Nuffnang

Monday, September 13, 2021

Safi Anti-bacterial Shower Serai Lime Splash

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika hampir menghabiskan pek pertama mata tertancap pada ayat 'memberikan perlindungan harian untuk seluruh keluarga dengan membasmi 99.9% kuman secara berkesan'. Saya pun wah betul ke? Lepas itu ternampak bintang kecil *berdasarkan keputusan ujian In-vitro. Sudah google makna ujian In-vitro tapi kurang faham. 

Depan Safi Antibacterial Shower Serai Lime Splash


Nama pun Safi anti-bacterial  Shower Serai Lime Splash jadi mestilah ada pati serai dan limau nipis. Bahan-bahan ini merupakan anti bakteria semulajadi yang juga melindungi dan menenangkan kulit.

Belakang Safi Anti-bacterial Shower Serai Lime Splash



Saya beli pek berkembar isian semula setiap satu 850 ml sebab saya gunakan botol Dettol 900 ml sebelum ini. Cari juga Dettol tapi tidak berkenan dengan harga pek isian semula. Jadi cari yang murah sedikit. Ternampak pek berkembar Safi tapi tidak sempat baca. Rupanya jenis sama macam Dettol. Cuma cair sedikit daripada Dettol  yang sangat pekat. Bau pun kurang menyengat berbanding Dettol.

Adakah saya akan beli? Ya. Suka bau serai dan limau. Penggunaan untuk saya seorang ialah selama sebulan satu pek. Apapun saya lagi suka Dettol asli (bau pine) sebab boleh guna sedikit.

Harga pek berkembar ini rasanya RM16 lebih. Lupa. Nanti tengok balik.

16 comments:

nohas said...

bila pekat, guna sikit pun dah ok..bila cair, tendency nak guna banyak tu mmg ada..hehe..

limau + serai..kombinasi yg segar lg menyegarkan..

Azhafizah MN said...

Bauan rare ni serai dan limau nipis. Murah juga beli refill twin pack tu. Bau pine macam menarik juga.

Saya suka mandian dettol lagi. Dulu guna gold lepas tu sejak pek refill susah nak jumpa atau discontinue tak tahu lah. Terus tukar yang latest edition onzen honey & shea butter.

babYpose said...

Wah mesti segar ada limau, ada serai, sesekali tukar wangian lain-lain, cuma itulah kepekatan tu penting juga.

SalbiahM said...

In vitro setahu saya merujuk kepada ujian yang dilakukan dalam makmal. Ala yang kalau kita tengok iklan, nampak saintis tengah drip solution dalam piring petri atau tabung uji. itulah contohnya

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

bau serai dan bau limau memang menyegarkan tubuh badan , tambah lagi bila siap keringkan badan

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

gandingan bau serai dan limau nipis memang sangat wangi , lagi satu dapat menyegarkan tubuh badan

Kamsiah yusoff said...

Akak dok pakai lifeboy,lux..haha amik.ikut mana sempat ja

Atiqah Najihah said...

Memang segar rasanya tubuh badan kalau pakai sabun yang ada bau serai dengan limau ni, saya suka sabun pekat sebab pakai sikit pun dah cukup. Kalau cair, memang syok la saya duk picit picit hehehehe.

Ammi said...

ada yg pek kecik tu sbb dapat free masa beli syampoo. Untuk anak-anak kat rumah pakai syampoo je sudah. Dorang buat syampoo tu mcm beli 3 hengget je.

Amie said...

Aroma serai dan limau memang sangat menyegarkan. Saya pun suka.

mama tisya said...

ada bauan serai+lime mmg syok tu

Shida Radzuan said...

Bau lime or lemon shida suka kak NA..tp kulit ni sensitip xleh nk guna sebarang shower gel huhuu

mamapp said...

Serai line .. kombinasi yg best ni. Wangi danbbagus utk kulir

Farrah MF said...

Tidak silap saya, produk syampu Safi yang awal-awal dahulu pun ada gabungan serai dan limau ni.

dear anies said...

alaaa kena tunggu laa nk beli yg ni sbb sy baru je beli pek berkembar 3. lamabt lg abis nya ;-)

Nina Mads said...

Nasib baik kulit akak boleh pakai semua jenis sabun mandi. Kalau nina boleh pakai johnson n johnson saja