بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Rutin sejak akhir-akhir ini hari Kamis buka puasa di surau dengan kurma (kadang-kadang bawa sekali pisang kalau ada) dan air biasa yang saya bawa. Cuma minggu ini orang ramai tidak hadir untuk bacaan Yasin. Jadi makanan banyak berlebih. Ada jemaah cadang ambil lebih daripada 1. Jadi saya ambil 2 bekas nasi tomato dan 1 bekas pulut kuning dengan rendang ayam untuk makan di rumah.
Balik dari surau, saya cuma makan 1 bekas nasi tomato dan Kopi Adraa Tailong. 1 bekas nasi tomato dan 1 bekas pulut kuning saya simpan dalam peti sejuk
Mak pula tunggu orang lain ambil dan tengok masih berbaki jadi dia ambil yang lebih. Banyak bekas dapat.
Lebihan bekas nasi tomato Emak bawa ke kampung untuk adik perempuan sekeluarga. Tiadalah membazir. Malah saya minta 1 bekas nasi tomato pada Emak untuk makan hari ini (Ahad).
Haha hujung minggu saya makan ini sahaja.


13 comments:
sedap tu nasi tomato...
Mewah betul rezeki dapat nasi tomato lebih! Lauk ayam masak merah dan acar dia memang kecor air liur. Selalu rezeki terlebih macam ni buat jamu jiran kan?
Dari membazir, baik ambil bawak pulang ke rumah. Sy suka nasi tomato, sedap 👍🏻
Alhamdulillah..Elok juga tu ambil lebih kalau orang lain tak ambil. At least tak membazir. Jimat juga tak perlu memasak di rumah.
Eloklah kan ada yang boleh ambil, sayang kalau dibuang gitu je.
Memang rezeki Na.
Alhamdulillah rezeki.
Alhamdulillah, rezeki dapat lebih. Tak payah masak. NA puasa sunat Isnin dan Khamis, ya? Bagus betul la NA ni. 👍
betul tu Na daripada membazir baik kita ambil dan manfaat kan sedekah orang ..
Jarang sangat makan ini 😄. Dulu di Medan dan Palembang banyak yg buat nasi tomato. Di Jawa pula bisa dibilang tak ada, kecuali ada acara kenduri orang sumatera lah. Sedaap memang
Lama x makan nasi tomato...nanti nak belajar buat la...
rezeki, tak payah masak. sedapnya nasi tomato..
lama dah tak makan
Whoahh nasi tomato. Last makan kat rumah kawan buat rumah terbuka. Sedapppp. Bertambah nasi, lagi2 dengan ayam masak merah. Yummsss.
Suka nasi tomato sebab rich sangat rasa nasi lawan pula dengan ayam masak merah memang ngam. Ibu saya catering, kalau ada nasi lebih selalu bagi saya. Selalunya jadi nasi goreng 🤣
Post a Comment