Nuffnang

Friday, January 5, 2024

Semalam Hari Yang Indah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam dapat selesaikan Rukun Islam ke-4. Bebanan itu terus hilang. Terus rasa gembira betul. Lagi pula awal pagi keluar untuk sarapan bersama Abah dan Emak. Bertiga sahaja.

Balik rumah tenang tiada gangguan bunyi loceng hantar barang. Bahagia layan ceramah agama di Youtube.

Hari ini pula orang datang siapkan khemah. 2 khemah. 1 bahagian dalam dan 1 bahagian tepi. Oh!Ya, pada saat akhir Emak hendak buat perjumpaan dengan adik-beradik esok. Maka hari ini hari sibuk dan kelam-kabut. Harap tenang sahaja nanti.

Khemah Dalam Rumah



Semoga dipermudahkan oleh Allah.


20 comments:

Mbul Kecil said...

semoga lancar acaranya Kak Na, memanglah senang kalau apapun sudah beres...khemah dalam rumah pun enjoy sebab kumpul family

Carneyz said...

Alhamdulillah, semoga bertambah keberkatan dalam rezeki NA, Ameen YRA

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Alhamdulillah

mummy_ayu said...

alhamdulillah..have a good day!!!

LadyBird said...

Wasalam wbt.

Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan semuanya.. ameeennnnnn

Syu Deris said...

🤲🏻 Semoga dipermudahkan segala urusan NA. Aminnnn...

nohas said...

Alhamdulillah, dah selesai...semoga majlis berjalan lancar..

adnil linda said...

Semoga majlis berjalan lncar ya kak Na

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah dpt mengeksport harta ke alam yg 1 lagi. Moga berbahagia nanti "di sana". Kalau lebih dulu masuk Syurga, ingat saya tau. Hihi.

Nur said...

Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan lancar.

Abam Kie said...

abe kie belum sempat nak bayar zakat lagi. tunggu bln dpn la sbb skrg bz dgn hal2 sekolah.

Cuya said...

Semoga lancar segala urusan

mrhanafi said...

Alhamdulillah...jika semuanya sudah selesai

Allah sudah permudahkan urusan hambaNya

Nina Mads said...

Alhamdulillah semoga acara berjalan dgn lancar

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

semoga dipermudahkan segala urusan

SalbiahM said...

Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar

Sha Mohamed said...

Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamiin..

dear anies said...

segalanya telah dipermudahkan
alhamdulillah

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Ada acara apa kak na? Semoga lancar acaranya yaa. Dah selesai harusnya saat saya baca ini yaa 😅

mamapp said...

hari tenang2 mcm ni la yg seronok hati terasa damai aje