Nuffnang

Friday, November 25, 2022

Terima Parcel Kuning Diraja Hari Isnin: Coffee Cup And Saucer

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Isnin 21/11 yang sibuk dan memenatkan. Pukul 6 petang lebih anak buah ketuk pintu bilik hulur parcel kuning diraja ini.

Terima Parcel Kuning Diraja Hari Isnin: Coffee Cup And Saucer



Tahu siapa yang hantar sebab dia sudah beritahu. Maka bukalah bungkusan tersebut.

Lucky Coffee Cup And Saucer



Mula-mula ingat set cawan dengan piring biasa sebab nama pun cawan kopi dan piring. Apabila buka dalam nampak seperti 'piring' seperti tapak cerek elektrik. Cuma ini guna wayar USB seperti wayar cas telefon bimbit. Kira mudah dibawa. Cuma hati-hati sebab cawannya seramik. Mudah pecah.

'Piring'nya ada butang on. Jadi letak cawan berisi air. Saya letak air koko dan ia akan sentiasa panas pada suhu 50-55 darjah Celcius. Ia dikatakan suhu sesuai. Ada penutup cawan dan sudu yang comel (tiada dalam gambar).


Air Koko Sentiasa Hangat Sesuai Minum



Bolehlah selalu minum air yang agak suam tanpa tunggu lagi. Saya letak cawan dan piring di bilik tidur, boleh bersedia minum bila-bila masa. Terima kasih kepada blogger Shikin Razali   --> wwww.shikinrazali.com yang hadiahkan kepada saya cawan dan piring elektronik. Saya terpilih melalui undian sebagai salah seorang 10 tukang komen. Alhamdulillah tuah saya terpilih untuk bulan November. Banyak hadiah Shikin beri saya guna dah. Macam- macam dapat. Saya hargai sangat-sangat.

19 comments:

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..tahniah kak. Menarik sangat ni. Boleh menikmati air sentiasa suam panas je.

AiniHalim said...

menarik tu.. senang tak perlu ke dapur nak panaskan air..

Afzan said...

wah cantik unik la hadiahnya NA..

Carneyz said...

Wah, berguna sangat hadiah ni. Kadang2 tgh leka buat kerja terlupa air dah makin sejuk. Tahniah dapat hadiah sebagai pengomen :D

Hanamiko Sakura said...

kak NA selalu rajin mengkomen. haha, tahniah

Sha Mohamed said...

Wah.. Minumannya akan sentiasa hangat.. Menarik.. Tahniah awak..

dear anies said...

alhamdulillah lps ni rajin laa NA buatkan kopi utk sy...🤭😉

Obat Sakit 2011 said...

benar indah. tahniah ya

Amie said...

Alhamdulillah. Tahniah dapat hadiah.

Yaya Mohd said...

assalammualaikum cik na

wahh bestnya hadiah
Alhamdulillh rezki =)

Puan Hazel said...

Menarik hadiahnya.
Tahniah NA 👍

Djangkaru Bumi said...

Selamat ya
Alhamdulillah, saya ikut senang

Penghuni 60 said...

Alhamdulillah, tahniah... ^_^

syuhada salleh said...

tahniah NA!

SalbiahM said...

Menarik hadiahnya. Shikin memang pandai pilih hadiah

Wak Lat said...

wahh tahniahnyer dpt hadiah unik guna teknologi piring cerek elektrik canggih juga nih., ;p

Hanafi Abdullah said...

wah tahniah...semoga gembira dan bersemangdat dalam dunia blogging

dear anies said...

best best👍

nohas said...

tahniah, praktikal hadiahnya...