Nuffnang

Monday, April 26, 2021

Perlahan Dan Tetap

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat berpuasa. Lebih seminggu tidak menulis. 

Sebenarnya dalam belenggu dugaan. Dugaan hadir 2 hari sebelum puasa. Ingatkan ujian itu selesai dalam tempoh sekejap rupanya berlarutan hingga kini. Rasa ada batu besar hempap atas kepala sekarang.

Saya menghitung sehingga bila ia akan selesai. Harap tidak berpanjangan hingga bertahun- tahun. Allah tahu saya mampu bertahan hingga ada berbelas tahun ujian saya hadapi hingga selesai 100%. Perlahan dan tetap (slow and steady) sedikit satu-satu selesai.

Lebih baik perlahan dan tetap selesaikan sempurna walaupun ambil bertahun-tahun? Korang pernah hadapi ujian yang ambil masa bertahun-tahun untuk selesai? Lepas sudah selesai rasa macam hendak lompat bintang.

Biasalah rasa tidak sabar untuk ujian selesai.

P.S: Ujian Covid-19 ini pun ujian perlahan dan tetap.

32 comments:

Ako Retna said...

Apa pun ujian, harap menghadapi nya dengan kuat dan tak putus asa k..

Curheart.Bedelia said...

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Kadang pening juga kepala bila ujian tak selesai2, tapi benda tu lah yg menguatkan kita lagi dan buat kita belajar banyak benda.

Kalau utk saya, yg saya boleh fikirkan study je kot. Ramai kawan sebaya dah kerja dah pon, tapi perjalanan saya lambat sikit sbb beberapa masalah. Takpe lah, perancangan Allah tu yg terbaik. Pada pandangan manusia lambat, pd pandangan Allah, itu waktu yg tepat.

Azhafizah MN said...

Selamat berpuasa kak. Semoga ujian yang akak lalui selesai dengan pengakhiran yang baik. Saya doakan akak terus kuat dan sabar meneghadapinya. Yes, slowly but surely akan selesai juga dengan izin Allah :)

dear anies said...

ya mmg ada... smpi skrg masih belum selesai... kadang ada terbisik jg kata2 yg jahat suruh give up. tp sy pejam mata dan go on. menangis pun dah x larat...

harap kita semua jd lbh kuat dgn ujian2 ni...

nohas said...

semoga dipermudahkan urusan NA. setiap yg susah akan ada jalan penyelesaiannya Inshaa Allah..

Atiqah Najihah said...

Apa pun ujian yang Allah berikan kepada akak, moga akak tabah menghadapinya. Semoga terus kuat dan tabah. Apa apa masalah akan ada penyelesaiannya, antara cepat atau lambat :)

Kamsiah yusoff said...

Tiap manusia diuji sesuai dgn tahap kemampuannya..sabar dan insyaAllah ada pengakhiran yg manis utknya

Mrs. A said...

InSyaAllah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Yang penting jangan lari dari masalah.
Semoga dipermudahkan segala urusan NA

Nur said...

Semoga NA sabar hadapi ujian. Saya doakan, semoga ia segera berlalu pergi. Saya juga pernah hadapi ujian yang ambil masa bertahun-tahun. Cuba untuk tidak berfikir sangat, dan tanamkan rasa syukur serta redha.

mama tisya said...

Smoga dipermudahkan segala urusan

SalbiahM said...

Pernah dan masih diuji, mungkin sahaja ujian ini mengekori sampai mati. Saya doakan kak NA tabah menghadapi ujian dan dipermudahkn urusan

Ziana Eunos said...

moga tabah dan kuat hadapi apa jua ujian, ujian bantu kita lebih kuat dan dekat dgn allah :)
done follow sini juga :))

Shida Radzuan said...

Harap baik-baik saja ye NA!
Take care NA!

nona sani said...

Moga selesai dengan jayanya.. Slow and steady gitu... Kita mampu melaluinyaaaa! Hihi

Litah L said...

sama jg dengan sy siswina..masih dalam dugaan yang sama n masi dalam penantian bila la agaknya akan berakhir..

ujian kita mungkin berbeza but i feel u too huhu. semoga kita mampu bertahan dalam sabar dan semoga semua baik baik saja. inshaaAllah

take care sis!

Puan Hazel said...

Miga dipermudahkan segala urusan NA. Ujian tanda Allah sayang. Ada 2 pahala orang yg diuji; satu pahala ujian tersebut, satu lagi pahala sabar dgn ujian tersebut. Moga NA beroleh kedua-duanya 🤲🤲🤲

Ujie Othman said...

Apa pun dugaan yang sedang Na lalui, saya doakan semoga Allah beri Na kekuatan dan moga dipermudahkan urusan.
Insya Allah dengan kesabaran melalui dugaan, meningkatnya darjat Na disisi Allah.

Rabiahtul adawiyah said...

Semoga dipermudahkan urusan akak

Zhi said...

Moga urusan dipermudahkan. Aminn.

Semut Senyum said...

Assalamualaikum,
Doa saya, semoga Allah meringankan beban yang menghempap kepala tu. in shaa Allah semuanya akan selesai. Percaya pada percaturan Allah. Dugaan yang datang adalah untuk menguji keimanan kita, saya pun pernah alami bebanan hati dan perasaan berpuluh tahun lamanya. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha, akhirnya keluar juga tanpa sedar. Semoga kemanisan ujian ini menjadi milikmu. amiinn.. Selamat berpuasa.

Siti Yang Menaip said...

tak akan lari kita dari ujian.. memang rasa berat n tak tertanggung tapi insyallah akan hadir jalan keluarnya. semoga semua baik2 saja ya dan dipermudahkan segala urusan =)

NARDtheNERD said...

semoga dipermudahkan urusan sis ya :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tiap yg bermula, ada akhirannya. Begitu juga ujian hidup. Ia umpama terowong gelap, di hujung jalan pasti ada lampu2 terang menunggu. Ada la tu nanti titik nokhtahnya. Moga Allah permudahkan. Aamiin.

Mbul Kecil said...

semoga selalu dalam keadaan sehat dan dimudahkan segala urisan ya kak..

salam persahabatan dari Indonesia ^^

norhidana said...

semoga di permudahkan semuanya buat akak

dear anies said...

manusia perlukan ujian utk terus hidup... tanpa ujian tiadalah makna kehidupan...

fairus said...

Segalanya telah tertulis dan ia adalah qada'dan qadar Allah SWT.

Cik nadya said...

dah selesai ke? moga dipermudahkan kak :)

NA said...

Belum :(
Amin. Itu yang akak perlukan iaitu kemudahan.

Farrah MF said...

Moga dipermudah segala kesukaran dalam setiap urusan. Jangan putus asa ya. Insya-Allah, NA akan mampu hadap semuanya 😊

dear anies said...

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

babYpose said...

InshaAllah dengan baca surah Al-Insyiraah (Kelapangan), dapat menrungkaikan situasi. Ayat 5, Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. InshaAllah, rasanya dah selesai kan..