بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik sudah 19 Ramadhan.
Setakat ini banyak berbuka dan berterawih di surau. Nampaknya saya sangat selesa di situ. Cuma ada beberapa hari berbuka dan bertarawih di rumah. Cuma sehari berterawih di masjid. Hujung Ramadhan tidak pasti atas faktor-faktor lain.
Pergi surau siap bawa termos mini. Kadang-kadang tiada air yang bersusu pada hari itu macam dapat teh o atau kopi o. Saya perlukan air yang bersusu untuk berbuka. Rasa tidak kenyang kalau tidak minum air bersusu. Awal-awal balik daripada terawih baru buat air yang bersusu tapi kadang-kadang masa itu sudah mengantuk.
Jadi untuk hadapi keadaan ini kena bawa air sendiri. Hehe macam bawa bekal macam saya bawa kurma sendiri dan air coklat panas. Lagilah surau ini selesa sangat dan sejuk sangat (pasang pendingin hawa) sampai ada masa kena tutup. Jadi air panas ini membantu. Selepas sesuatu solat boleh minum.
Lain orang lain cara berbuka dan bersahur.
P.S: Kalau ada teh tarik hari itu ambil juga dengan cawan plastik saya bawa.


10 comments:
Cie pula jenis tak minum air bersusu kalau makan nasi tak boleh nak masuk nanti jadi terlebih kenyang.
Peminat teh tarik macam Linda..hihi..tapi, bulan puasa ni..belum lagi buat teh tarik..
Good idea jugak bawak air panas ni... uncle pun tak tahan sejuk
Betullah, lain org lain caranya. Kalau ammi kene minuman O yang panas suam.
Bawa air sendiri lagi puashati, boleh ikut citarasa sendiri.
tk pernh lg berbuka kt surau
Belum cuba lagi berbuka di masjid. Teringin jugak.
Selesa surau ada aircond, tapi kalau sejuk sangat jadi terganggu jugak. Saya solat di surau/masjid kampung, kipas berputar laju. Tidaklah panas, tapi telekung terbang-terbang 😄
Ooo... Lain orang, lain selera. Saya pula tak boleh air bersusu, perut kembung nanti. Lagi satu, tak minum air waktu solat, sebab risau terkentut. Hehe.. lepas terawih la baru minum air sikit.
Sama dengan kak tot 😅😅. Sayapun kalau berbuka wajib air suam saja. Air lain tak bisa.. Makanan yg terkadang agak kalap 😅😅. Beli banyak, yg dimakan hanya sedikit
Selamat berpuasa NA. Baru sempat ucap jalan2 ke blog NA.
Post a Comment