Pemulihan
  
Assalamualaikum...
    
Akhirnya blogger dipulihkan sepenuhnya dan  tulisan bermula 11/5 pun dipulihkan juga. Masa saya buka blogger,  tulisan saya yang bermula 12/5 tu dibuat sebagai tulisan baru yang belum  dibaca begitu juga blog-blog lain yang saya ikuti. Label pada tulisan  saya letak pun ada tanda simbol. Hehe memandangkan saya tak suka tengok  simbol-simbol yang terletak depan dan belakang label tu, saya buang dan  buat baru.
    
Adakah saya marah pada pasukan google bila  blogger tak boleh buka pada tempoh yang lama seperti kebanyakkan orang  lain? Tidak sebab bagi saya, mereka cuba sedaya upaya untuk  mengembalikan sistem. Bukan mudah ok. Bila sistem gagal dan data hampir  hilang untuk kembalikan semula tentu mengambil masa. Penting mereka dah  berusaha dan terbukti mereka berjaya dalam tempoh 1 hari.
    
Apapun tahniah untuk pasukan google yang  berhempas pulas mengembalikan kegembiraan saya dan penulis blogspot  lain. Hehe tak dapat bayang semalam bila ada salah seorang blogger di  forum mengutarakan dan membuat andaian kalau pasukan google tak boleh  pulihkan data dalam blogger. Saya dah cuak sebab dia kata peristiwa ni  (ambil masa lama untuk pulihkan sistem) adalah kali pertama. Perasaan  itu macm sama ketika kc tak boleh masuk pada tempoh lama. Pelbagai  spekulasi juga timbul mengapa blogger tidak dapat dicapai.
    
Apapun syukurlah, harap-harap pada masa akan  datang pun tidak ada masalah besar yang pasukan google tidak boleh  selesaikan. Tahniah sekali lagi kepada pasukan google kerana dapat  menyelesaikan masalah sistem yang bagi saya sangat canggih dan susah.
    
Jumpa lagi.
 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment