بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
30 Ramadan. Saya di kampung sekarang. Balik semalam. Raya hari Sabtu 21 Mac.
Apa yang lama dan baru? Gabungan baju raya dan tudung ada baru ada lama.
Raya pertama pakai jubah ungu yang tempah tahun lepas lepas raya yang belum pakai dengan tudung 4 segi warna ungu.
Raya ke-2 baju kurung moden biru nila buatan Auntie Nani dengan bintik-bintik putih dengan sulam berwarna ungu dipadankan dengan tudung sarung lama warna biru seluar jeans. Tengok keadaan, saya tidak suka sangat tudung sarung, mungkin pakai tudung ungu yang dipadankan dengan jubah.
Raya ke-3 jubah hijau pekat pemberian blogger Shikin Razali yang saya dapat beberapa tahun lalu yang pernah dipakai bersama tudung bawal pemberian blogger Nur.
Satu lagi jubah Auntie Nani belum siapkan 100%. Cakap tidak kisah bila siap. Mungkin guna untuk tahun depan. Alhamdulillah saya beruntung ada makcik yang pandai menjahit.
P.S: Terlebih bawa baju raya sebab ingat raya hari Jumaat. Isnin nak balik ke Melaka ☺.


9 comments:
tkpe lebih baju ..jgn kurang hehe..
x apa pakai baju lama sbb masih cantik. sy pun cuma buat sepasang baju melayu. tu pun sbb kain org bagi semasa sy pindah sek thn lps.
Wah dah siap dipadankan baju dan tudung 👍🏻
Wah.. sudah prepare pakaian dan tudung yang matching. Nice! Saya pun mix and match je. Bukan semua baru beli. Pakai mana selesa.
Jimat cara ni. Bagus dan memudahkan. Selamat Hari Raya kak
haah betul ramai yg sangka raya jumaat tp raya sabtu. terlebih xpe Na, jgn x ckup hehe
NI baru jimat!
Salam Aidilfitri!
Salam Aidilfitri..Maaf Salah silap sepanjang.. berkenalan online.hehe..Mix and match..asalkan selesa Dan sedap mata memandang....Kan...
Sama kak, saya pun tak suka tudung sarung tuh. Tak cocok masalahnya dengan wajah saya. Makanya lebih suka pakai tudung segi 4.
Minal Aidin walfaizin kak Na 🤗. Maaf kan salah2 saya dalam berkomentar yaa. ☺️
Post a Comment