Nuffnang

Wednesday, May 18, 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Maaf dipinta. 3 minggu menghilang. Telefon khusus  untuk tulis blog bermasalah tidak boleh dihidupkan pada minggu terakhir Ramadan jadi terpaksa hantar ke bengkel. Hantar pun lewat iaitu 4 hari sebelum Syawal (Khamis). Hari ini baru ambil telefon semula. Terbang RM70 untuk gantikan ic.

Rindu untuk tinggalkan komen pada blog yang dilawati.
Sesuai masa ini sebab tidak sibuk. 

Minggu pertama Syawal memang sibuk beraya. Lepas itu  keluarga saya buat rumah berbuka pada Sabtu minggu pertama Syawal.

Lepas itu minggu ke-2 Syawal macam keadaan kurang memberangsangkan sebab adik ipar kena Covid lepas itu adik dan anak-anaknya kena. Risau mereka hendak balik ke luar negara Sabtu lepas. Jadi mereka kuarantin diri daripada kami. Pertama kali saya buat ujian RTK sebab  kontak rapat. Alhamdulillah kami negatif tapi itulah saya tidak sihat. Gusi kanan dan tekak sakit.  Uji lagi hari ke-3 alhamdulillah masih negatif. Hikmahnya tidak makan banyak dan saya buat puasa ganti. Apabila puasa sakit itu tidak mengganggu sangat.

Minggu ke-3 pula sambung puasa sunat. Saya buat asing puasa wajib dan sunat. Ketika puasa tidak minum kopi susu. Saya agak itu penyebabnya selain saya rasa sebab banyak mengunyah dan makan makanan pedas ketika minggu pertama Syawal. Hehe. Alhamdulillah ok sudah gusi dan tekak.

Maaf tiada gambar. Nanti saya lawat blog perlahan-lahan ya. Hehe betul-betul rehat tulis dan komen blog orang.

Jumpa lagi.
 
P.S: Harap tiada lagi masalah telefon ini. Amin.

14 comments:

Ako Retna said...

Selamat Hari Raya NA.... semoga kesihatan NA dah bertambah baik :)

Kakmim said...

Selamat hari raya NA... take care, jaga diri ye

nona sani said...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin... Cepat sembuh dan sihat seperti biasa ye..

nohas said...

Selamat hari raya NA, maaf zahir & batin...jaga makan, jaga kesihatan.. selamat berpuasa..

Muhammad Naim Abdullah said...

selamat hari raya, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik lepas ini.

AiniHalim said...

Selamat Hari Raya NA...
Take care..

Ujie Othman said...

Patutlah lama NA menyepi.
Rajin buat asing puasa tu.

Nur said...

Ooo, patut lama tak nampak NA.
Selamat hari raya, maaf zahir batin ye.
Bagusnya, puasa asing yang sunat dan wajib.

Puan Hazel said...

Sy baru berkira-kira nak 'seru' nama NA di blog, sbb dah lama tak dengar khabar berita :)
Alhamdulillah, semuanya kembali sihat & baik ye.
Selamat Hari Raya buat NA sekeluarga.

mama tisya said...

salam aidilfitri..smoga cpt baik smuanya...

Warisan Petani said...

Selamat hari raya
Maaf zahir dan batin

Hanafi Abdullah said...

Semoga tabah menghadapi hidup ini dan didoakan untuk sentiasa siha selalu

SalbiahM said...

berehat betul tu. jaga makan Insha Allah badan kembali sihat. bagusnya asingkan wajib dan sunat

mummy_ayu said...

selamat hari raya!!!