Perkhidmatan
  
Tulisan ini ditulis ketika blogger tidak boleh dibuka dan ditulis pada blog saya yang lagi satu. Harap maklum.
Assalamualaikum...
 
Selamat tengah hari Jumaat. Hehe tak dapat  kemaskini blog di blogspot kerana masih dalam penyelenggaraan. Rasanya  dalam pukul 1 tengah hari Jumaat atau pukul 10 malam Khamis waktu California (kalau  tidak silap perkiraan saya) maka boleh buka blogger. Bagus google  mengemaskini sistem dan memperbaiki segala kelemahan. Memang saya masuk  blog google untuk mengetahui lebih lanjut. Memang pihak google mengambil  berat tentang masalah yang diutarakan pengguna blogspot. Maka mereka  nak pastikan kesilapan/kelemahan tidak berulang pada pengguna lain.  Bagus betul.
 
Bercakap mengenai kerja naik taraf sistem,  Maxis pun melaksanakan penyelenggaraan pada hari ini 13/5 dari pukul 1-3  pagi. Jadi pada pengguna Hotlink harap sedar dan tidak terkapai-kapai  bila tak dapat gunakan sistem. 
 
Harap-harap juga pada penyedia perkhidmatan  yang memang perniagaan mereka bergantung penuh kepada penyediaan perkhidmatan  kepada pelanggan supaya meningkatkan kualiti produk mereka. Jika mendapat  aduan, silalah selesaikan cepat-cepat dan kalau boleh pastikan masalah  tersebut tidak berulang lagi atau berlaku pada orang lain. Saya dapati  kadang-kadang mereka ni selesaikan masalah hanya pada yang membuat aduan  tanpa menyemak atau memperbaiki sistem atau kualiti produk mereka. Tak  boleh begitu. Sepatutnya ia patut dibaiki untuk mengelak masalah  tersebut tidak terkena pada orang lain pula.
 
Saya bercakap secara umum maka kepada penyedia  perkhidmatan terutama penyedia perkhidmatan yang mengenakan bayaran  kepada pengguna. Jangan nanti akhirnya pelanggan lari kepada pesaing.  Masa tu baru terhegeh-hegeh nak buat pembetulan. Masa itu saya anggap  dah terlambat. Lagi satu saya perasan, janganlah keluar produk baru atau  sistem baru kalau produk atau sistem yang ada tidak diperbaiki atau ditingkatkan mutu lagi. Tak  guna juga.Satu lagi promosi bagai nak rak produk tu bagus siap bagi  hadiah tapi hampeh dengan servis. 
 
Jadi saya rasa bagus google ni, saya  sebenarnya tak perasan blogger ada masalah tertentu (sebab saya tak  alami) tapi bila baca blog mereka, ada sebahagian pengguna ada  menghadapi masalah-masalah tertentu terus mereka nak baiki supaya pengguna  di seluruh dunia tidak mengalami masalah seperti sebahagian pengguna tersebut.  Memang google menjaga pelanggan. Memang patut mereka ni menguasai  pasaran dunia dan bagi saya enjin pencarian mereka memang tiada tandingan.
 
Bercakap mengenai saingan, pesaing seperti  Microsoft baru sahaja membeli Skype untuk meningkatkan kelebihan  Microsoft untuk bersaing dengan pesaing utama seperti FB dan google.  Bagus juga untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
 
Haha  bila blogger dah siap servis, tulisan ini  akan diterbit di sana pula. Pada pembaca blog saya di sini,saya  mempunyai satu lagi blog iaitu : http://me-soul-searching.blogspot.com.  Isi kandungan lebih kurang sama sahaja. Tak kisah korang nak baca kat  mana-mana blog saya.  Kalau nak ringkas, tak ambil masa nak buka muka surat maka teruskan baca  di blog ini. Kalau nak tengok bolehlah ke sana.
 
Ok, harap-harap penyedia perkhidmatan yang  lain memperbaiki perkhidmatan yang mereka sediakan. Tak rugi pun untuk  kebaikan mereka pada jangka masa panjang iaitu mengekalkan pengguna  setia di samping menarik pengguna baru.
 
 Jumpa lagi. 
 
P.S: Kalau anda buat yang terbaik dengan  servis dan perkhidmatan yang diberikan maka pelanggan setia tidak akan  lari malahan akan menghebahkan kebaikan produk anda.
 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment