Nuffnang

Thursday, June 30, 2022

Serbuk Koko Van Houten

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Serbuk koko terakhir hari ini. Kena beli baru.

Serbuk Koko Van Houten



Sejak sudah tidak minum kopi, kopi mikro dan teh, saya cari alternatif untuk minuman pagi. Mula-mula minum Milo. Kemudian pergi pasaraya Mydin cari minuman coklat lain. Pergi ke rak minuman coklat, tengok pada seksyen minuman Cadbury. Tinggal 2 bungkus di hujung rak. Ada budak perempuan remaja minta penyusun barang ambil dari hujung dan dia ambil 2 terus. Terkebil-kebil fikir. Kemudian terfikir pasal serbuk koko. Jadi kena ke rak buat kek.

Pembungkusan berbeza daripada saya ingat. Masa kecil selalu nampak serbuk koko dalam tin aluminium putih. Kali ini dalam kotak oren coklat. Ada 2 isipadu jadi saya pilih yang sedikit iaitu 100 gram. Saya takut tidak suka.

Rupanya saya sangat menyukainya. Kuat rasa kokonya. Lebih-lebih lagi saya suka letak banyak serbuk koko lebih daripada 2 sudu teh dalam mug dan sedikit susu pekat. Jadi rasa koko sangat dominan dan kurang manis. Nampaknya ini menggantikan ketagihan saya pada kopi dan teh.

Kena beli kotak yang besar nanti. Insya Allah

Apapun sarapan pagi di luar kena minta Milo kosong.

27 comments:

nohas said...

sedap ni..dah lama x minum hot choc..

norhidana said...

dana kalau serbuk koko ni memang campur dalam masakan je, buat air sebab rasa dia agak pahit. Tapi mesti harum bau dia kan kak

mama sara nur @ Cik Nor said...

Ingat koko utk buat kek td
rupanya Na suka minum air coklat

Puan Hazel said...

Bertukar selera nampaknya :)

Ako Retna said...

wow... kita kureng minta yg pahit2 sangat...
klu terlebih sangat koko, memang susah nak telan hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Wahhh, dalam lama tak bancuh serbuk koko VH ni.

Mrs. A said...

Oh! kenapa dah tak minum kopi atau teh NA?
Mrs. A kalau takde kopi atau teh lebih suka minum horlicks

anakdenesor said...

van houten memang sedap kak..saya dari dulu lagi suka jenama ni..coklat die pon sedap tau. Selalu klo promo jd rm3 time tu grab 2 bungkus terus

Semut Senyum said...

Waaahhh.. terima kasih info. bolehlaa pi try lepas ni

Amie said...

Teringat iklan zaman kanak-kanak dulu... coklat van houten...van houten!

Nur said...

Wah.. saya kagum dengan NA, sebab boleh tahan tak minum kopi.
Ada je minuman koko, seperti vico, ovaltine, dan lain-lain, saya pernah jumpa, kalau NA nak try.

NA said...

Dahulu pernah minum Vico atau Ovaltine.
Hendak tukar selera air koko lain.
Apapun tq ingatkan. Masa di pasaraya tidak nampak 2 jenama itu.

Nurin Irsalina said...

Tengok je la brand ni. X pernah beli haha. Sbb nk kurangkan minum manis. Air milo pun jarang2 dah minum

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Oh dah berjaya lari dari kopi?. Congrats. Dah lama tak nmpk Van Houten ni atau mungkin I terlepas pandang sbb asik minum kopi je manjang.

SalbiahM said...

macam mat saleh ni, minum hot cocoa. hehe.

NA said...

Insya Allah. Buat masa ini dapat lari.
Hehe sana tiada jenama Van Houten kut.

nona sani said...

Ada ni kt rumah

egt nk buat kek batik cmpo ni.. x cmpo cmpo.. rupanya sedap diminum eh.. bolehlah try.. takut expired.. dah setahun
huhu

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Sedap juga minuman coklat dari van hauten ni

Abam Kie said...

rasanya sy perlu mula minum koko pulak...

Carneyz said...

Saya pun ingat lagi dulu serbuk koko Van Houten ni dalam tin putih kecik tinggi. Kalau buat kek batik pakai serbuk koko ni memang sedap.

Suria Amanda said...

SA ingat lagi...ulu masa kecik- kecik choc van houten ni la choc popular dan sedap...kalau dapat hadiah van houten tu memang megah la...

Azhafizah MN said...

Sedap ni buat hot chocolate. Dulu beli serbuk coco untuk buat kek je. Suka jenis pekat dan sedikit pahit.

adianiez AIDA said...

aida ada serbuk koko, namun terhad hanya utk buat kek.
tak pernah minum, wina. sedap ek?
coklat drink cadbury, now sukar nak dpt dah :(
bila aida mencari, dah tak berjumpa hu hu hu...

fanny_dcatqueen said...

Saya jadi ingat, ada 2 kotak choco di lemari dan belum tau nak buat apa 😅. Mungkin memang lebih enak untuk minuman saja 👍

Rodiah Amir said...

Saya tak beli Milo, beli jenama Keluarga. Harga lebih ekonomi berbanding Milo rasa coklat dia masih okay

mamapp said...

Alhamdulillah kenangkan selera. Ada hukmahnya tak DPT Cadbury Tu. Cadbury Tu manis

mrhanafi said...

saya pun dalam proses untuk elak minum kopi atau reh...kalau boleh