Nuffnang

Thursday, September 16, 2021

Tarikh Lahir - 10 Safar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam ini selepas Maghrib 10 Safar 1399 ialah tarikh lahir saya.  Diakui kurang ambil perhatian untuk tarikh lahir Hijrah. Malah dalam blog pun tidak pernah dinyatakan sebelum ini.

Saya lupa hari apa saya dilahirkan. Korang tahu tarikh lahir Hijrah? Kongsi pada saya. Mana tahu ada yang sama. Seronok juga dapat tahu.

Jangan lupa baca Surah Yassin, Al-Kahfi.

Ayat 45 Surah Al-Kahfi maknanya:

Dan buatkanlah untuk mereka (manusia) perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air (hujan) yang Kami turunkan daripada langit, sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi, kemudian (tumbuh-tumbuhan) itu menjadi kering dan mudah diterbangkan angin. Dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

26 comments:

Kamsiah yusoff said...

Selamat hari lahir ..semoga usia diberkati,senriasa dlm lindungan Allah..

babYpose said...

Sanah Helwah sis NA, moga dirahmati Allah swt dengan kebahagiaan dunia akhirat Aameen. Baru nak check.. lagi istimewa tarikh Hijrah.

Warisan Petani said...

Wak tarikh hijrah senang ingat sebab mak wak cakap wak lahir 3 hari sebelum puasa

mama sara nur @ Cik Nor said...

selamat hari lahir NA
semoga sentiasa sehat dan diberkati
cik nur bln zulhijjah
sb arwah mak bgtau dia lg ingat tarihk lahir anak2 semua dlm tahun hijrah berbanding bulan omputeh he hee

SalbiahM said...

Saya pernah periksa dulu. Rabiulawal, tapi tarikh dah lupa. Salam Jumaat in advance

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

selamat hari lahir

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

selamat hari lahir

Atiqah Najihah said...

Ehh dahh 10 Safar ke akak? Dalam telefon saya baru 8 Safar.
Alamakk saya punn kurang ambil perhatian tarikh lahir saya dalam bulan hijrah bila hehehe

Ako Retna said...

Kita lahir 13 rejab.. Hari isnin:)

Ako Retna said...

Pape pun selamat hari lahir NA

Shikin Razali said...

🌈🎉🎈🎊🍰🎂🎉🎈🎊
Selamat hari lahir diucapkan,
Semoga diberikan kesihatan yang baik,
Semoga Allah memberkati kehidupan akak sekluarga,
Semoga apa yang didoakan Insha Allah akan dimakbulkan,
Semoga Allah melindungi dan merahmati kehidupan akak sekluarga...
🌈🎉🎈🎊🍰🎂🎉🎈🎊

Saya plak dilahirkan 21 Syawal.. 😊

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Selamat hari lahir, semoga berbahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn.

Azhafizah MN said...

Selamat Hari Lahir kak.
Semoga Allah panjangkan usia dengan segala kebaikan, dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Aaminnn...

Saya pun tak tahu tarikh lahir Hijrah.

A m m i said...

Selamat hari lahir..
Sebaya kita rupanya ye..

Ammi 8 Syawal 1399 (Jumaat)

Abam Kie said...

selamat menyambut hari lahir ye.. yg ke berapa tu?

Mrs. A said...

Selamat ulan tahun kelahiran NA.
Samalah dengan Mrs. A kurang ambil tahu bulan Hijrah huhuhu sedih!

Amie said...

Happy belated birthday NA.
Saa tarikh dengan pembentukan Malaysia.

Ain Athirah said...

Betul. Kalau ikut kalender Hijrah ni asyik lupa sahaja. Saya 9 Zulkaedah hehe

Shida Radzuan said...

Selamat Hari Lahir Kak NA! moga dipermudahkan urusan ya.
sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta :)

mamapp said...

Sanah Helwah na.. mama 3 safar

Farrah MF said...

Maaf terlewat. Selamat hari lahir, NA. Moga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

OKje said...

Happy Belated Bezday NA semoga panjang umur dgn keberkatan, diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa dlm limpahan rahmat Allah… hihi kena google dulu Baru tau tarikh lahir Hijrah nampaknya

NA said...

Eh lupa jawab. Haah sudah 10 Safar.

Nour Adieb said...

sy 6 Safar 1413, kalau x silap la

dear anies said...

selamat hari lahir hijrah buat NA. semoga sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan yg baik

Nina Mads said...

Selamat hari lahir buat akak.. semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat