Nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

3 Dalam 1: Yeah Cukai Perkhidmatan Tambah Nilai 6% Ditangguhkan (Tapi Lebih Baik Tidak Dikenakan), Aksi Cemas Dan Gambar Raya 1 Syawal



Assalamualaikum...

Sebelum itu mahu ucap terima kasih kepada komen tentang kedudukan susun atur komputer tu. Nanti saya fikir belum muktamad lagi susunan tu.


Lagi satu mengenai caj perkhidmatan 6% ditangguhkan. Rasa seronok gak tapi harapnya tidak dilaksanakan caj itu dikenakan kepada pengguna.


Ok cerita lain pula ialah Adiva nyaris jatuh bergolek kalaulah saya tiada di sini untuk menyambutnya. Alkisahnya dia tengah menuruni tangga. Biasanya cara dia menurun tu dalam posisi merangkak menghadap tangga, tangan akan diletakkan pada mata tangga dan dia akan menjulur kaki ke bawah sampai kaki jejak mata tangga. Tapi tadi dia cuba berdiri sambil badan tangan rapat ke dinding dan satu kaki dijulurkan ke bawah. Agaknya tak stabil, kaki yang dijulurkan  tak dapat pijak mata tangga maka tergelincir. Saya memang duduk tak jauh daripada dia, masa tu mata pandang sekejap kat tempat lain. Tengok-tengok dia dah hampir nak tergolek nasib baik saya cepat-cepat pegang supaya tak jatuh. Terkejut terus melalak. Saya pun terkejut gak kalau la saya tak segera tangkap memang dah tergolek budak tu.

Serba-salah siap minta maaf pada Adiva (macamlah dia faham) Haha tapi bagi saya kalau dia dah ok kalau dia gelak balik apabila tengok saya. Tak lama lepas tu, dia dah sengih tengok saya. Maaflah Mak Long ni mata tak perhati setiap saat.


Ok seperti biasa layan gambar Adiva dan saya sekeluarga pada 1 Syawal di rumah Tok Ali. Memandangkan di rumah Tok Ali lengang lagi ramai orang belum datang beraya, kami ambil kesempatan bergaya di ruang tamu. Abah takde sebab borak dengan Tok Ali. Y, Adiva, mak, H dan saya. Tukang ambil gambar adik ipar.

Nak Meniti Jer Si Adiva

Tema Kelabu. Ok Saya Segan Nak Tunjuk Muka



13 comments:

Jajas said...

sama la kita...pemalu...hahaha

NA said...

Tipulah. Awak letak gambar tu ape pulak. Ke gambar orang lain? Kiki.

Jajas said...

walau pun malu xkn sy nak tunjukan kemaluan sy...kn...

NA said...

@Jasman: Erk, yer. Ok takde bantahan.

aamalinaazman said...

aiseeehhh
pemalu penye kak wina
cam ne kalo jmp tepi jln ni x kenai la nnti ni
hehehehehe...
adiva?uniknye la name..hehehe
comei2..cam bdknye
hehehe


p/s:hehe..nasib kejadian tuhan ni kekal lame..kalo tak putus dh jari ni kak wina..heheehe

NA said...

@Mimito: Takmolah terjumpa tepi jalan. Kita jumpa secara bertemujanji. Cewah.
Memang unik. Komersil skit :P

P.S: Janganlah putus. Eh selamat berjaya dalam segala lapangan Mimito.

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
betul tu..jgn bagi muka sangat diaorang ni...

L said...

laaaa.. tuan belog malu2 plak... huhu
\
jom bacer jup..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

maszull said...

salam wina...lorrr nape mukanya x ada cian mama ingatkn nak tengok wajah wina tapi hampa....

kalau mama terjumpa mesti x kenal nanti....

wina 23 hb wina ada kat rumah x ...mama ingat nak ke Melaka nak beraya umah win lah boleh x...sbb 24hb anak mama ada konvo kat Politeknik Melimau...kalau bagi dtg mama nak pi kg wina lah...nak kenal ngan wina......:)kg wina kat mana ek...?

Jue said...

mesti wina ni cantik kan???ahaks!!!!!!!!

abghani said...

walaupun muka di tutup..ia tetap menawan.

zareliqa afiqa said...

alor~ tak dpt tgk kak wina..huhu=.=

NA said...

@Yusuf: Ada je muka Kak Wina dalam blog ni. Ni tutup sebab tak cantik.

@L: Yer malu sebab tak fotogenik dalam gambar tu. Hehe. Ok nanti saya baca.

@Mama Maszull: Ada video Wina dalam blog ni. Leh aa mama tengok. Jumaat dan hari minggu macam biasa ada program mama. Program beraya dan pergi kenduri.

@Jue: Tak.

@Abghani: :)

@Iqa: Ada, dapat gak nanti tengok. Kita duk satu negeri :)