Nuffnang

Friday, February 5, 2021

Cubaan Membuat Lasagna Yang Tidak Muak

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Harap semua sihat dan reda dengan ujian Allah.

Saya adalah penggemar pasta dan sosnya. Lasagna adalah salah satu makanan yang saya gemari. Sayangnya susah hendak jumpa lasagna yang menepati selera saya iaitu kombinasi masam, masin, ada sedikit manis buah tomato dan berlemak silih berganti sampai makan satu bekas besar sekali habis. Betapa sedap dan asyiknya. Hanya sekali pernah saya jumpa. Lain-lain memang kadang-kadang asasnya tidak betul seperti gunakan roti, sos bolognese tidak mencukupi ( tidak banyak daging cincang), terlalu masin ( terlalu banyak keju).

Jadi ini adalah cubaan kali ke sejuta entah berapa. Hehe untuk saya buat saya hendak letak unsur pedas dalam lasagna saya. Saya mencuba krim masakan (konon-konon akan lebih berlemak) dan keju keping Amerika. Memang banyak jenis keju saya pernah cuba jadi kali ini cuba keju ini. Sos bolognese pula saya buat daripada asas iaitu buat sendiri untuk kawal rasa masam dan manis buah. Buat sedikit dahulu iaitu sebiji tomato didadu kecil bersama tomato ceri.

Antara Bahan Buat Lasagna



Buat 3 lapisan guna pasta San Remo. Jumpa jenama ini sahaja di Mydin. Guna bekas bekas empat segi tepat aluminium kecil saiz 20 × 11 × 5.5 cm

Bekas Kecil



Penilaian, saya masih belum dapat rasa lemak secukupnya. Dapat habiskan 3/4 lasagna daripada bekas di atas sekali makan. Oklah saya akan terus berusaha buat sampai memenuhi tekak saya 100% dan akan tulis resipi di blog apabila berjaya. Doakan ya.

Jumpa lagi.

49 comments:

dear anies said...

dah berjaya nnt bolehlah buka resto western ya😊👍

Nor Azimah Ali said...

Cuba dan terus cuba sehingga jaya.

AzianKhalil said...

semoga berjaya..

Atie Zieya said...

heheheheeh atie tak pernah muakkk dgn lasagnia!! hehe walau byk cheese haha

Abam Kie said...

tahniah kerana berani mencuba! Utk makan sendiri boleh je...

Ana Jingga said...

cuba lagi NA, kak ana pun baru dua kali rasanya try buat lasagna ni, sekali buat kepingan nya keras hehe :)

Martin Karakabu said...

Hallo sobat, apa kabar lama tidak berkunjung ke sini. Semoga selalu sehat ya.

Wah kuliner, nampaknya lezat ya, oh ya mau nanya makanan tradisional Malasysia apa ya?

mamapp said...

Cuba ikut resepi mama.. sedap dan berlemak. Pada mama key dia pada sos bechamel
http://www.mamapipie.com/2020/07/resepi-lasagna-ayam-guna-air-fryer.html

NA said...

Saya sihat alhamdulillah. Makanan traditional Malaysia macam rendang, nasi lemak.

Kamsiah yusoff said...

buat sendiri lbh puas hati,kan...kalau beli ada ja yg tak kena ditekak..

norhidana said...

lama tak buat lasagna, teringin pulak... tapi kat rumah tu kalau menu western selalu tak berapa laku... jenis makan nasi je dua beranak tu

NA said...

Haah kan buat kita makan atau untuk orang makan.

SalbiahM said...

Good luck! Semoga akan jumpa resepi terbaik untuk lasagna

NA said...

Haah sekarang tengah cari sos bechemel yang diakui sedap oleh orang telah cuba.
Tq.

NA said...

Hehe mungkin buka pesanan untuk mereka rasa sahaja.

NA said...

Insya Allah.

NA said...

Tq.

NA said...

Muak apabila keseimbangan antara keju, sos bolognese dan kulit pasta tidak sama.

NA said...

Memang untuk makan puas-puas.

NA said...

Hehe pernah juga terjadi masa pertama kali buat. Sekarang ini alhamdulillah majalah itu tiada cuma hendak buat tidak muak supaya dapat makan satu bekas besar tanpa sedar habis. Haha.

NA said...

Ok Adda nanti saya tengok. Baru hendak tanya siapa ada buat lasagna tanpa muak. Terfikir pasal sos bechemel. Nanti cilok resipi sos pos Adda. Tq.

NA said...

Betul itu. Cuma ada satu lasagna ini kena tekak. Lain-lain macam kedekut bahan atau guna bahan lain.

Semut Senyum said...

Assalamualaikum.

Saya pun suka makan lasagna... Tapi tak pernah lagi nk buat sendiri.. heheh.. coming soon saya akan cuba... TEruskan berusaha ye... saya pun nak tengok lasagna idaman tekak itu terjadi. saya yakin, rajin berusaha pasti berhasil.. in shaa Allah.. amiinn..

mama tisya said...

tk pernh lg buat lasgana...adik ipar slalu buat

Puan Hazel said...

Tak pernah buat lasagna tapi suka makan. Kalau di Gombak ni sy selalu masuk ke UIA (b4 MOCO) utk beli lasagna sbb ada foreigner yg jual. Sedap!

Cik TK said...

Wah lasagna!!! Tak apa kak NA. Nanti boleh cuba lagi.. keep on trying!

Martin Ruma said...

Hay, tahu juga rendang dan nasi lemak ya, apresiasi. Oh ya kolom komentar balas tidak ada, Apakah pengaturan blognya dibuat seperti itu sahabat?

NA said...

Ada sahaja. Saya balas komen Martin.

NA said...

Ok memang akan cuba lagi.

NA said...

Puan Hazel sudah jumpa orang yang buat sedap.

NA said...

Adik ipar saya pun selalu buat.

NA said...

Hehe insya Allah. Nanti tunjuk yang sudah jadi beserta resipi.

NA said...

Tengok boleh sahaja balas komentar lagi :) Harap Pak Martin boleh tengok.

The Redza Channelz said...

W'salam,

Setakat ni saya suka makan Lasagna Domino Pizza.
Sedap juga :)

NA said...

Oh belum pernah lagi cuba.

Bang Ancis said...

Wow.. sepertinya enak nih...

Nur said...

Bagus NA, rajin mencuba. Saya suka juga lasagna. Saya pernah jumpa lasagna paling sedap, masa saya sekolah dulu. Sekarang dah tak jumpa lasagna macam kedai tu buat. Keep on trying! Lebih puas makan, hasil masakan sendiri. :)

Azhafizah MN said...

Betul kak, susah nak jumpa lasagna yang sedap. biasa beli dapat lasagna layer nipis je. tak tebal, isi pun sikit. Buat sendiri pulak kadang kurang menepati citarasa. Tapi okaylah try and error adjust sampai ikut selera. Dapat yang sedap, satu bekas tu boleh habis makan sorang :) senang guna instant layer tu.

NA said...

Itulah yang sedap di kawasan perumahan lama saya. Memang asyik dan ketagih makan. Beli berbekas-bekas.

NA said...

Haah boleh buat banyak-banyak kalau jadi. Insya Allah.

nohas said...

mencuba utk diri-sendiri..chaiyok!! semoga dapat buat yg terbaik satu hari nanti..

NA said...

Memang emak dan ketagih. Hehe.

NA said...

Amin. Tq atas kata semangat.

Shida Radzuan said...

Na..tahu..saya dh lama beli bahan2nya tp xmng tgan lg nk buat hahaa ^_^

Litah L said...

yummy!! berjaya sudah tu hehe

dear anies said...

alaaaaaa😊😊

Nina Mads said...

brand san remo sedappp!! lama tak makan lasagna.
buat sendiri puas hati

Sha Mohamed said...

Teruskan berusaha.. Semoga akan dapat resepi yang dikehendaki..

babYpose said...

Alhamdulillah pandai sis NA buat Lasagna. dah jadi tu, nak tambah baik inshaAllah boleh, biasa letak susu bila macam tak cukup kuah. Masa tu asal lembut ja. Teringin pula nak buat lasagna:)