بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah.
Apa yang lagi susah apabila senang? Susah untuk sentiasa bersyukur ketika senang, gembira, lapang dan sihat. Waktu susah memang waktu itu kita bersungguh-sungguh mohon pada Allah supaya diberi jalan keluar.
Ketika senang yang susah untuk ingat pada Dia. Sayalah itu. Maka saya selalu berdoa agar saya sentiasa ingat Dia ketika saya senang, gembira, banyak waktu terluang dan sihat.
Oklah hendak cerita pemberian orang. Alhamdulillah.
Ole-ole dari Makkah. Makcik Mashitah baru balik dari haji bawa ole-ole biskut Maamoul jenama AlBatal.
Sedap biskutnya. Biskut kurma di mana gunakan kurma yang digunakan kurma Arab Saudi. Satu kotak besar ada paket-paket kecil yang mengandungi satu biskut yang besar juga.
Selain itu ada diberikan tasbih, minyak wangi, beg duit kain gambar Kaabah dan magnet peti sejuk gambar Kaabah (tiada gambar diambil). Rasa macam dah komersil dan macam-macam ada cenderahati. Dahulu pergi tiada pula magnet peti sejuk ini.
Selain itu adik perempuan belanja Samyang Buldak Cheese. Haha upah kena kemas mainan anak-anak dia yang rajin sepah. Hehe lama tidak beli Samyang Cheese. Budak-budak ini (anak-anak) dia ada pilih carbonara, ada yang extra pedas. Saya pula pilih keju sebab rasa seimbang pedas dan berlemak.
5 peket dalam satu bungkusan. Kalau dahulu beli seminggu boleh habis sebab sedap. Ini cuba jimat-jimat jangan makan selalu.
Korang ada perisa kegemaran ke?
28 comments:
biskuit kurma kedengarannya manis kak na...kalau samyang buldak baru aja kemarin mbul seduh tapi mbul pakekan bumbu indomie 🤭
walau samyang tu dah lama dekat pasaran saya belum pernah cuba...ni NA dah review sedap rasa teringin plk hehe
Sy belum cuba samyang tu
Iye, sekarang pelbagai cenderahati dari tanah suci...kecik2 dulu suka ziarah orang balik haji sebab dapat gelang warna hitam tu :)
Menarik oleh-oleh biskut tu. Lain daripada biasa.
Samyang Buldak…hehe, tak pernah makan dan tak tau.
Sentiasa mensyukuri nikmat tuhan.. dan tahu senym itu sedekah :D
Seronok dpt ole ole dari Mekah ..
Love the intro. Moga kita jadi org yg senang tapi rajin bersyukur. Ha gichew.
Terliur pulak bila dikata samyang tu sedap. Nak kena cari ni.
kalau sy xde NA... x suka samyang... x kena di tekak melayu sy
samyang fav kt rumah yg packaging pink carbonara tu...dlu2 tk bole mkn 1 bungkus ..slalu rasa sesudu dua je bila anak buat tp lama2 dh bole abis 1 bungkus hehe
kak ana tak masuk NA menu menu korea ni, anak kak ana suka nau makan. Terima kasih atas pesanan :)
Biskut kurma tu first time nampak. Tak pernah cuba....
rezeki.
ole2 dari Mekah , ciknur menungggu kismis dan kacang cerdik
Alhamdulillah, dapat ole-ole dari Makkah.
Saya tak pernah cuba samyang tu. Pernah nampak di supermarket. Boleh la try beli nanti.
Alhamdulillah....Dapat juga ole2 drp ahli keluarga yg baru balik menunaikan haji....
selamat tahun baharu 1445H
assalammualaikum cik na =)
biskut tuuu..yaya pernah rasa. ada sorng mber ofc ni balik dari umrah dia belikan utk bg kami yg kat ofc ni rasa..mmg sedap. ^_^
Waalaikumussalam warahmatullah :)
Yg paling pedes masih jadi fav saya kak 🤣. Dulu saya ke Korea, saya ada temu triple spicier samyangnya, nampak tak masuk ke Indonesia. Langsung beli, dan pedesnya luar biasa 🤣. Tapi saya sukaa sangat ❤️
Sekarang ni ada yang Samyang yang terbaru...cheese juga tapi rasa dia lebih padu.
Cuya belum try lagi. Tapi cheese memg favourite Cuya
Kurang gemar makanan Korea jadi tak pernah lagi terdetik niat nak mencuba samyang. Alhamdulillah, banyak ole2 dari Mekah ye.
wah best tu dpt ole2 dari Mekah..rezeki..skrg ni dah macam2 cenderahati bila orang balik dari umrah/haji..akak ada dapat buah zuriat, kawan bgi tahun lepas dia blik dari umrah..
Salam awal Muharram kak NA.. Alhamdulillah, best nya dapat ole² daripada Makkah.. macam sedap jea biskut tue, saya pun baru tau..
tengah2 hari ni nampak biskut sedap pula NA... terasa nak cari nak cicah dgn kopi hahaha
saya cuma tahu samyang je makan mmg tak pernah... hehehe
Tak pernah makan lagi..
Wah.. menarik biskutnya..
Alhamdulillah banyak dapat rezeki tu. Saya suka ramen yang pedas lagi. Carbonara sesekali makan pun layan juga.
selamat tahun baru na
Post a Comment