Nuffnang

Friday, September 26, 2014

Imbas Kembali: Dalam Perjalanan


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Hidup memang tidak dijangka. Peluang datang tidak harus ditolak. Itulah nasihat Cik Ya dan Makchek. Sementelah aku masih bujang. Impian ini pernah kufikirkan. Allah mengabulkan. Memang tidak dijangka. Aku pernah membayangkan. Allah merealisasikan. Cuma tempat berbeza tapi mana tahu satu hari aku akan ke situ juga.

Maka tanggal 12 Ogos 2014, aku menaiki penerbangan MAS MH149 ke Melbourne dari KLIA. Penerbangan lewat malam. Kapal terbang berlepas 11:50 malam. Eloklah waktu untuk tidur. Alhamdulillah tempat duduk banyak kosong. Aku pilih duduk di sayap kanan. Melihat tanahairku buat kali terakhir. Mengantuk sangat tapi aku cadang akan tidur selepas makan malam dihidangkan oleh pramugari. Bagi aku penerbangan MAS paling seronok. Sepanjang aku naik macam-macam kapal terbang. Mula-mula tu ada juga 'turbulence' tapi aku selamat saja mendarat di lapangan terbang Melbourne. Perjalanan mengambil masa lebih 7 jam. Beza masa Melbourne dan Malaysia tambah 2 jam. Jadi kami sampai pukul 9 pagi. Urusan imigresen mudah dan beg-beg kami pun 'sihat'. Alhamdulillah.

 

Bilik 2 Katil Bujang 1 Katil Permaisuri


Daftar awal masuk hotel untuk berehat. Hotel Park Royal tak jauh dari lapangan terbang. Transit sini. Berehat sehingga daftar keluar pukul 7 malam. Waktu penerbangan ke Christchurch lebih kurang sama iaitu 11:45 malam. Kali ini cuma 3 jam sahaja.


Pemandangan Luar Ke Tempat Letak Kereta


Tempat duduk aku 20F. Memandangkan beza waktu Christchurch dan Melbourne tambah 2 jam. Maka sampai dalam pukul 5 pagi. Aku diberi iPad dalam penerbangan. Terima kasih adikku H sebab langgan hiburan. Mula-mula aku main UNO lepas tu mata dah layu dengar lagu-lagu dalam iPad.

Alhamdulillah sama urusan imigresen dan beg-beg pun selamat ditangan kami.



Tiket Jetstar



Selamat sampai ke rumah dengan sejuk teramat tapi sebelum itu solat Subuh sebelum terlajak tidur sampai pukul 3 petang! 

2 hari ambil masa ke sini. Hidup itu suatu pengembaraan. Aku bersyukur pengembaraan ku melalui tempat ini. Teruskan dengan impian walaupun impian itu besar dan tidak masuk akal. Dengan izin-nya aku akan sampai ke tempat lain pula, tempat yang aku tidak jangka. Insya Allah. Bersangka baik.

Banyak impian aku. Yakin dan sabar.


Terima Kasih Allah
 

1 comment:

maszull said...

assalamualaikum wina...semoga berjaya mencapainya...;)