Nuffnang

Monday, November 7, 2022

Kenduri Kahwin Masakan Negeri Sembilan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam (Ahad, 6 November) kami menghadiri majlis resepsi sebelah lelaki kenalan abah dan emak ketika ke Maghribi/Sepanyol baru-baru ini. Nama bangunannya memang unik iaitu d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Tempatnya besar dan eksklusif. Banyak bahagian boleh buat acara khas dan terdapat fasiliti seperti kolam renang dan padang golf, spa, tempat makan. Maaf gambar tempat tiada sebab terus masuk dewan Halia dan Serai.

Salam tuan rumah terus diberi cenderahati. Terus ke tempat buffet tengok ada 2 jenis nasi. Nasi putih dan nasi minyak dengan lauk. Saya ternampak lauk masak lemak terus ambil nasi putih sahaja. Ada masak lemak ayam, masak lemak cendawan telinga kerana, masak lemak tempoyak lauk kayu dan petai, dendeng daging, ulam timun, sambal belacan dan sambal belacan. Ini yang saya ambil. Lain seperti ayam masak merah dan paceri (kalau tidak silap sebab tidak belek-belek) saya tidak ambil.

Pinggan Saya



Semua sedap, berasa tapi tidaklah pedas sangat lauknya. Dendeng daging itu ada bahagian liat. Biasalah. Apapun persekitaran makan memang selera. Dalam ini air sejuk sahaja (sirap ais dan air sejuk) dan air biasa. Saya cuma minum air biasa.

Kemudian keluar ke tempat pencuci mulut. Sini saya makan cendol songkok tinggi, apam balik nipis dari Paroi. Ada kuih-muih seperti kaswi, tapai, cucur badak. Air panas pula kopi o dan teh tarik<--- Ini semua saya tidak makan dan minum.

Balik buka beg kertas cenderahati ada 2 kotak. Kek coklat dan kuih bakar. Pertama kali dapat kuih bakar. 

Kuih Bakar



Bertolak keluar dari tempat ini tepat-tepat pukul 1 tengahari.

P.S: Seronok makan makanan kenduri.

29 comments:

Afzan said...

saya paling suka lauk kenduri taktau la kenapa rasa sedapnya hahaha
cendol songkok tinggi tu famous kan..

norhidana said...

kalau dana pun akan tuju yang masakan kampung kak, sedapnya menu dia tu.... siap ada cendawan telinga kera lagi...

Kakmim said...

Mmg seronok mkn lauk kenduri especially kalau lama dah x kenduri

Mrs. A said...

d'tempat country club memang macam-macam ada NA.
Kalau Mrs. A pergi wedding lebih suka pilih nasi minyak hehehee...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Oh, datang2 terus dapat cenderahati ya. Sy suka dapat makanan macam ni, balik boelh sambung ngeteh, haha.

nohas said...

Sedapnya masakan kampung, jarang jumpa lauk kenduri mcm ni..

Nur said...

Memang best makan kenduri kawin ni.
Sikitnya NA makan. :)

Amie said...

Bagusnya ada dua pilihan nasi. Yang tak makan nasi beraroma, bolehlah pilih nasi putih. Lauknya pun sedapp-sedap pula tu.

Saleho said...

makanan lokal memang dari dulu hingga sekarang tetap lebih nikmat dan lezat daripada makanan luar

Warisan Petani said...

Kalau di JDT ni, kenduri kendara dah buat hari sabtu sebab hari ahad hari bekerja

mama sara nur @ Cik Nor said...

BAGUS gift kuih bakar, dpt mkn. KALAU majlis kawen ni bg ciknur elok dan suka gift berupa mknan , blk rumah blh mkn he hew

Nina Mads said...

makan kenduri di negeri lain2 ni mmg jumpa kelainan dr segi masakan dan gift kenduri.

Azhafizah MN said...

Kalau ada lauk kenduri kadang tak tahu nak pilih nasi putih atau nasi minyak. Nasi putih memang sesuai dengan lauk pauk kampung. Sedap tu ada masakan lemak dan sambal daun kayu. Mesti cepat habis tu. Pemanis mulut cendol songkok tinggi memang terkenal di Negeri Sembilan terutamanya Serembanlah.

Puan Hazel said...

Kalau sy pun pilih menu lauk-pauk ala kampung tu... Suka masak lemak semua tu...

mrhanafi said...

orang kenduri memmng bab makan best..

lebih-lebih kagi tuan punya rumah orang berada

Ujie Othman said...

Sedap menunya. Paling saya suka - tempoyak daun kayu dan dendeng.
Cenderahati yang menarik dan pasti habis di makan. Bijak tuan majlis.

anamizu said...

sy pula kalau pergi kenduri, akan rasa serba sikit hehehe

Tengku Sofia said...

Terasa lamanya tak pergi kenduri.

SalbiahM said...

Saya pun lagi suka lauk kampung berbanding nasi minyak. Tapi tulah tak tahan pedas masakan N9

Fieza Sani said...

akak pun kalau ada lauk masak lemak, confirm ambil yg ni je..tambah ada ulam + sambal belacan..tak pandang lauk lain..hehe...

dear anies said...

best nya lauk pauk mcm ni... mmg berselera dibuatnya

Abam Kie said...

sudah trend skrg buat kenduri di hotel atau dewan restoran. cuma kat tempat sy di Kelate ni masih byk buat di rumah lagi.

mamapp said...

penah pergi dulu kenduri kat nogori 9, first time try rendang pucuk paku sedap oo

Záty Rose said...

lama dah zaty tak pergi kenduri. tak ada sesiapa nak jemput ke huhuhuuu XD

Yaya Mohd said...

sedap makan ...Alhamdulillah..
hehe

dear anies said...

kalau setiap kenduri mcm ni perghhh nikmattt

fanny_dcatqueen said...

Sebelum pandemi saya sering dapat undangan menghadiri wedding teman. Tapi skr nih dah jarang, Krn kebanyakan teman dah menikah. Yg belum nikah, rasanya dah memutuskan tak menikah 😅. Rindu juga hadir di wedding event begini, bisa mencicipi menu2 buffetnya..

Sha Mohamed said...

Meria menu makanannya.. Pencuci mulutnya pun menarik semuanya..

Suria Amanda said...

Lama plak x pi kenduri kawen...eh xde yang nak kawen ke bulan 12 ni erk..hehehe