بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pembelian ke-2 dapat hari Sabtu 22 Ogos 2026. Rasmikan ketika berbuka puasa hari Isnin ketika makan cekodok putih. Pesan hari Khamis pukul 10:13 malam.
Pertama kali mencuba tahun lepas ketika beli di Chong Hoe. Asal hendak cari sos peri-peri Nando's itu tapi tidak jumpa. Maka jumpa yang seakan-akannya. Harga di kedai runcit RM14.90 murah lagi daripada sos Nando's. Ia memenuhi citarasa saya dan memang pedas betul. Dua kali beli di kedai. Hehe selalu rasa kena minum air kopi susu atau coklat atau teh susu lepas makan. Atau kalau malas sulam minum air, kena campur sedikit mayonis atau sos bijan kewpie itu. Haha guna banyak sos.
Memandangkan jarang ke Chong Hoe. Cari di Mydinpun tiada maka marilah guna Shopee.
Alhamdulillah barang sampai dalam kotak kecil dengan pembungkus gelembung.
Insya Allah kalau susah lagi hendak beli di kedai, boleh beli lagi secara dalam talian. Ada niat untuk beli cheese bomb jenama Mama Food sebab sudah susah jumpa di kedai.
Ok jumpa lagi.




3 comments:
Eh serius pedas kak? Soalnya saya pernah coba sos peri peri nandos yg ditulis paling pedas, saat dicoba asaaaaam 😅😅😅. Sayapun bingung kenapa masam pula. Kalau betul pedas, memang nak cari nanti
Mujur juga ada jual online yang seakan-akan. Harga pun lebih murah lagi. Senang beli online je.
Semuanya ada di shopee. Pendek kata, kalau tak ada di kedai biasa, shopee mesti ada. 😁
Post a Comment