بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pagi tadi masa hendak buang bahan makanan untuk makhluk Allah ternampak bakul isi kunyit hidup. Hati berbunga gembira sebab sebelum ini memang hendak beli kunyit hidup tapi tidak kesampaian. Gembira lagi sebab banyak kunyit. Boleh buat stok makan mentah untuk saya. Tidak perlu risau.
Tapi saya tertanya-tanya bila emak tanam kunyit hidup. Setahu saya emak kata dia tanam halia.
Persoalan berlegar-legar apabila masuk rumah. Sebelum itu nampak pisang-pisang muda yang banyak. Memang buat kerepek selain goreng pisang dan pengat.
Tidak lama emak masuk dapur basah terus tanya emak. "Emak, bila emak tanam kunyit hidup?"
Emak cakap itu daun kunyit guna buat rendang itu. Jadi tentulah ada kunyit dalam tanah.
Dang. Rasa macam orang bangang. Haha. Nampak benar tidak ambil berat pasal tanaman. Hendak gelak pun ada. Selama ini nampak daun kunyit tidak fikir ada kaitan dengan kunyit hidup.
Di sini tanah luas boleh tanam tanaman dapur dan buah-buahan. Sudah 5 tahun di Durian Tunggal. Ingat lagi pindah ketika pertengahan puasa. Azab angkut barang, kemas rumah dan bilik. Hari itu berbuka puasa sempoi gila dan kepenatan tidur awal. Nasib baik ada adik bongsu tolong.
Ok itu sahaja coretan kali ini. Jumpa lagi.
P.S : Kalut fikiran.
38 comments:
'Rasa macam bangang' ya Allah akak, saya tergelak sekejap ahahaha. Kalau saya pun, sama macam akak. Tak tahu ada kaitan daun kunyit dengan kunyit hidup hahahaha
Itulah nampak benar buta pokok. Hehe malu betul.
Hahaha.. blur pulak ek bila mak tanam kunyit? Sblm ni sy guna daunnya saja utk masak br semalam rasa nak korek induknya.. bunganya je lagi x keluar2 ni nk buat ulam
Duk kat Durian Tunggal, Melaka ke? Ooo.. Jadi pokok daun kunyit tu ada kunyit hidup lah bawahnya eh. Saya pun baru tanam, isteri beli anak pokoknya.
Haah. Encik Fairus duduk satu daerah dengan saya ke?
Haah ada kunyit hidup bawah daun kunyit.
Saya di Klebang..
Sebelum itu saya tinggal di Tengkera. Ala kalau tidak boleh suruh COD sambal. Tertarik dengan tawaran 3 jenis sambal RM30.
Boleh tanam semula kunyit tu..
bestnya bila stay dengan family...lagi lagi kawasan luas..syok nak bertanam
senang la amik kunyit hasil tanaman..kt umh pn aritu serbuk kunyit habis..nasibaik ada MIL beli kunyit hidup
Bestnya kak... tanah luas memacam boleh tanam...
Datang sini terus excited tengok kunyit dan pisang muda tu. Oh, baru tahu NA ni orang Melaka. Saya dahulu pernah menetap di Alor Gajah.
Semoga kalut fikiran sudah tidak kalut lagi 😊
Sedapnya pisang muda
Laaa... NA tak tau ye.. Hehe.. saya pulak, tak pernah korek kunyit dalam tanah. Saya biar je. Bila saya nak pakai kunyit hidup, saya beli. Sebab saya nak bagi dia keluar daun. Walaupun daun mati sebab cuaca kering ke, selagi kita siram, dan tak korek kunyitnya, daun tu akan keluar, tak kira dah berapa lama pun.
Haha ya ke? Rupanya ambil kunyit daun tiada lagi rupanya.
Haha. Akak sama dengan saya, tak cakna sangat tanaman mak ayah. Setakat tolong siram sekali-sekala.
hhehhee lepas ni kena belajar2 lagi la pokok2 yg mak tanam tu ye.. mana tau tetiba mak ada tanam daun bawang... hehehe jgn x kenal plak :p
Heheh..boleh pulak tertanya soalan tu ye. Lagi sedap tu kunyit fresh. Best ada rumah laman luas macam macam boleh tanam.
Itulah culas siram.
Hehe. Terima kasih ingatkan.
Betul itu Fiza.
Wah rupanya Puan Farrah pernah duduk Alor Gajah.
Amin. Terima kasih. Perlu sangat doa-doa orang lain.
kdg2 xperasan yg daun kunyit ada kena mengena dgn kunyit idop..
hahahaha..
adoi lucu betol!
Best ada tanah boleh bercucuk tanam time pkp ni
tanah luas harus dimanfaatkan untuk bertanam
dulu saya juga pernah bertanam kunyit di samping rumah
Hahaha…maap tergelak juga.
Tapi oklah, akhirnya tau juga sekarang kan.
Saya tanam pokok kunyit untuk daun dan isinya (kunyit hidup). Nak guna, korek tanah amik sikit.
Tapi tu masa di rumah nismilan. Rumah sekarang saya beli je kunyit hidup, simpan dalam bekas berisi air dan letak dalam fridge untuk tahan lama.
Haah selalu beli kunyit hidup. Itu yang pelik tiba-tiba nampak banyak kunyit hidup dalam bekas.
Hehe sekarang baru tahu.
seronok ada tanah luas boleh bercucuk tanam
Lama tak dengar 'bangang' tu hahahaaa!
Orang Durian Tunggal ye. Abang ipar saya pun orang sana.
Aaa.. pindah time puasa memang penat.. haritu pun kena kemas kemas rumah sewa time puasa pun dah penat sangat woooo
Haha rasa kelakar bila ada perkataan 'bangang' tu. Tergelak jap. Tapi kan, ye la bukan semua orang arif pasal tanaman. Cik TK sendiri pun kurang arif juga. Yang Cik TK tahu, nak pakai daun kunyit ambil saja luar rumah. Bab tanam-tanam ni kurang tahu. Bila baca ni pun baru perasan kaitan antara daun kunyit dan kunyit hidup.
Seronok tanah luas, mcm2 pokok boleh ditanam..
Kat rumah ada jugak tanam... Sat hidup, sat macam nak mati 😇😇
X rugi berbufi pada tanah kan. Seronok tgk kunyit byk
Salam, ada kawasan, boleh tanam semula kunyit tu, tapi itula confius kejap bila kat dapur tu haha..
tanam kunyit byk2 NA...nnt bleh hntr ke pasar...demand tinggi tau ;-)
Post a Comment