Nuffnang

Sunday, December 1, 2019

Anak Saudara

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat tengahari Ahad. Apa khabar semua? Harap semua sihat. Saya alhamdulillah sihat tapi anak- anak saudara saya tak sihat. Demam. 


Nur Aafiya dalam buaian


Ni anak saudara yang bongsu umur 5 bulan lebih nama Nur Aafiya( buat masa sekarang). Semalam dia muntah banyak lepas minum susu. Alhamdulillah lepas suapkan air kelapa muda dia sihat semula.
Tidur nak berbuai juga kalau siang. Masa di Soho KLCC hari tu susah nak tidurkan masa emak dia keluar untuk makan malam kursus sebab tiada buaian. Kenalah mak dia cepat-cepat balik sebab dia dah melalak kuat.

Rupa dia macam kakak sulung dia. Saya pernah tulis pasal kakak dia pada 2011 masa kakak dia masa kecil juga.

Selamat berhujung minggu.




9 comments:

Mrs. A said...

Alhamdulillah dah sembuh ya...

Anak kalau dah terbiasa tidur buai memang nak kena ada buai jugak

Umi Nazrah said...

alhamdulillah geram tengok, mata bulat ^_^

Azhafizah MN said...

Semoga anak buah awak cepat sembuh. Aaminn

Mimie said...

Pipi dia tu buat geram tau. Rasa nak cubit.

P/S done follow blog awak

Nur said...

Bila tengok anak sedara NA, teringat masa anak bongsu saya kecik, dia tidor dalam buaian juga. Ada sekali tidor hotel, jenuh nak bagi dia tidor. Kenangan.

NA said...

Hehe akan diingat. Anak bongsu sekarang umur berapa ya?

Nur said...

Anak bongsu dah 12 tahun. Tahun depan form 1. 😊

nona sani said...

Cute!!! Bila lah nak dapat baby ni.. hehe

Nina Mads said...

mesti skrg dh besar budak ni