Nuffnang

Friday, September 17, 2021

Lampu Tidur Sebagai Hadiah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah dapat hadiah kerana tangkap nombor 1,111,111 di blog Shikin Razali.

Memula ada drama. Hehe sebenarnya hadiah ini sudah sampai hari Selasa (14 September) Masa itu abah ambil. Saya pula di bilik tidur memang tidak dengar pula van J&T datang.

Rasanya hari itu macam kelam-kabut sedikit. Mak dan abah tiba-tiba ambil keputusan hendak balik kampung. Saya ditinggalkan pesan untuk jaga rumah. Emak kata mungkin barang abah yang akan  dihantar secara COD tiba hari itu. Oklah saya tinggal seorang dengan duit. Untuk elak takut van datang saya tidak perasan, saya duduk bawah sahaja, pintu dapur dibuka supaya senang hendak keluar. Sekali sampai esoknya tunggu tiada.

Eh sebelum itu saya nampak ada satu kotak di tepi tangga. Saya ingatkan adik punya sebab abah tidak beritahu. Sebelum itu ada barang adik ada sampai. Saya memang terus letak kotak dalam bilik adik. Tidak tengok nama. Tidak tergerak hati. 

Sekali esoknya, Shikin whatsapps tanya barang sampai elok ke. Saya cakap barang tidak sampai lagi. Nanti sampai saya beritahu.

Kemudian Shikin whatsapps status barang saya sudah  dihantar dan diterima. Maaflah Shikin otak serabut, fikir benda lain. Haha tunggu barang abah, barang sendiri sudah sampai tidak perasan. Terus terfikir eh kotak yang dapat hari Selasa itu barang saya sendiri ke? Gelabah cepat-cepat pergi ke bilik adik. Tengok nama pada kotak. Memang ya. Cepat-cepat bagitahu Shikin sudah dapat dan terus buka tengok dalam kotak.

Haha hendak pasang lampu tidur pun mencabar sebab hendak keluarkan daripada kotak sangat ketat. Lega barang selamat sampai dan berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Macam rollercoaster. Lampu tidur ini ada 2 lampu. Satu guna mentol satu memang tersedia di kaki lampu. Lampu dipantulkan melalui kristal.

Lampu Tidur Kristal. Lampu Atas Dan Bawah



Tahu tidak barang abah masih tidak sampai. Ini ok lagi sebab COD. Aduh sabar sahajalah menunggu barang tidak sampai. 

Maaf Shikin, otak akak serabut hari itu.

Apapun terima kasih Shikin. Hehe harap tidak serik anjurkan peraduan. Maaf atas kelemahan akak.

P.S: Rasa serabut dengan macam-macam perkara. Doakan semoga dipermudahkan urusan ya. Terima kasih.

32 comments:

Bola Katok said...

Tahniah. Rezeki tu. Cantik tengok lampu tu.

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Wahhh.. memang pakar tangkap pv ni, tahniah!!

Kamsiah yusoff said...

Harap2 boleh tido dgn nyenyak..mimpi yg indah2 bertemankan lampu tido baru ya..

Azhafizah MN said...

Bila dah keceleruan fikiran dan banyak input, terus macam tak tergerak hati nak tengok nama kat parcel kan. Mujur juga Kak Shikin tanya. Hihi..Alhamdulillah..tahniah kak. Cantik lampunya.

Semoga segala urusan akak Allah permudahkan. Aaaminn...

Rabiahtul adawiyah said...

cantikk

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah
murah rezeki Na
cantik lampu tido tu
slmt lena tido ditemani lampu krisral nanti

babYpose said...

Alhamdulillah dapat rezeki lagi, bestnya, cantik hadiahnya, pemberi semua ada citarasa tinggi dan idea bernas, untung sis dan Tahniah, suka lampu payung, cosy.

Ako Retna said...

alhamdulilah, nasib baik shikin ctc NA, klu tak sampai ke sudah tak tau brg dah lama sampai ye hehehe..

Amie said...

Tahniah!
Seronok dapat hadiah.
Harap kuranglah sedikit rasa serabut tu.

Ain Athirah said...

Alhamdulillah. Tahniah kak. Cantik lampu
Semoga murah rezeki kak shikin

Akmal said...

cantik lampu tidur tu,, tahniah menang contest!
jemput singgah ke blog sy https://akmalishak.blogspot.com/

fairus said...

Menarik sekali hadiahnya

Etuza said...

lampu meja ..lampu antik tu ..tahnia memiliki lampu hiasan yang cantik

SalbiahM said...

aduh mesti serabut menanti dengan tudung sarung berhampiran. hehe. Apa pun tahniah untuk lampu baru. moga makin lena tidurnya

Semut Senyum said...

kadang2 kita ni mmg mcm tu kak wina.... saya pun sama. ada hari2 dia rasa serabut je. apa pun, cantik sgt lampu tu... tahniah kak, menang peraduan.

norhidana said...

cantiknya kak hadiah lampu tidur tu...

Wak Lat said...

murahnyer rejeki., aminn

Puan Hazel said...

Alhamdulillah rezeki NA lagi :)
Semoga semuanya baik-baik saja ye NA.

Shikin Razali said...

Alhamdulillah, akhirnya lampu tue selamat tiba ke destinasi..hihi saya pun cuak jugak bila akak cakap tak sampai lagi, sampaikan saya buat triple check kot-kot salah alamat... Insha Allah, ada contest lagi, saya buat.. Terima kasih pada akak kerana tak jemu-jemu untuk singgah ke jurnal saya...

Shikin Razali said...

Lupa pulak, saya doakan semoga semua urusan akak dipermudahkan...

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

cantiknya lampu tu

Shida Radzuan said...

pelan2 kak NA..mudah mudahan urusan dipermudahkan ye.
Tahniah dapat lampu tidur dari shikin :)

nohas said...

cantik lampunya..tahniah!

mamapp said...

Wow cantik lampu berchaya atas bawah. Tahniah ye

Ammi said...

cantik lampu..bestlah

OKje said...

Bertiga tu namanya NA… lampu pun lawa…. Stresslah komen hilang ni huhu

Farrah MF said...

Tahniah, NA. Cantik lampu tidur kristal yang diterima.

Mrs. A said...

Cantiklah lampu tidur tu.
Tahniah NA.
InSyaAllah setiap masalah pasti ada cara selesaikannya. DUIT.
Doa, Usaha, Ikthiar, Tawakal.

Nour Adieb said...

Rezeki, santek lampu tu

nona sani said...

Cantikkkk lampu tuu... rezeki.. hehe.. Terbaikk lah . teruskan menangkapp nomborrrr.. kih3

dear anies said...

tahniah NA! mlm2 x bergelap lg lps ni ;-)

Nina Mads said...

Alhamdulillah rezeki.. cantik lampu tidur tu. Nina xboleh tidur dlm gelap. Mesti kena buka lampu. Kalau tidak nk bangun ke bilik air tersepak mcm2