Nuffnang

Wednesday, January 16, 2013

Mood Sentimental


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hai semua. Terlalu asyik dan sibuk dengan siri internet dan buku. Oh, cara yang menyeronokkan untuk diri kalau buat sorang-sorang. Menikmati setiap detik dan menghayati sambil berangan! Haha. 

Doughnut maker atau mesin donut sampai semalam. Hari ini pula pasang periuk api Astro B.yond ganti periuk api biasa yang dah goyang. Hehe. Layan dak Iva yang lasak dan suka buli saya. Suka ketuk-ketuk. Adui sakit betul layan budak tu. Masih pelat panggil saya 'Awong' padahal kena panggil Mak Long. Puas dibetulkan tapi dia belum dapat sebut betul. Redha jerla. Kadang-kadang suruh dia panggil saya Bubu. Sedap sedikit.

Tengahari dapat sms daripada sepupu, dia nak tunang bulan Februari. Hehe telah pasti berita tersebut setelah mendengar khabar angin dia nak bertunang. Alhamdulillah.

Entah saya akhir-akhir ini dalam keadaan sentimental. Tak tahu mengapa. 

Oklah harap korang semua bergembira. 

6 comments:

Unknown said...

tahniah utk sepupu akak tu :D

umor berapa anak sedara akak?hihi


btw, smoga kak wina pon gembira jugak :D

maszull said...

assalamualaikum wina...nape jadi mcm tu wina...:)

NA said...

@Schaze: Tq

@Mama Maszull: Ada benda mengganggu perasaan.

Nur said...

Tergelak pulak saya, NA cakap periuk api. Hehe. Saya taktau pulak ada doughnut maker.

NA said...

Maaf baru perasan soalan. Dia lahir Okt 2010.

NA said...

Ada. Saya pun sudah lupa. Hehe mana pergi alat itu sebab sudah pindah ni.