Nuffnang

Tuesday, October 28, 2025

GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Penyertaan saat-saat akhir. 
Harap-harap ada rezeki. Saya memang suka hadiah misteri sebab akan tertanya-tanya dapat apa. Perasaan menunggu tidak sabar.


Ok mari kita senaraikan syarat-syarat penyertaan: 

  1. Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh
  2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.
  3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.
  4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.
  5. Mana yang belum follow Wajib FOLLOW saya tau... hahahah 
  6. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

Syarat semua lepas kecuali terakhir itu memang tidak buat.

Tarikh tutup penyertaan: 31 Oktober 2025 (11.59 malam)

 📅 Tarikh pemenang : 05 November 2025 (08.00 pagi)

Sunday, October 26, 2025

Review Makanan: Arwaa Mi Tarik Kari Opah Oleh Ardell

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terima kasih kepada Tot kerana cadang cuba mi kari dahulu. Terima kasih pada Nona juga sebab komen dan pos kata ia sedap maka saya tidak sabar cuba mi kari ini.

Tunggu masa sesuai untuk buat maka semalam adalah harinya kerana seorang di rumah dan tiada makanan lain maka mari masak.

Semangat sediakan potongan isi ayam dan sayur-sayuran seperti lada benggala (warna kuning), lobak merah, cendawan enoki dan tomato. Dalam bungkusan Mi Tarik Opah ada mi tarik, cili dan perencah mi kari

Bahan-Bahan Buat Mi Tarik Kari Opah



Saya ikut cara penyediaan pada paket tapi mula itu saya letak minyak sedikit dan goreng isi ayam. Kemudian ikut cara penyediaan masukkan semua termasuk air dalam anggaran 300-450 ml. Agak-agak mi tarik lembut boleh tutup api.

Mi Kari Merah Menyala



Makan waktu petang merangkap untuk malam. Padu rasa kuah kari pekat likat dengan rasa. Nampak merah dan oren, ingat pedas betul tapi tidak pedas sangat. Sedap. 1 bungkusan ini boleh isi 2 pinggan yang saya guna. Kiranya saya makan sekali petang itu dan bakinya makan ketika sarapan. Tengok ilustrasi belakang bungkusan mi karinya letak telur rebus maka saya rebus telur sebelum itu.
Minya kenyal tidak lembik. Ini bukan macam mi segera. Jadi makan itu betul-betul rasa makan mi kari guna mi kuning.

Esoknya makan baki itu saya letak bawang goreng dan perah limau nipis lagi terangkat rasa. 

Ok puas hati. Boleh pelbagaikan bahan untuk letak di dalamnya. Buat kosong sahajapun rasanya mantap.

Friday, October 24, 2025

Dari Keningau Ke Durian Tunggal

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah parcel dari Keningau selamat tiba ke rumah saya. Rasa seronok dan tidak sabar. Selalu akan rasa teruja untuk tahu dapat hadiah apa. 

Buka agak lewat iaitu malam sebab siang banyak kerja kena buat. Sebelum buka hati tertanya-tanya apa isi kandungan kotak kerana agak besar.

Parcel Dari Keningau



Isi kandungan kotak elok tanpa pecah atau koyak.

Isi Kandungan Dalam Kotak



Saya suka sebab dapat Elcafe Premix Coffee with Ginseng & Moringa, mangkuk 2 tingkat plastik dan sudu mangkuk.

Boleh terus guna dan minum esok pagi. Saya google pasal kebaikan elken elcafe ginseng dan moringa. Rupanya ada gingko biloba juga. Memang banyak khasiat, saya tertarik dengan kebaikan meningkatkan fungsi otak. Boleh klik pautan biru. Saya baca iktisar AI. Ringkasan mengenai produk ini.

Carian Google



Terima kasih Encik Etuza atas hadiah ini. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Amin. Macam tahu-tahu saya suka cuba makanan kesihatan. Hehe😄

Korang boleh lawat blog Encik Etuza di sini. Banyak info menarik pasal diri tuanpunya blog. Suka Encik Etuza ada kebun dan tunjukkan hasil kebun.

Tuesday, October 21, 2025

Perubahan Ketika Hari Deepavali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Bermula hari Deepavali, Abah tidak akan ulang-alik dari Melaka ke Tampin. Makpun ada di Melaka. Sebelum ini Mak di Tampin jadi itu yang buatkan Abah ulang-alik.

Keadaan kesihatan Abah yang sudah berbeza buatkan Emak kena duduk Melaka. Risau untuk biarkan Abah seorang ulang-alik dengan jarak jauh (lebih 30 minit). Penat.

Harap-harap baik dan lancar sahaja. Amin. Tidak tahu berapa lama keadaan begini. Rutin saya berubah, tidak seorang lain pada hari biasa tapi hujung minggu saya seorang kalau saya tidak ikut mereka ke Tampin.

Wednesday, October 15, 2025

Beli Arwaa Mi Tarik Opah X Wowshop

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Pesan hari Khamis lepas hari ini (Rabu) baru dapat. Alhamdulillah.

Teringin hendak cuba produk daripada artis Ardell dan suami.

 


Kotak Depan : Arwaa X Wowshop


Buka kotak (unboxing) 

2 Kotak × 5 Bungkus Mee Kari Opah, 2 Kotak × 5 Bungkus Mee Sup Tulang Opah, 1 Kotak × 5 Bungkus Mee Teow Tomyam Opah, [PERCUMA] 4 Bungkus Mee Bandung Opah 



1 bungkus mee bandung Opah sudah beri pada Abah yang bawa balik kampung.

Bukan mi segera tapi mi tarik yang kena masak. Ada cara memasak di belakang.

Harga RM119 tapi saya dapat diskaun dan bayaran semula cuma bayar RM98.

Sebenarnya saya ingat nak cuba hari Sabtu atau Ahad lepas tapi barang tidak sampai lagi. Hari ini pula saya buat spageti tomyam berkrim. Jadi lain kali tunggu waktu sejuk.

Spageti Tomyam Berkrim



Korang pernah makan?
Korang cadang saya cuba mana dahulu?


Friday, October 10, 2025

Makanan Murah Yang Kerap Dimakan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Seminggu atau 2 minggu sekali Abah akan belikan saya nasi ayam ini. 

Nasi Ayam



Murah RM5.00 sahaja. Tidak jemu makan. Saya campurkan sambal cili dan kicap dengan saya tumbuk cili api dan kunyit. Letak sedikit air. Saya sebatikan dan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro.

Tambah hirisan tomato.

Apapun makan satu bekas ini cukup untuk saya rasa kenyang. Hehe saya tidak tahu kedai/gerai mana Abah beli.


Tuesday, October 7, 2025

Pemenang PV 200,000 - Hadiah Mug Ajaib

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tepat 3:33 petang, secara rasmi selamat terima parcel daripada Skynet setelah tertunggu-tunggu semalam.

Bungkusan Dengan Perkataan Fragile



Pada bungkusan memang tertulis deskripsi 'Mug'. Yeay terfikir boleh guna untuk khas buat air barli. Cuak mula-mula tapi alhamdulillah mug dapat dengan selamat.

Kotak Berisi Mug



Tengok mug warna hitam terfikir mana dia letak gambar. Oh! Ya, sebelum itu Linda ada minta 2 keping gambar jadi fikir hadiahnya 2 keping gambar dicetak pada kertas rupanya pada mug. Mug ini kena letak air panas. Belum cuba lagi. Lepas ini hendak buat.

Gambar Profil Blog Linda


Gambar Yang Saya Beri- Gambar Profil Saya Dan Gambar Sungai Matukituki Barat

Gambar Asal- Taman Botani


Gambar Asal- Sungai Matukituki Barat



Saya pemenang ke-2. Tersasar 5 nombor daripada 200, 000. Tidak sangka terpilih juga. Cepat juga nombornya naik. Rasa macam lambat lagi tapi itulah tanggal 27 September, kira-kira beberapa minggu Linda umum pencarian PV 200,000.

Tangkap Layar Skrin 200005



Tq Linda semoga murah rezeki. Hadiah ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya. Ini rujukan pautan pemenang di sini.

Kemaskini: Sudah buat air panas dengan mug ini. Ia bertukar warna.

Mug Hitam Menjadi Putih Dengan Gambar Jadi Jelas



Jumpa lagi.



Monday, October 6, 2025

Jujur Walaupun Rugi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali tebus MySARA itu pada 26 September (Jumaat). Beli guna itu 3 benda sahaja. Lain-lain banyak beli bahan basah jadi kena bayar sendiri.

Apabila pertama kali itu agak cuak juga sebab ada 2 jenis transaksi. Ada makcik ini nak cepat dan diapun ada 2 jenis transaksi juga jadi saya nak bagi dia dahulu sebab nak tengok bagaimana caranya. Oh!Ya, sebelum itu saya beratur tempat lain sebab tidak ramai orang tapi rupanya situ tiada khidmat MySARA.

Panjang cerita dipendekkan. Mula-mula imbas barang untuk MySARA. Kemudian dia pulangkan kad pengenalan dan 2 resit. Masa sibuk simpan kad pengenalan dan resit itu terlepas pandang tengok barang kena imbas dan kemudian bayar sahaja. Lepas bayar duduk tepi bagku disediakan (bagus Mydin) untuk tengok resit. Mula tengok resit barang MySARA, ok puas hati. Kuantiti dan barang sama. Cuma barang bayar, berderau sedikit tengok ada 2 perkataan Cameron. Terlebih bayar ke? Kemudian dia tak masukkan satu barang patut saya bayar dalam transaksi. Saya beli 2 cendawan enoki tapi daftar bayar cuma 1. Jadi saya datang balik kaunter bayaran tersebut. Tunggu orang barang kena imbas itu habis transaksi.

Alhamdulillah lepas habis transaksi, adik (budak lelaki) itu tanya. Saya tunjuk resit dan troli. Hehe nasib baik perkataan Cameron pertama untuk cili benggala dan perkataan Cameron kedua untuk tomato. Ok salah faham selesai. Cendawan enoki memang betul dia tidak masukkan 1 lagi untuk saya kena bayar.
Jadi waktu itu saya bayar RM0.70.

Lega selesai cara elok. Digerakkan Allah untuk tengok resit dapat kesan mana kurang, mana saya anggap terlebih bayar. Walaupun akhirnya saya kena bayar RM0.70. Dah nampak ada kesilapan kena betulkan kecuali kita tidak semak sewaktu selesai dan dapat resit.

Korang tengok resit tidak untuk semak semula selepas bayar? Atau tengok waktu barang diimbas?

Wednesday, October 1, 2025

Doa Mohon Kebaikan Dan Menjauhi Keburukan Dunia Dan Akhirat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tq Ustazah Hafizah Musa kongsi doa ini ketika saya tengah menghadapi kekalutan. Semoga ia memberi kekuatan kepada saya.

"Ya Allah aku mohon seluruh kebaikan. Yang lambat, yang cepat. Yang aku tahu, yang aku tidak tahu. 
Ya Allah aku berlindung seluruh keburukan. Yang lambat, yang cepat. Yang aku tahu, yang aku tidak tahu.
Ya Allah, aku mohon segala yang dipohon oleh Nabimu, Muhammad S.A.W. dan aku berlindung daripada segala Nabimu memohon perlindungan.
Ya Allah aku mohon syurga dan aku mohon didekatkan segala perkataan dan amalan yang mendekatkan aku kepada syurga.
Dan aku mohon berlindung daripada neraka dan aku mohon dijauhkan segala perkataan dan amalan yang menjerumuskan aku dalam neraka.
Ya Allah jadikanlah ketentuan takdirMu ke atas aku sebagai baik-baik belaka."

Harap Oktober bulan diberi jalan keluar. Amin.

P.S: Jangan lupakan kesejahteraan Global Sumud Flotilla