Nuffnang

Saturday, August 15, 2026

Hikmah Sesat

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

8 Ogos lepas iaitu hari Sabtu pagi Emak pelik tengok saya makan nasi awal pagi (pukul 8). Mak kata nanti ada kenduri kahwin. Saya cakap Emak tidak bagitahupun. Saya cakap tidak mengapa, saya akan makan sedikit di majlis nanti.

Rupanya anak lelaki Makcik Sam kahwin. Kiranya Makcik Sam dengan Emak ialah 2 pupu. Arwah Atuk saya dengan Tok Khamis ini sepupu. Kiranya yang kahwin ini pangkat 3 pupu dengan saya. Berpupu-pupu.

Biasalah kitorang akan datang awal majlis supaya tidak bersesak. Takdir Allah kami sesat dan sampai pukul 12 tengahari lebih. Punyalah dalam mental saya (mungkin Abah dan Emak saya) sebab majlis ini di Limbongan dan dekat dengan kawasan perumahan lama saya pernah tinggal (Tengkera) maka yakin tidak ambil masa untuk cari.

Ya kami sesat walaupun guna Waze. Abah terpaksa turun tanya pada orang satu kedai kuih keria Melaka di mana Taman Limbongan Permai. Sekali dekat betul dengan kawasan perumahan saya pernah tinggal. Maksud saya, saya boleh jalan kaki daripada perumahan saya ke Taman Limbongan Permai. Punyalah saya ingat taman ini dekat-dekat kawasan kuih keria Melaka yang popular itu. 

Apapun Taman Limbongan Permai ini taman baru.

Jalan LP 18


Nampak Khemah Merah Putih

Semakin menghampiri kami nampak gendang Cina dan 2 ekor naga. Wah nampaknya akan ada tarian naga. Tidak jauh itu nampak kumpulan kompang juga.

Kanan Depan Pintu Masuk Khemah


2 Kepala Naga Mengapit Pintu Masuk Khemah

Pengantin Yang Diraikan



Jumpa dan salam Makcik Sam. Lepas itu masuk rumah sekejap jumpa Tok Khamis yang duduk di kerusi. Cuaca agak panas jadi Tok Khamis duduk di ruang tamu. Ketika ini nampak pengantin lelaki tengah bergambar.

Pengantin Lelaki Memakai Samfu

 

Ok lepas itu baru ambil makanan. Syukurlah masa ini tidak ramai sangat jadi ada tempat duduk kosong.

Makanan macam biasa nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam dan paceri terung. Air mestilah teh tarik.

Makanan Yang Diambil



Memandangkan saya ambil sedikit nasi maka cepat habis. Lepas itu nampak khemah takoyaki sebelum masuk khemah tempat duduk, saya pergi. Beratur juga tunggu takoyaki masak. Lama lepak, sampai nampak pengantin keluar. Kemudian bunyi kompang berbunyi. Lepas kompang berhenti. Gendang Cina pula dipalu dan bermulalah tarian naga.

Tarian Naga



Memandangkan khemah takoyaki berdepan khemah trmpat duduk makan memang nampak jelas.

Sementara menunggu takoyaki masak, kita ambil gambar orang yang buat takoyaki. Mula-mula buat dalam bekas bulat dan kemudian digoreng dalam minyak panas yang banyak.

2 Orang Buat Takoyaki



Alhamdulillah dapat sebekas ada 3 ketul takoyaki yang mewah dengan sos dan empingan bonito. 

Takoyaki Yang Sedap



Saya pergi ke tempat duduk tengok Emak dan Abah sudah selesai makan. Tempat duduk saya ada budak lelaki duduk. Saya cakap pada Emak tidak mengapa, makan takoyaki ini rumah. Jadi Emak dan Abah bangun. Kami cari tuan rumah di khemah cenderamata untuk bersalam.

Kami sampai rumah waktu azan Zohor sudah berkumandang.

P.S: Hujung minggu dari hari Jumaat bersendirian di rumah dan tenang! Tiada bunyi kerja pembinaan dan jiran depan rumah tidak bising.
 

29 comments:

uncle gedek said...

Ada kepala singa... memang rare

Aqilarin said...

Wah seronok pergi intercultural wedding. Tahniah kpd pasangan pengantin. Sejujurnya saya pun pernah bawa balik kuih dari majlis kahwin sebab anak² makan tak habis. Tak nak membazir huhu

Pizzah said...

Silap tempat pulak ye. Mujurlah bertanya. Unik majlis perkahwinan campur. Dapatlah dengar kompang dan gendang cina serta tarian naga. Rare juga ada takoyaki di majlis perkahwinan.

Roziah @ Cie said...

Siap ada takoyaki kenduri.

Warisan Petani said...

Patutlah ada tarian naga.
Mula2 pelik juga.

Ako Retna said...

Wah mesti meriah dengan tarian naga tu ye... perkahwinan campur ye? Pape pun selamat pengantin baru utk mempelai

Puan Hazel said...

Pengantin lelakinya ada darah Cina ye, berdasarkan nama tu. Patutlah meriah dgn tarian naga. Selamat Pengantin Baru utk kedua mempelai 🌹

mama tisya said...

jrg skarang tgk org pegi wedding yg berkhemah...cuaca panas skarang

Syaz Rahim said...

Tahniah buat pengantin! Intercultural wedding memang meriah. Menu nasi minyak dengan teh tarik tu ikonik betul.

Etuza said...

Mix perkahwinan cina melayu tu kan..alhamdulillah..Meriah..

Ujie Othman said...

Kalau sampai awal mungkin tak jumpa pengantin dan kumpulan gendang serta kompang tu kan.

Menarik dapat hadiri kenduri kawin dua budaya.

NA said...

Haah itulah hikmahnya. Kalau tak dah awal balik rumah.

NA said...

Haah

NA said...

Ya 3 pupu ada darah Cina.

NA said...

Itulah selalu orang buat di dewan.

NA said...

Memang cari teh tarik di kenduri kahwin.

NA said...

Alhamdulillah.

NA said...

Sayapun pelik. Ada 2 ekor naga.

NA said...

Itulah pertama kali jumpa.

NA said...

Seronok juga dapat makanan rare.

NA said...

Itulah macam rasa kenyang jadi baik bawa balik.

NA said...

Ya pertama kali untuk saya.

Carneyz said...

Tahniah buat pasangan mempelai. Ini majlis kahwin campur ye? Pengantin lelaki tu mualaf atau ada kacukan Cina?

NA said...

Pengantin ada kacukan Cina, bapanya mualaf.

Aisya Ismail said...

Patutlah ada tarian naga, pengantin lelaki mualaf rupanya.

Cik Nur said...

Perkahwinan mix
Dpt merasa tgk tradisi berlainan kan
Mcm baba nyonya Melaka

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Oh ada keturunan Chinese yg pengantin lelaki yaaa. Patut ada tarian barongsai naga. 👍👍.

Mznimnwr said...

wahh kahwin multiracial! saya suka tengok tarian naga

Tot said...

Menarik sangat dan unik, kenduri kahwin ada tarian naga, sebab ada darah cina. Walaupun sesat, tapi tidaklah sampai lewat sangat tu. Just in time, dapat tengok pengantin. 😊