Nuffnang

Thursday, January 2, 2020

Keluar Duit ASB

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Awal tahun rutin saya keluarkan dividen ASB yang tersimpan dalam setahun. Keadaan bank pun akan sibuk sebab ramai nak keluarkan duit. Korang macam mana bila keluar duit ASB? 

Hari ni pukul 7 lagi lebih dah keluar sebab abah nak pergi klinik kesihatan. Lepas tu menuju ke RHB Taman Merdeka. Orang ramai dah tunggu di luar. Masa ni baru pukul 9 lagi.

Bila pengawal bank buka pintu berpusu-pusu orang masuk. Ada barisan untuk kemakini buku, ada nak keluarkan duit. Memandangkan saya dah tahu jumlah duit terus ambil isi borang keluar duit dan masuk akaun. Lepas tu beratur untuk cap jari pada borang. Kemudian baru diberi nombor. Nombor saya 6020. Dalam 30 minit sampai giliran. Alhamdulillah dipermudahkan tiada masalah imbas cap ibu jari. Masa giliran saya, sebelah saya nenek Cina imbas ibu jari kanan kemudian ibu jari kiri. Tak dapat baca juga. Letak losyen lepas tu cuba tak dapat juga. Kasihan tengok jadi macam tu.

Masa saya keluar dari bank nenek ni punya urusan tak selesai. Harap-harap dipermudahkan lepas itu.
Balik singgah sarapan kejap kemudian pergi Econsave. Ada peristiwa pertama kali berlaku pada saya. Duit RM1 masuk dalam conveyor belt masa bayar. Duit tu kena telan. Analogi macam kita masuk kad ATM lepas tu tak keluar kad. Nasib baik baki duit lain dapat diselamatkan. Pengajaran untuk saya jangan letak duit di conveyor belt masa bayar. Nasib baik RM1 je kena telan. Ok itu sahaja nak tulis. Jumpa lagi.



26 comments:

Mrs. A said...

Wah! mesti banyak saving dia tu.
Alhamdulillah.

Nur Asyiqin said...

Boleh klua asb dah ke?

NA said...

Alhamdulillah. Moga Mrs A pun murah rezeki.

NA said...

Dah keluar.

umminani said...

huhuu akak org ke 4 hari ini..tapi tak sebest dulu .... susut bnyk

NA said...

Yup tak banyak.

Nurul Shahira said...

Saya selalu transfer ASB masuk terus akaun Maybank, lepas tu baru keluarkan di ATM. Tapikan, macam mana boleh duit kena telan? Cashier tak perasan ke afa duit atas tu?

Umi Nazrah said...

Waalaikumussalam. Alhamdulillah rezeki sekeluarga 😊

norhidana said...

yelah mesti ramai yang kuarkan dividen asb skrg nih kan...
nasibla semua di permudahkan, jadi lancar je perjalanan kita tuh ye...
nasibla rm1 je kene telan, kalau rm50 ke rm100 nngis jugak kan

Wak Lat said...

nyonya tu nk kuar duit asb gak keew?

abes duit rm1 yg kene telan conveyor tu kene byr jugak ke? hehe ckp bia terang kak

NA said...

Alhamdulillah nasib baik singgit.

NA said...

Nyonya tu keluar daripada akaun RHB.
Yup kena bayar RM1 sebab tak boleh keluarkan duit yang masuk dalam. Maaf penerangan saya tak terang.

NA said...

Cashier tu tak perasan. Saya anggap salah sendiri sebab letak atas conveyor belt.

Scdha Sein (SS) said...

Selamat tahun baru... 😊

Nurul Shahira said...

Takpelah, benda dah nak jadi kan. Syukurlah yg tertelan tu duit RM1 je. Lepas ni lebih hati-hati k 😉

NA said...

Yup insya Allah memang tak lupa pun. Hehe.

NA said...

Tq.

ray said...

good reminder.tq

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah rezeki melabur di ASB kan. Memang penuh bank awal tahun ni.

mrhanafi said...

mana yang terlepas tu...kira sedekah sahaja

Julia Johari said...

Juju pun ada pengalaman keluarkan duit ASB, alhamdulilah dah selesai beberapa hari sudah minggu ni. Nanti nak kongsi kat blog nak buat apa dengan duit tu hehe

Mimie said...

Saya pun selamat keluarkan duit ASB sebab terpaksa topup perbelanjaan sekolah anak. Dah buat bajet sebelum ni rasa cukup ruoanya tak.

mamapp said...

S lalunya urusan asb makan masa

Athirah | Coral Tulip said...

Baru nak beringat simpan di ASB. Terima kasih atas perkongsian. :)

Nur said...

Saya macam nenek tu la, NA. Kalau thumb print saya memang tak lepas. Walaupun letak lotion. Maybank dah suruh saya pergi JPN, buat surat jari saya rosak. CIMB pulak, sampai ke branch manager saya jumpa. Hehe..

Nina Mads said...

lebih suka keluarkan duit ASB di pejabat dr ke bank.
kalau bank banyak songeh, sistem down itu ini alasan yg diberi