بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Akhirnya dapat sambung lagi. Taip pada 23 November 2025. Letak pada pos belakang.
Sebelumnya klik sini.
############
Beberapa hari pulang dari Gold Coast, ingatan Alena tidak dapat lupakan si Santa Claus di Harbor Town dan si Senyum di Movie World.
Mengapa ingatan itu tidak hilang seperti angin lalu? Masih teringat-ingat peristiwa tersebut.
Mana datang Si Senyum pula?
Sewaktu Alena berseorangan untuk menaiki roller coaster. Rasa takut dan tangan berpeluh menyebabkan dia tenggelam dalam lamunan ketika beratur. Ketika kalut beratur itu jugalah si pemeriksa barisan menegur Alena supaya buka cermin matanya. Ketika itu jugalah Si Senyum yang berdiri belakang Alena memberikan senyuman manis dan seolah menenangkan Alena.
"Alamak aku termasam muka pada dia."
Dia merasa kesal sangat. Tidak juga sempat dia minta maaf juga. Itulah kalut sangat. Cemas sementelah kena bagi cermin mata untuk dipegang oleh pemeriksa barisan.
Alena hanya berharap si Senyum tidak salah sangka pada dia. Anggap dia sombong.
Paling Alena rasa pedih di hati kerana tidak menunjukkan sifat baik sebagai Muslim.
"Janganlah kerana aku, dia berprasangka buruk terhadap umat Islam pula."
Alena berdoa kepada Allah agar semoga Si Senyum tidak terkesan dengan atau lupakan sahaja peristiwa ini. Tidakpun memaafkan dia.
Mengapa Alena serba salah? Kerana selepas dia mempamerkan muka masamnya, Si Senyum itupun berubah muka daripada senyum lebar kepada masam dan Si Senyum itu mengelak duduk sebaris dengan Alena. Itulah kekesalan Alena sehingga hari ini.
SAMBUNG...

No comments:
Post a Comment