Nuffnang

Friday, June 12, 2020

Rentas Negeri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanggal 10 Jun, rentas negeri dibenarkan. Tanpa membuang masa kami bertolak ke kampung di Negeri Sembilan pada pagi. Tak sabar nak jumpa Uwan. Alhamdulillah Uwan dah sihat. Saya pernah tulis Uwan ada jatuh sebelum PKP dan tak dapat bangun. Sekarang dah boleh berjalan. Kami sebenarnya buat kejutan sebab Uwan ingat kami akan balik hari Sabtu. Memang akan balik Sabtu tapi emak tak sabar. Bawa hasil tanaman seperti pisang, cili api.

11 Jun pula adik bongsu pula buat kejutan balik ke rumah. Tak sempat sembunyikan coklat sebab anak-anak buah hantu coklat. Terlupa seketika sebab hampir 2 bulan lebih rumah sentiasa kemas dan tahu makanan apa kena simpan daripada pandangan budak-budak. Anak-anak buah balik, tetiba rumah bersepah. Baru teringat. Haha. Saya dah mula pening kepala. Kena sentiasa awasi, kemas balik rumah apabila mereka keluar main di taman permainan. Phew rumah kembali kemas. Nasib 2 budak kecil yang balik. Adik-adik saya yang 2 orang lagi terkandas di luar negara. Kasihan juga tak dapat balik. Tak tahu bila rentas negara dibenarkan. Kalau dah dibenarkan pun adik saya cakap dia tak cukup cuti sebab kalau balik Malaysia, dia kena kuarantin 14 hari. Balik ke sana kena kuarantin 14 hari. Bayangkan 28 hari. Moga adik-adik saya tabah. Allah tahu mereka boleh hadapinya. Saya rasa sebab itu saya dan adik bongsu tak boleh hadapinya buat masa kini.  

Harap-harap keadaan akan bertambah baik. Insya Allah.




37 comments:

Cikgu Badar said...

Alhamdulillah.. semoga semua nya berjalan lancar

Nurul Shahira said...

Alhamdulillah kita dah boleh rentas negeri, dah boleh balik kampung. Semoga semuanya berjalan lancar dan semuanya selamat :)

Aisya Ismail said...

Seronok sangat-sangat bila dah boleh rentas negeri. Tak sabar nak balik kampung.

Puan Hazel said...

Dah sampai kampung ye? Alhamdulillah.
Moga keadaan akan bertambah baik utk kita semua aamiin

NA said...

Dah sampai.
Terima kasih doakan juga. Kalau saya akan jadi sangat homesick dan menangis.

Abam Kie said...

Alhamdulillah. Dpt berkumpul satu keluarga di kampung slps PKPB. Masih boleh beraya kan?

dya nasir said...

seronoknya dah sampai kampung. semoga adik-adik NA tabah.mesti dorang dah homesick tu.

NA said...

Alhamdulillah masih bulan Syawal. Jumpa sanak saudara.

Khairul Krol said...

Alhamdulillah dah boleh rentas negeri dan balik kampung.

Unknown said...

Kalau saya pun rasanya tak mampu nak hadapi macam tu.. Agaknya sebab tu tak de peluang keluar negara.

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah dah boleh rentas negeri dah. Fiza je belum balik kampung lagi. Harap family akak tabah dan sabar menunggu ahli keluarga yang masih terkandas di luar negara.

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah akhirnya kan, kita dah boleh saling menziarahi, cuma kenalah juga berjaga2, virus tak berbau, hehe.
Akk pun hari ni in shaa Allah nak jalan2 ke rumah adik ipar.

ShirVen said...

alhamdulilah dah boleh balik kpg, just sentiasa stay safe, jaga kebersihan.

Curheart.Bedelia said...

Woah woah cepat awak rentas negeri, hehe. saya pon tengah dekat negeri lain juga, sebab perlu ambil barang sikit dekat hostel.

Saya yg study lain negeri je pon kadang dah rasa home sick, jadi salute lah juga bila fikirkan orang yang ada di luar negara ni.

Tapi kadang2 bila kita dah tak de pilihan dan kena hadap jugak sesuatu benda tu, masa tu baru kita sedar yang rupanya kita ni lebih kuat dari apa yang kita fikirkan.

Bang Ancis said...

Datang berkunjung kawan, semoga sehat-sehat selalu.. Salam Kenal

norhidana said...

bestnya dapat balik kampung... biasalah budak-budak kalau tak buat sepah memang tak sah tapi itulah baru meriah

Siti Yang Menaip said...

sedih yang terkandas diluar negara tu.. tapi sabarla insyallah smoga semua ni berlalu cepat. saya pun soon insyallah nak rentas negeri. lega juga da boleh rentas ni.. tapi masih kena berhati2..

Himawan Sant said...

Saya ikut mendoakan semua keluarga kak Na selalu diberi kesehatan dan baik-baik senantiasa.

AzianKhalil said...

alhamdulillah....semoga negara kita pulih sepenuhnya

Wak Lat said...

kerajaan dh benarkan rakyat malaysia balik kuarantin dlm rumah sendiri je., ;p

Suria Amanda said...

Semoga keadaan pulih seperti biasa...rindu nak travel..rindu nak bebas macam sebelum- sebelum ni

NA said...

Sama je kena kuarantin dalam rumah 14 hari.

Buba said...

Like your blog. I follow you 271 , follow back maybe? Thanks! :)

https://bubasworld.blogspot.com/

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sapa2 nak balik ke tanahair jiwa memang kena strong!. Walaupun nanti dah boleh kurantin sendiri (tak perlu duduk "kayangan" lagi).. satu hal lain utk difikir pula ialah utk balik semula ke sana (obersea), perlu alasan kukuh pula.
Moga Allah mudahkan urusan adik awak.

Azirahman said...

Belum dapat merentas balik kampung lagi. Tunggu hujung bulan. Tak sabar juga sebenarnya ni....

NA said...

I have followed your blog back.

Mrs. A said...

Syukur dapat juga beraya di kampung walaupun sedikit terlewat.

Bila balik kampung tu feel nya lain macam heheheee...

Nurul Aziz said...

Harap-harapnya cepatlah semua balik macam normal and kita boleh jumpa family macam biasa. Aminn

ZaridaIshak said...

seronok ya... sibuk semula dengan macam2 ragam

StyleOfLife said...

so nice post :)
I follow your blog, number 272 , follow back?

have a nice day :)

https://styleoflifet.blogspot.com/

Norlaili A Wahab said...

Alhamdulillah NA dah dapat balik kampung :)

OKje said...

Hahhaha....rumah akak ni tak de budak kecik pun bersepah jugak NA... Ha a mmg pening tgk barang sepah kan.

nohas said...

Semoga Uwan sihat2 selalu...

NA said...

Amin. Tq Nohas doakan.

Fuzy Hamid said...

baru hari ni kami rentas negeri ke Pahang ambil barangan anak sebab kelas online sampai hujung tahun...rindu nk jalan jauh terubat..hehehe

Nina Mads said...

Harap semua bertabah dan jaga diri.. kesian sepupu tak boleh balik tgk keluarga..

Nur said...

Mesti NA dah lama tak jumpa, adik beradik yang luar negara tu, ye. Semoga semuanya semakin pulih. Sedangkan saya dan adik beradik lain negeri pun susah nak jumpa, inikan pula luar negara.