Nuffnang

Friday, July 26, 2019

Daftar Haji

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat semua. Alhamdulillah diberikan keizinan oleh Allah untuk menulis lagi.
Selasa lalu, saya ke Tabung Haji Tampin. Barulah terhegeh-hegeh nak daftar haji. Apabila semak, saya dah daftar! Tapi peliklah saya tak ingat langsung saya ada daftar 2017. Daftar automatik ke? Sebab kalau saya daftar mesti dengan maklumat terkini. Jadi saya pun kemaskini maklumat yang perlu. 
Sekarang niat saya nak rajin simpan supaya cukup RM 10 000. Insya Allah. Ada masa 5 tahun untuk cukupkan.
Cerita lain pula sebab dah kemaruk coklat Cadbury. Alang-alang beli 10 bar terus dengan 4 bar hazelnut, 2 bar fruit and nut dan 4 bar roast almond. Harga RM54.90. Lepas itu adik belanja bonanza RM3 sepinggan sushi king. Kenyang gila dapat makan macam- macam jenis sushi. Terima kasih Ya. Ok jumpa lagi. Insya Allah





3 comments:

Fid"s said...

Bravo👍👍😉

adianiez AIDA said...

alhamdulillah. azam yg baik.
akak ni dah daftar juga.
and da cukup dah if tiba2 dpt jemputan Allah tunaikan haji.
tak usik dah duit tu.
berdoa agar dpt gi haji time tgh sihat ni.

Nur said...

Banyaknya coklat, NA. Alhamdulillah, sudah daftar haji ye. Saya belum lagi.