Nuffnang

Sunday, January 26, 2025

Hadiah: Set Bukhoor- TQ Shikin Razali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Hadiah ini dapat tahun lepas lagi iaitu menjadi tukang komen terbanyak tahun 2023 di blog Shikin Razali. Maaf lambat coretkan sebab ketika itu tiada mood sangat untuk tulis blog.

Apapun segera mesej Shikin kata dah dapat tapi itulah pertama kali guna jadi tanya bagaimana untuk gunakan bukhoor. Hehe. Dapatlah tutorial yang dicadangkan di youtube. Masa mula-mula ingat pemetik api yang dapat tidak berfungsi.

Gambar di bawah ini set saya dapat. Bukhoornya sudah habis saya guna tapi arangnya ada lagi. Untuk pengetahuan semua, bukhoor ialah potongan kayu gaharu yang dicampur dengan pati haruman.

Dari Atas Kiri: Pemegang Arang, Bukhoor, Pemetik Api, Arang 
Bawah: Mabkhara



Jadi saya kena beli bukhoor baharu. Kebetulan semalam saya pergi makan buffet di Swiss Belhotel Melaka di Jalan Hang Tuah. Sementara tunggu pukul 12 tengahari singgah di kedai Elarab, Bangunan Wisma Air. Pengalaman pertama membeli dan memilih. Nasib baik ada sampel untuk bau setiap bukhoor. Saya pilih Golden Oud Almas Perfumes Bukhoor. Bau manis. Suka bau yang begini. Harga RM55 untuk 40 gram. Lepas ini boleh cuba jenis lain pula.

Golden Oud Almas Perfumes Bukhoor



Tq Shikin Razali kerana pemberian awak saya dapat belajar guna.

P.S: Korang pernah guna bukhoor? Boleh kongsi pengalaman atau tips untuk saya yang baru belajar ini.

 

4 comments:

nohas said...

Alhamdulillah...mesti lepas ni bilik bau mcm kat kedai arab..I like..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Tak pernah guna bukhoor, baru tahu ia adalah arangnya.

Puan Hazel said...

Tahniah NA.
Rezeki selalu ke alamat rumah NA 😉

Ana Jingga said...

tahniah NA, kak ana tak pernah lagi guna bukhoor ni..