Nuffnang

Monday, December 15, 2025

Misteri Kehilangan Bunga Telur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Macam kisah penyiasatan pula. Alkisah semalam pergi kenduri kahwin di Umbai dapatlah bunga telur dan kotak 4 segi berisi mangkuk seramik.

Dalam kereta hati saya sudah terdetik ini tidak tercicir ke bunga telur selit pada kotak 4 segi? Lagilah saya dah buka kotak untuk tengok isi dalam buatkan lagi longgar untuk selitan bunga telur.

Misteri Bunga Telur Yang Hilang



Sampai depan rumah, saya kena turun buka pagar rumah dan pintu rumah sambil bawa cenderamata bunga telur tersebut.

Berderau apabila masuk rumah cuma kotak sahaja yang ada. Ah! Sudah. Kena keluar rumah cari mana cicirnya bunga telur. Tengok tempat laluan. Tiada bayang langsung. Tiba-tiba sangka buruk pada kucing yang mengiau pada saya ketika buka pagar. Kasihan kucing jiran kena tuduh. 

Memang rasa misteri cari keliling tidak jumpa, cari dalam keretapun tiada. Rasa pelik. Akhirnya saya putuskan bunga telur itu cicir di luar kereta ketika masuk dalam kereta di majlis tersebut. Lepas itu saya terfikir eh saya belek bunga telur dan mangkuk seramik dalam kereta.

Fikiran itu berlegar tentang di mana kedudukan bunga telur tersebut. Akhirnya terjawab apabila Abah balik dari surau selepas Asar membawa bunga telur. Ia tercicir di bawah poket bawah pintu kereta penumpang. Entah tidak nampak apabila cari semalam. Apapun syukur telur itu dijumpai hari ini bukannya sebulan kemudian! 


P.S: Ada baca doa dapatkan barang yang hilang.


11 comments:

Tot said...

Hehe.. nasib baik jumpa. Kalau kucing tu tahu, kecik hati dia kena tuduh. 😁

adnil linda said...

Kalau jumpa sebulan lepas tu, jumpa bau dulu..baru nampak bangkainya...hihi..

Bola Katok said...

Rezeki tu. Kongsi lah dengan kucing jiran sekali. 😭

Puan Hazel said...

Kalau lama terbiar dlm kereta tu, maunya bau busuk nanti.
Cuba baca ayat 16 Surah Luqman. Sy baru tahu, share sini.

notie said...

sian cik cing kena tuduh mencuri. rupanya cik bunga menyorok

Eyma Balkish said...

Kalau masa cari mesti tak jumpa, bila sudah dilupakan boleh pula ternampak mana-mana.

Ujie Othman said...

Kihkih…tak pasal kucing kena fitnah. Dah minta maaf belum? 😆
Syukurlah masih ada rezeki makan telur.

norhidana said...

Mujur dijumpai kalau lama-lama tak dijumpai sayang busuk telurnya kan kak

Cuya said...

Alhamdulilah jumpa juga telurnya.
Sama macam Cuya pernah tercari2 mana pergi parcel dekat mailbox, takkan org curi?
Rupanya ayah Cuya yg amik masuk dlm kereta masa dia otw nk ke masjid, balik tu dia hulur pada Cuya...selamat .

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kak, bunga telur ini, telurnya itu sudah matang kan yaa? Saya jujurnya baru tahu ttg bunga telur setelah baca tulisan teman2 dh Malaysia. Sebab di sini tak ada tradisi bunga telur. Saya tak tahu kalau di Riau, yg mana Melayu juga, tp yg pasti di Jawa dan Sumatera Utara kampung saya tak ada. Menarik...

Untunglah ketemu cepat yaa 😄

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Tercicir dalam kereta juga ya .. mujur laa jumpa semula