Nuffnang

Friday, December 26, 2025

Makbul Doa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Berita gembira saya dapat. Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa saya supaya ASB buat bayaran zakat dahulu untuk pendeposit sebelum pendeposit terima pengagihan pendapatan.

Emel yang dapat



Senang kerja saya tidak perlu keluatkan zakat untuk ASB untuk tahun depan. Tapi ia dilancarkan pertengahan tahun 2026. Kira saya tidak payah keluarkan zakat awal tahun depan kan? Tunggu tengah tahun 2026. Jadi 2 kali keluar zakat pula. Huhu siapa tahu? Boleh tinggalkan komen ya

P.S: Rasa nak lompat bintang je. Hehe ya malas kira untuk keluarkan sendiri. Selalu rasa ragu-ragu jumlah betul ke ni. Siap minta Emak tolong kirakan.

Tuesday, December 16, 2025

Berjaya Tangkap Layar 1,00,000

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, tanggal 7 Disember ketika menunggu untuk bertanding ketika Hari Keluarga, sempat pinjam telefon Emak untuk bunuh masa. Buka juga blog My Story Board juga. Tengok-tengok nombor nak hampir ke 1,000,000. Alhamdulillah dapat tangkap dengan tepat. Kemudian pertandingan bermula, terpaksa pulangkan telefon Emak. Tiada minta pinjam pada Emak lepas itu.

Tangkap Layar 1,000,000

Esoknya balik Melaka, buka blog tengok tiada pengumuman pemenang. Lepas itu terdetik tiada yang tangkap nombor ke? Jadi saya hantar nombor saya walaupun lewat ke emel.
Tunggu jawapan tiada, fikir tak layak.

Tengok-tengok pada pos kata saya tidak balas. Marah betul saya pada yahoo sebab letak balasan emel Puan Nieza dalam tong sampah (spam). Dah saya mula hantar emel ke Puan Nieza patutnya tahu balasan emelnya bukan spam. Nasib baik sempat balas balik. Aduh saya ini menyusahkan betul! Dahlah lambat hantar, lambat balas.

Apapun drama berakhir, parcel Gdex selamat tiba pada 5:36 petang. Serius je abang kurier itu cari parcel dalam lori tapi senyum apabila serahkan.

Parcel Gdex



Jom tengok apa saya dapat.

Hadiah Comel



  • Beg kain (boleh gilir-gilir beg lain untuk bawa ke surau/masjid) 
  • Kerongsang tudung- comel betul!
  • Stokin gambar beruang dan ceri
  • Ucapan daripada pemberi
TQ Puan Nieza anjurkan segmen ini dan maaf atas kesulitan. Ya, saya pembaca senyap, tidak tinggal komen kecuali pada 2 pos. Hehe. Sebenarnya banyak sahaja saya jadi pembaca senyap. 

Korang boleh terjah blog Puan Nieza. Seronok baca.


Kulit Labu Boleh Makan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali masak labu. Pertama kali juga masak labu dengan kulitnya.

Rebus labu dan kulitnya. Apabila isi labu lembut baru masak lemak labu. Tanpa daun kunyit sebab daun kunyit dah kuning ditanam.

Labu Masak Lemak (Tinggal Sedikit Ambil Gambar Waktu Malam)



Emak makan dahulu nasi maka tanya emak keras ke kulit labu. Mak kata lembut sahaja.

Sebelum ini Emak masak labu tanpa kulit tapi Emak terbaca labu boleh dimakan dengan kulitnya.

Selain itu lobak merah, kentangpun tidak payah buang kulit. Kalau saya masak untuk diri, kulit lobak merah memang tidak buangpun. Kalau kentang pula, tengok keadaan.


Monday, December 15, 2025

Misteri Kehilangan Bunga Telur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Macam kisah penyiasatan pula. Alkisah semalam pergi kenduri kahwin di Umbai dapatlah bunga telur dan kotak 4 segi berisi mangkuk seramik.

Dalam kereta hati saya sudah terdetik ini tidak tercicir ke bunga telur selit pada kotak 4 segi? Lagilah saya dah buka kotak untuk tengok isi dalam buatkan lagi longgar untuk selitan bunga telur.

Misteri Bunga Telur Yang Hilang



Sampai depan rumah, saya kena turun buka pagar rumah dan pintu rumah sambil bawa cenderamata bunga telur tersebut.

Berderau apabila masuk rumah cuma kotak sahaja yang ada. Ah! Sudah. Kena keluar rumah cari mana cicirnya bunga telur. Tengok tempat laluan. Tiada bayang langsung. Tiba-tiba sangka buruk pada kucing yang mengiau pada saya ketika buka pagar. Kasihan kucing jiran kena tuduh. 

Memang rasa misteri cari keliling tidak jumpa, cari dalam keretapun tiada. Rasa pelik. Akhirnya saya putuskan bunga telur itu cicir di luar kereta ketika masuk dalam kereta di majlis tersebut. Lepas itu saya terfikir eh saya belek bunga telur dan mangkuk seramik dalam kereta.

Fikiran itu berlegar tentang di mana kedudukan bunga telur tersebut. Akhirnya terjawab apabila Abah balik dari surau selepas Asar membawa bunga telur. Ia tercicir di bawah poket bawah pintu kereta penumpang. Entah tidak nampak apabila cari semalam. Apapun syukur telur itu dijumpai hari ini bukannya sebulan kemudian! 


P.S: Ada baca doa dapatkan barang yang hilang.


Sunday, December 7, 2025

Hijau Zaitun Untuk Hari Keluarga

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah Hari Keluarga Haji Sabtu dan Hajjah Fatimah (arwah Atuk dan Uwan-keluarga belah Emak). Buat di PD dan cuaca sangat cerah.

Suka tahun ini sebab t-shirt warna kegemaran hijau zaitun. Tq pada Mok yang uruskan.

T-Shirt Hari Keluarga 2025




Sarapan di luar.

Sarapan Di Tepi Kolam Sebelum Senamrobik Dan Sukaneka



Sedih saya tidak menang langsung untuk acara individu. 

Kemaskini:

Ada yang kata letak gambar sedikit. Maka tambah sedikit gambar lagi.

Hajah Fatimah Di Tengah Bersama 10 Anak-Anak Yang Duduk. Menantu (Berdiri)



Maka cubaan letak video senamrobik



Sukaneka- Hantar Belon Berisi Air Ke Belakang




Baling Bola Masuk Pelampung





Pakai Kain Pelikat Sementara Belon Di Udara

Cubaan Pakai Kain Pelekat