Nuffnang

Tuesday, June 21, 2022

Kacama Dan Ibunya

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali saya kenalkan  dak Kacama. Anak kucing yang lahir tahun lepas. Ibunya lahirkan 4 ekor tapi ia sahaja yang hidup. Mula-mula dak Kacama ini garang macam ibunya tapi lepas emaknya pergi bersuka-ria, mengandung dan beranak lagi, Kacama jadi jinak, manja minta saya belai, garu belakang badannya. Apabila ibunya datang balik, tugas membelai kembali pada ibunya. Untuk pengetahuan ibunya masih garang.

Lena Tidur Kacama Dan Ibunya



Ini gambar Kacama dan ibu tidur bersama-sama. Tidak nampak pula ekornya. Kacama berekor panjang. Nanti saya letak kemudian.

Tulis di sini sebagai kenangan.

21 comments:

Ujie Othman said...

Kacama..unik namanya, ambil sempena nama apa tu NA?

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Comel Kacama, namanya pun unik, tak pernah dengar nama macam ni.

Puan Hazel said...

Alolo comelnya...
Kucing yg menumpang rumah kami dulu pun awalnya garang, lama-lama jinak sampai terus jadi ahli keluarga hihi ..

Bola Katok said...

Kucing ni kalau dah bela, terus jadi manja.

Nur said...

Kacama? Mana dapat nama tu?
Tambah 'ta', jadi kacamata. :D
Saya kalau ada kucing sombong macam ni, yang garang, saya cakap kat dia, garang, garang, tak nak kawan. Makan nak, pegang tak boleh. Hehe.. saje gurau-gurau. Kucing faham, tau.

NA said...

Kacama ini asal pagngil anak saudara lelaki maksud kacak (makna bagi saya)
Hehe rindu pada anak saudara, panggil anak kucing Kacama pula.
Oh kena cakap begitu pada emak kucing.

Mbul Kecil said...

aw cute sangat kacama...mbul juga suka pussy cat kak na...biasanya di rumah ada kucing liar suka main dan akhirnya mbul sering beri ikan...lama lama betah tapi malam pergi bermain...siang baru tidur di teras

nohas said...

kesian Kacama, kurang belaian ibu..ok jg ibu dia, walaupun garang..

Amie said...

Amboi Kacama!
Kemain lagi minta garu belakang ye.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tapi at least Kacama masih ada ibu, rasa2nya dia tak akan mencakar tuannya (ibu dia biasanya didik dia bila masa perlu kluarkn kuku dan bila masa tidak). Klu Chanel (my cat) till now suka mencakar org sbb yatim piatu.

SalbiahM said...

unik namanya. kucing berekor panjang memang cantik. suka tengok masa berjalan

mummy_ayu said...

uniknya nama dia..Kacama..comei

nona sani said...

Hi Kacama!!!

Ammi said...

rasa macam pernah makan satu menu dari Sarawak..nama ala-ala Kacama ni..

Wak Lat said...

ingtkn kacamata mama tadi.. hehehe, kucing rupanye

fanny_dcatqueen said...

Aghhhh lucuuuuu kucingnya kak ❤️. Saya pun punya banyak kucing di rumah . Sudah macam anak sendiri. Kalo nak pergi2 pun, saya pastikan dulu mereka ada yg menjaga, tak terlantar

Kacama comel lah, nama pun unik👍

Mrs. A said...

Kacama dan ibunya sama warna bulunya ya.
Alolo gebu-gebasnya

Mznimnwr said...

Kacama walaupun nampak dah besar tapi masih manja dgn ibu ye. Sbb selalu mak kucing ni garang dgn anak dia yg dah besar

Suria Amanda said...

First time dengar nama Kacama

Azhafizah MN said...

Comel namanya pun. Kucing kalau garang tak berani nak dekat. Tapi kalau bela dari kecik dah biasa tak garang dah nanti.

mamapp said...

Mmg anaknibu ni. Sama warna dgn ibunya tu