhegeh-hegeh nak buat.


Lagi satu perkara, hari ini Wina asyik teringat memori lama lak. Kata-kata daripada seorang teman asyik teringat je. Rakan sekolah si Harima pun lama tak hantar emel kat Wina. Sibuk agaknya.


Hal lain, hujung minggu ni sepupu perempuan, Hakimah nak nikah di Kuala Selangor. Berjalan jauh lagi pada pagi Sabtu nanti. Takpe tidur je dalam kereta macam tak biasa buat.


Ni ha, sejak Wina buat kotak jerit tu kecil dan boleh buka serta tutup tu ramai tak perasan. Sampai ada yang beritahu ingatkan kotak jerit hilang. Ada jer sesiapa yang mencari kotak jerit (shoutbox) ada di sebelah kiri bawah senarai pengikut. Sila tinggal tapak sesiapa berkenaan. Komen lagi bagus.


Ok itu sahaja nak tulis. Jumpa lagi.



Sunday, September 25, 2011

Kenangan: Perbualan Mengenai Facebook


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum....

Kecoh kan dalam minggu ni pasal pemuka (interface) baru Facebook. Saya cuma mendengar dan membaca sahajalah sebab takde FB tapi teringat perbualan saya lebih kurang dengan Lampard (bukan nama sebenar) tahun lepas.


Tempat: Ruang maya reban ayam (YM)

Saya: Lama tak nampak Z*** (nama panggilan dia) kat kc. Mana pergi?
Lampard: Ada kadang-kadang masuk pakai nickname lain. Kc tak best macam dulu la N**** (nama panggilan saya)
Saya: Biasalah chatters silih berganti bertukar ganti.
Lampard: Ramai kanak-kanak riang je sekarang dalam tu. (Lepas itu Lampard petik kenangan bersama beberapa orang chatters kc) Mana mereka sekarang?
Saya: Haha termasuk N**** kanak-kanak rianglah eh? Entah, dorang tu pun dah takde.
Lampard: N**** kanak-kanak riang jenis lain.
Saya: Haha.
Lampard: Z*** sekarang lebih pada FB.
Saya: FB? Seronok ke? Friendster kan dah ada.
Lampard: Best, N*****. Ni lagi real, ada permainan. N**** buatlah satu akaun.
Saya: You're not the one requested the same thing. Hehe tapikan takmolah. Kawan N**** cakap FB lagi bagus daripada FS sebab nampak serius dan orang yang sertai letak nama penuh. Kena letak nama penuh tu ler yang malas. Taknak orang skodeng.
Lampard: N**** letak gambar gunners.
Saya : Haha takmolah lagipun takut ketagih dengan FB. N**** mudah ketagih. Z*** tengoklah N**** dengan kc.

Beberapa hari kemudian.
Saya: Mak dah ada FB baru buat. Sibuk mak, rakan dia dah ada FB. Nak gak satu tu.
Lampard: Nama, nak cari.
Saya: Haha. Nanti saya tanya mak.

(Tanya kebenaran pada emak)
Saya: Cari nama bla-bla. Ada tak nama tu?
Lampard: Ada.
Saya: Tunggulah diterima. Hehe.
Perbualan kami ke tajuk lain.


(Beberapa hari kemudian setelah diterima permohonan )
Saya: Camne?
Lampard: Cool N**** (rujuk pada satu gambar saya)
Saya: Haha (Dalam hati: gambar tu cool ke?) Ler itu muka penat.
Lampard: Dah tengok gambar Z*** dan keluarga Z***?
Saya: Dah. Hehe.

Sampai ke sudah saya tak buat akaun FB. Sekian.






Saturday, September 24, 2011

Susun Atur Perabot Blog



 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Sempat mengubah susun atur peralatan dalam blog dan tukar susunan perabot. Kotak jerit tu Wina buat boleh dibuka dan ditutup. Rasa jimat ruang memandangkan banyak sangat perabot dalam blog Wina ni. Itu sahaja nak beritahu. Jumpa lagi. Klik kotak jerit kalau nak tinggalkan jejak. 

Kedudukan Kotak Jerit



Iklan sekejap ini blogger Wina baru kenal daripada segmen si Iqa. Klik pada kain rentang di bawah atau di sini.










Angry Birds...Secepat Mana Anda



Assalamualaikum...


Saya baru jer pulang daripada jamuan hari raya di sekolah emak. Macam biasa makanan adalah seperti nasi impit, sate, rendang dan lain-lain. Oklah bukan ini nak cerita sebenarnya.


Semalam emak menugaskan saya untuk kupas bawang putih sebanyak 5 labu bukan 5 biji. Saya yang kuat menangguh kerja. Memula nak buat pukul 10 pagi. Rasa macam awal pula kan kupas awal-awal takut lebam. Ha sekali gelabah tertidur bangun pukul 4 lebih. Turun ke dapur tengok abah dah kupas. Saya dah takut emak murka. Terus minta maaf. Gelabah cepat-cepat kupas bawang putih tu sambil khayal mengenang nasib kerana lalai melaksanakan suruhan emak.

Antara melayan lamunan dan sambil-sambil dengar berita CNN di tv (redha jerla dengar walau dalam hati ada paya). Tiba-tiba mak saya tanya.

"Angry birds tu apa?" 

Saya terpana. Wah bila pula emak saya ambil perhatian tentang teknologi ni. Teringat saya pernah tanya soalan yang sama pada Y. 2 kali lak tu saya tanya sebab pertama kali lupa. Jawapan sama diucapkan oleh Y kini saya lontarkan pada emak.


"Angry birds ni main lastik burung." Eh tepat ke jawapan aku? Saya menyambung balik. "Na pun tak berapa tahu tapi sekarang ni orang tengah kecoh tentang permainan ni. Mana mak dapat tahu perkataan ni?"

Mak menjawab," ada pensyarah di bla-bla cerita kita kena tahu hal perkembangan terkini."

Dalam hati, aku pun tak tahu sangat tak pernah main pun. Dah komputer aku jenis semput jadi tak dapatlah nak muatnaik muat turun untuk dicuba.


Tapi memanglah bukan semua orang mengikuti teknologi terkini kan, ada cepat, sederhana,lambat dan langsung tidak tahu? Saya pun kira lambat juga nak meneroka hal teknologi ni. Berbanding dengan adik saya si Y, M dan H yang memang tahu awal-awal tentang teknologi dan perisian terkini. Malah ketika M bawa iPad 2 ke rumah, sekejap jer saya godek sebab tak reti nak pakai dan tak berkesungguhan meneroka. Macam bosan lak nak cuba. Camne tu kata nak iPad? Macam saya kata saya ni lambat. Satu hari satu fungsi saya teroka kut kalau ada iPad. Yer M mungkin beli iPhone 5 kut *jeling ke hemisfera utara*, silalah derma iPhone lama untuk saya teroka.


Korang lak camne? Cepat tak tahu tentang teknologi dan berkaitan IT ni?


P.S: Masa di jamuan hari raya tengah bosan-bosan dapatlah saya letak gambar dinding si Adiva posing di tepi tingkap tu di telefon bimbit. Mak yang tanya camne nak buat. Mak memang tak tahu apa-apa. Sayalah yang kena godek telefon bimbit mak untuk buatkan. Hehe. Agaknya hal teknologi ni hal orang muda-muda agaknya. 

P.S.S: Masih belum main lagi permainan Angry Birds.


Pertama Kali Tahu Pasal Angry Birds Daripada Gambar Di  Laman Google Chrome

Friday, September 23, 2011

Monolog Jumaat: Pergi Jauh-Jauh Penyemak Hidup



Kadang-kadang penatlah dengan manusia yang konon ambil berat tentang kita. Nak sangat tahu masalah/rahsia kita tapi sebenarnya suka menjatuhkan hukuman apabila kita dah cerita keadaan sebenar. Bukan nak tolong. Makin menyakitkan ditanya soalan bodoh BUKAN menghulurkan penyelesaian TETAPI memandang rendah secara diam dan perlakuan fizikal pun aku dah tahu engkau skeptikal.


Kalau kau tak mampu tolong setelah dengar, TOLONG bersifat sensitif dengan perasaan aku yang rapuh macam ranting. Kira beruntung OK engkau tak diuji dengan ujian yang aku dapat. Kalau kau dapat ujian sama macam aku adakah kau mampu menghadapinya? Jadi tolong DOAKAN aku dapat selesaikan masalah yang berliku-liku macam labyrinth tu. Berbelit-belit. Aku terpaksa cuba pelbagai jalan tapi kadang-kadang aku buntu. Kau ingat aku tak berusaha dan berdoa ke? 


Nak aje aku doakan pada kau dan orang begini supaya diberi UJIAN sama macam aku supaya baru kau sedar tinggi rendah langit. Jadi jangan nak berlagak PANDAI padahal kau tak alami apa yang aku alami. Baru kau sedar betapa rumit. Kalau kau berjaya harungi dengan cemerlang baru kau boleh nak pandang rendah kat aku. Masa tu kau nak pandang aku skeptikal pun takpe. Tapi berlagak pun Allah benci.


Dah pergi jauh-jauh daripada hidup aku. Ada dalam hidup aku menambah semak dan kekusutan sahaja. Aku tak perlukan orang begini dalam hidup aku.


Jangan tanya kalau bukan untuk membantu.



Inilah Labyrinth


Thursday, September 22, 2011

Apple iPhone 5 Nak Keluar Pasaran. Bila Tu?



Assalamualaikum...


Saja belek berita terkini kat google. Wah sekali teruja tengok pasal iPhone 5. Berangan jerla nak ada entah bila boleh miliki. Apple akan buat pelancaran media pada 4 Oktober 2011 (tak sampai 2 minggu). Dijangkakan Ketua Eksekutif Operasi yang baru, Tim Cook (ala dia yang gantikan Steve Jobs sebab Steve dilaporkan sakit) yang akan memperkenalkan iPhone 5 kepada media. Jadi terjawab sudah bila iPhone 5 akan keluar di pasaran. Ingat iPhone akan dilancarkan pada 4 Oktober 2011. Cepatkan Apple keluar iPhone baru?


Lepas ni ramai warga US beratur nak dapat telefon ni. Sumber lanjut boleh klik sini


Bersedia sesiapa nak beli iPhone 5.


Imej Daripada Google Rupa iPhone 5- webestigate.com



Segmen : Zareliqa Mencari Blogger Pemarah



(Dah Tutup Segmen)
Assalamualaikum....



Haha tajuk gempak mula-mula tengok sebab setahu Iqa ni lemah-lembut tiba-tiba nak cari blogger pemarah. Selalu juga jengah blog Iqa sebab dia rajin buat dodol doodle. Malah pernah buat 1 untuk Wina. Blog dia pun memang cantik selalu dimekapkan.


Ek Iqa, Kak Wina nak sertai. Ok Iqa mencari 20 orang yang peramah sebenarnya. Siapa berminat boleh klik di sini atau pada kain rentang (banner) di atas untuk baca syarat penyertaan.

Spontan Petang Khamis



Assalamualaikum...


Selamat petang.


Alhamdulillah rasa nyaman hari ini. Baru lepas hujan katakan.

Gambar Diambil Daripada Google

P.S: Tempat anda hujan tak? 

P.S.S: Sejuk-sejuk ni buat mata mengantuk nak tidur.


Pengisian Jiwa Di Awal Pagi



Assalamualaikum...


Selamat pagi semua pembaca yang dihormati sekalian. Dah sarapan? Moga ceria dan sihat selalu. Jom kita isi pagi Khamis ini dengan zikir dan mengingat nikmat-nikmat yang diberikan Allah berikan pada kita.Apabila kita ingat nikmat Allah, kita akan rasa bersyukur dan bertuah kerana diberikan nikmat tersebut. Maka semakin kita merasa kerdil dengan Allah. Manakala zikir pula moga membuatkan hati kita tenang dan dapatlah melalui hari dengan baik.


Sekiranya ada aral pun, kita tidak merasa gelabah atau sedih sangat. Ye tak?


Itu sahaja. Selamat melaksanakan tugas. Jumpa lagi. Maaf dipinta atas tersilap kata.



Spontan Khamis: Tidur Sekejap



Sedapnya tidur lepas pukul 10 malam. Baru bangun pula jenguk blog ini.

Assalamualaikum semua yang baru nak masuk tidur. Saya nak menonton siri The Kennedys di History Channel sekejap sebelum sambung tidur balik. Ala yang si Katie Holmes berlakon sebagai Jackie Kennedy macam iklan Nuff tu. Menarik pula tengok siri buat dalam bentuk drama. Saya nak tahu bagaimana Jack Kennedy mengurus USA tu. Jemput tengok malam ni pukul 9 malam atau ulangan pukul 1 pagi.



Gambar Arkib Seperti Biasa