Nuffnang

Saturday, April 9, 2022

Rezeki SushiGeng By Abby Abadi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam tadi emak dan abah balik selepas moreh bagitahu ada dapat makanan percuma.

Saya kekenyangan tidak berminat untuk makan. 

"Na, sushilah."

"Ala kenyang sangat."

"Makanlah untuk sahur."

"Tengok bagaimana. " 

Saya kalau sahur minum air, makan kurma atau roti. Makanan yang ringkas. Tidak lalu makan nasi.

Saya naik ke bilik. Baru terhegeh-hegeh solat Isyak dan terawih sendirian. Lepas selesai baru tengok tv balik. Dalam fikiran memang terfikir-fikir sushi sampai masuk tidur.

Bangun sahur terus keluarkan sushi dari peti sejuk. Pertama kali nampak bekas ada pelekat 'SushiGeng by Abby Abadi'. Baru tahu Abby ada keluarkan sushi. Ingatkan sushi biasa, main ambil satu yang ada warna merah darah. Rasa sushi ada rasa pedas, macam sos pedas Korea. Pertama kali rasa sushi kacukan/gabungan (fusion)

Bekas Lutsinar Dengan Pelekat SushiGeng By Abby Abadi


Sudahnya makan seketul sebab takut sakit perut. Terus makan sesudu besar minyak kelapa dara dan madu. Minum air putih. Simpan balik bali sushi. Maaf ambil gambar sushi tinggal 3 ketul. Rasanya 2 ketul abah makan.

3 Ketul Sushi

Tengok fb Abby Abadi. Ada macam-macam jenis sushi. Harga seketul RM1. Murahkan?

Sedap rasa rasanya. Rasa pedas ikut citarasa rakyat Malaysia. Sushi biasa/Jepun pun saya suka. Saya ingatkan sushi biasa-biasa asalnya.

Di mana saya boleh beli? Harap ada rezeki rasa atau beli.

Ini orang sedekah makan untuk moreh. Alhamdulillah dapat merasa makanan yang sedap.

P.S: Ramai buat perniagaan sushi buatan sendiri dengan perisa berbeza atau sama seperti sushi Jepun. Korang suka sushi? Suka sushi kacukan/gabungan (fusion)

24 comments:

Amie said...

Menu fushion memang menarik bagi yang suka mencuba. MMurah jugalah harganya kalau seketul hanya RM1. Rajin Abby Abadi berniaga.

nohas said...

Ada beli 2x sushi melayu ni..yg harga rm1 satu..cepat muak sbb sos/mayo byk sgt..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Sy suka sushi fusion. Dulu, langsung tak pandai makan, kembang tekak makan makanan sejuk, hihi. Tapi skrg salah satu makanan fav.

mrhanafi said...

saya juga suka sushi tapi jarang dapat makan hehehe

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Suka juga sushi melayu

NadiaJamhari said...

Saya peminat sushi! Saya suka sushi yang jepun punya berbading yang fusion.

nona sani said...

Suka sushi.. dedua pun saya telan.. Kadang ada sushi nasi lemak... try ajela.. hahaaa

dear anies said...

sy tak mkn sushi. cuma takoyaki je yg lalu kat tekak sy ni hehehe... byk pahala org yg sedekah sushi ni

Carneyz said...

Saya suka sushi original, memang apa2 makanan fusion ni rasa tak kena kat tekak saya tapi kalau orang bagi kita terima je la hehe.

SalbiahM said...

suka sushi jepun yang biasa je. tapi tak makan yang mentah-mentah. huhu. baru tahu abby abadi ada jual sushi jugak

shima jelani said...

saya tak suka sushi. pernah cuba tapi tak kena rasanya dengan tekak saya hihihi

Ujie Othman said...

Oh..Abby Abadi jual sushi jugak. Bagus dia, rajin meniaga.
Saya cuma pernah makan sushi yang Aeon jual di bahagian makanan. Sushi lain belum pernah try.

Puan Hazel said...

Sushi yang dah disesuaikan dengan selera orang kita, menarik ni...
Cuma PH tak gemar sushi, sekadar nak rasa bolehlah...

Nur said...

Sushi melayu pernah makan sekali, jual di pasar pagi. Rasa macam makan nasi. Macam-macam topping. Lebih suka sushi jepun, beli kat Aeon je.

Yuslina Ghazali said...

sesuai sangat dengan citarasa orang kita tu... nak kena cuba ni

mama tisya said...

ada tgk aritu kt Ig abby psl sushi ni...lama tk mkn sushi..fav sushi

dear anies said...

pandai abby pelbagaikan bisnes dia

Azhafizah MN said...

Pernah juga rasa sushi dengan selera tekak orang Malaysia. Sedap ada rasa pedas pedas tu. Kira murah tu RM1. Tapi ada sesetengah sushi macam tak kena rasa dia. Baru tahu Abby Abadi ada jual sushi jugak. Baguslah kan kembangkan bisnes makanan juga.

Wak Lat said...

wak dh lama x mamam sushi king .. huhuhu

Bola Katok said...

Jarang makan sebab katanya tak elok makan mentah. Sekali-sekala makan je.

Mrs. A said...

Hehehee... Sushi kacukan ya NA.
Alhamdulillah rezeki

mamapp said...

Murqhnya seketul RM 1 je. Sedapnye sushi

babYpose said...

Good idea juga buat fusion ni, kenala citarasa oriental dengan melayu kan. Tapi belum cuba hehe..

Nina Mads said...

gabungan yg menarik.. tak tahu pulak abby abadi keluarkan sushi