Nuffnang

Sunday, July 30, 2023

Traveling Again?

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanpa disangka disuruh untuk melancong bulan 10. Saat-saat akhir dirasakan. Rasa berat hati. Banyak faktor buat rasa berat hati. Antaranya

Pasport mati bulan Ogos 2023. Saya ada masalah buat pasport. Cap jari susah kesan. Sudahlah sekarang secara talian. Lagi leceh. Baca pengalaman orang yang susah/gagal baca cap jari buat pasport secara talin menambahkan galau di hati.

Tidak bersedia mental dan fizikal. Saya memang sudah kata tidak mahu melancong buat masa ini. Rasa serik dan penat macam tidak hilang. Lagilah pergi bukan pilih. Ganti tempat abah. Apapun harap abah sihat betul-betul dan dapat pergi apabila tiba masanya. Tidak perlu saya ganti. Ini tempat pilihan abah. Tempat ini memang popular. Kalau orang lain mungkin teruja kalau tahu destinasi pelancongan ini tapi bukan saya.

Persediaan banyak kena buat. Bulan 10 musim sejuk. Tidak suka musim sejuk. Ada pengalaman tidak seronok. Lagilah tempat ini sejuk sangat.

Simpan di blog luahan. Terbit sebagai pos ke belakang.

Maaf doa yang terbaik daripada peristiwa ini.

4 comments:

Afzan said...

alahai NA nak kemana tu?harap ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk NA ye,betul kan kalau hati tak rela nak bercuti pun tak seronok

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Apapun semoga saat hari H nanti, semuanya berjalan baik dan lancar ya kak Na. Walopun mungkin ini bukan pilihan kakak, tapi untuk menggantikan tempat Abah. Dan semoga aja Abah bisa sehat juga sehingga tak harus digantikan 🤗

mamapp said...

anggap rezeki na.. sayang pulang kalau xde yg ganti kan.. tapi tu la bukan semua org suka travel lagi2 time musim sejuk

mrhanafi said...

saya kalau nak melancong akan rasa seriau dan risau juga...selain teruja