Nuffnang

Wednesday, August 17, 2011

Hari Ini Hari Istimewa. Dodol Hari Merdeka :)



Assalamualaikum...

Apabila mengenang jalur-jalur kehidupan telah saya lalui, saya bersyukur yang kehidupan saya ini dikelilingi dengan kasih sayang, kesukaran yang tidak melampau berbanding orang lain. Mudah mendapatkan apa sahaja saya nak.

Alhamdulillah tinggal di negara khatulistiwa, negara yang damai. Keselesaan tinggal di rumah yang sederhana besar.

Memikirkan saya boleh melakukan apa sahaja aktiviti tanpa rasa takut, gembira keluar untuk melakukan aktiviti. Dapat mengamalkan agama yang dianuti sememangnya satu anugerah dan kemudahan. Mudah untuk mencari tempat solat hatta di tempat membeli-belah menyedarkan agama harus dipegang utama walau di mana sahaja.
Sempena bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan, marilah kita sama-sama merenung nikmat yang Allah berikan dan ucapkan syukur banyak-banyak kerana diberi peluang untuk merasa dengan gembira. 

Hari ini juga Nuzul Quran. Moga kita mengambil iktibar dan mengikuti ajaran seperti dinyatakan dalam al-Quran. InsyaAllah.

Hari ini juga saya nak menyatakan terima kasih kepada Iqa yang memberikan 'dodol' gambar gadis Muslimah comel yang memakai baju kemerdekaan. Iqa terima kasih memenuhi permintaan Kak Wina. Moga Allah gembirakan kamu yang menggembirakan Kak Wina.


Hari ini memang hati terasa terharu. Sentimental pula rasa.


Jumpa lagi. 



P.S: Ditakdirkan saya tinggal di perantauan, Malaysia tetap di hati :


Mesin Dodol. Gambar Dodol Akan Diletak Kemudian

9 comments:

Gary Asip said...

wah3!! semangat bebenor dodol tuh yer... hehehe..

NA said...

@Gary: Mesti bersemangat! Hehe syukur sangat ada orang buatkan dodol ni. Gary selamat semuanya yer. Jangan naik lagi darah awak tu :)

maszull said...

salam...wah lawa la "dodol" wina tu..
semangat kemerdekaan...:)

NA said...

@Mama Maszull: Inilah cara nak tunjuk kecintaan pada negara. Hehe :)

aamalinaazman said...

weeeee
nmpak dodol akak tu terus semgt kemerdekaan!
weeeeeee =)

semoga semangat nuzul Quran terus dalam hati kan =)

abghani said...

org nogori panggil dodol ialah penganan

NA said...

@Mimito: Hehe semoga dapat ambil semangat tu.

@Abgghani: Tahu dodol sebenar tu apa tapi tak tahu 'doodle' ni dalam Bahasa Melayu apa jadi pakailah dodol. Lagipun Iqa pun panggil dodol keras :)

zareliqa afiqa said...

Sama-sama kasih kak wina..eheee :D
Mekasih jugak kat akak sudi tepek dodol tu kat blog ni. :)

Bangga jadi rakyat Malaysia.
MERDEKA!! yeahh~

NA said...

@Iqa: Terima kasih kasi 'doodle'