Nuffnang

Thursday, July 27, 2023

Pagi Yang Sejuk Pada Hari Tasu'a

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lebat hujan dari Subuh dan sekarang hujan sudah renyai-renyai.

Julai bulan yang seimbang panas dan sejuk. Ada hari, berangin sesuai untuk berjalan kaki keliling rumah. Ada hari panas yang nyaman yang memberi aura terimbau kenangan lama yang indah yang pernah dihadapi.

Walaupun peristiwa berlaku pada bulan Julai ada suka dan duka, ia sesuatu yang saya boleh hadapi. Seperti saya pernah tulis untuk bersyukur ketika senang itu yang payah. Itu yang membuatkan ada peristiwa sedih yang kena buat kita ingat semula.

Harap-harap ke penghujung Julai saya dapat hadapi ujian dengan cemerlang. A+ untuk ujian susah atau senang!

Selamat berpuasa Hari Tasu'a.

22 comments:

Afzan said...

doakan saya juga ye NA...moga saya juga sentiasa bersyukur dengan setiap benda,bersyukur dengan setiap rezeki,bersyukur dengan setiap ujian Allah...

Ujie Othman said...

Selamat berpuasa NA.
Iya, bulan ni cuaca agak seimbang. Ada panas, ada hujan. Tapi lebih kerap mendung (macam sekarang). Sedap cuaca gini.

Moga NA dan kita semua lulus cemerlang dalam ujian hidup 💪🏼

Jaja Ahmad said...

InsyaAllah. Di setiap kedukaan akan ada manisnya dipenghujung. Hikmah yang kadang kita tak nampak. Moga NA dapat mengharunginya dengan cemerlang. 😊

Carneyz said...

Selamat berpuasa NA.

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah
kann cuaca pg ni mendung tp tak turun ujan, ciknur mengharap jga ujan turun lebat tp hanya mendung. apapun syukur

Puan Hazel said...

Setiap ujian yg diberi, sesuai dgn kemampuan kita, إنشاء الله

P/S: sy pun tak pasti kenapa komen NA kena reject smlm :(

Syazni Rahim said...

Di sini juga hujan, kemudian mendung, dan sejuk

Time Traveller said...

Insyallah boleh dapat semua A
Musim di bulan Julai ni mmg panas.. kejep2 hujan sentiasa kejap2 hujan sket pun takde.. tapi alhamdulillah semuanya aturan yg telah ditetapkan :D

I am LZ said...

W'salam NA,
Seronok jika hujan renyai-renyai, di Seremban panas terik. Last hujan pada hari Ahad lalu..

Selamat maju jaya NA.. Semoga apa yang dihajati jadi kenyataan..

Mbul Kecil said...

mudah mudahan nilai dapat A+ dan hari hari ke depan dipermudah...amin..hujan selalu menyejukkan hati bagi mbul pribadi ^^

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Saya suka juli Krn ini masa libur anak sekolah, dan birthday mama. Dan memang cuaca juli itu masih enak, tak terlalu panas, tapi tak sejuk juga. Hanya utk wilayah Indonesia di Jawa, cuaca jadi lebih sejuk, katanya sih karena terbawa hawa Aussie yg masuk winter kan.

Bahkan di Dieng, Jawa tengah, Juli agustus biasanya selalu embun es dan cuaca bisa drop ke 0 dercel. Itulah kenapa saya sukaaa sangat juli 😄. Tak kuat panas soalnya 😅

Yaya Mohd said...

Assalammualaikum. insyaAllah sama-sama kita hadapi ujian Allah dgn kuat samada ianya ujian senang atau susah ^_^

Nur said...

Pagi ni pun hujan di tempat saya, tak keluar jogging.
Semoga kita semua dapat hadapi ujian senang atau susah, dan ingat Allah selalu. Aminn...

Sunah Sakura said...

alhamdulillah dah sampai penghujung Julai...

dear anies said...

mudah-mudahan yang baik2 baik itu akan jadi milik kita

insya allah...

aminnn

Ana Jingga said...

aamin, semoga dipermudahkanNya buat NA dan kita semua yang sentiasa dalam ujian hidup ini :)

Azhafizah MN said...

Betul tu Kak Wina, bulan Julai ni seimbang cuacanya. Harini dah penghujung Julai. Semoga bulan Ogos yang datang mencipta kenangan yang indah pula.

nohas said...

dah dipenghujung Julai..moga baik2 aja..

Cuya said...

Moga kita dipermudahkan urusan dlm menghadapi ujian mendatang. aamin

Mrs. A said...

Semoga dipermudahkan segala urusan NA.

Puasa sunat Tasu'a Mrs. A tak buat. Alhamdulillah rezeki buat sunat hari Asyura Jumaat lepas.

Fieza Sani said...

Anggap setiap peristiwa yang berlaku pada diri kita sebagai pengalaman yg mematangkan. Moga kita sentiasa bersyukur dengan apa juga keadaan. Allah tahu kita kuat dalam setiap ujian yang diberikan..

mamapp said...

sedih sgt tak dpr puasa hari tas uu masa tu kurang sihat huhu