Nuffnang

Wednesday, October 15, 2025

Beli Arwaa Mi Tarik Opah X Wowshop

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Pesan hari Khamis lepas hari ini (Rabu) baru dapat. Alhamdulillah.

Teringin hendak cuba produk daripada artis Ardell dan suami.

 


Kotak Depan : Arwaa X Wowshop


Buka kotak (unboxing) 

2 Kotak × 5 Bungkus Mee Kari Opah, 2 Kotak × 5 Bungkus Mee Sup Tulang Opah, 1 Kotak × 5 Bungkus Mee Teow Tomyam Opah, [PERCUMA] 4 Bungkus Mee Bandung Opah 



1 bungkus mee bandung Opah sudah beri pada Abah yang bawa balik kampung.

Bukan mi segera tapi mi tarik yang kena masak. Ada cara memasak di belakang.

Harga RM119 tapi saya dapat diskaun dan bayaran semula cuma bayar RM98.

Sebenarnya saya ingat nak cuba hari Sabtu atau Ahad lepas tapi barang tidak sampai lagi. Hari ini pula saya buat spageti tomyam berkrim. Jadi lain kali tunggu waktu sejuk.

Spageti Tomyam Berkrim



Korang pernah makan?
Korang cadang saya cuba mana dahulu?


23 comments:

Suria Amanda said...

Tak pernah cuba dan baru first time tengok...

adnil linda said...

linda tak pernah cuba lagi..nanti boleh cuba cari kot

Sueann said...

Belum pernah try...nnt bagi feedback tau...try mee bandung dulu...

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Belum pernah cuba ..sedap x ?

Carneyz said...

Baru tau ada produk ni.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kita dah order tapi belum bayar, hahaha. Banyaknya Na beli.

Tot said...

Tahu yang Ardell ada produk sendiri. Produk mee tarik rupanya. Saya tak pernah cuba. Cer NA try mee kari dulu. 😊
Rajin, NA masak spagetti tomyam. 😋

Etuza said...

Asalamualakum, saya nak maklumkan hadiah dah ada ,.esok akan di poskan ya. Semoga sampai dengan selamat aamiin..

Etuza said...

Baru tahu ada produk ni, pasti laris di area sana kan..

NA said...

Saya mungkin tiada di rumah tapi harap-harap parcel itu sampai hari Isnin atau Selasa.

Abam Kie said...

macam unik je mee tarik ni. belum pernah makan dan harus dicuba nanti!

Mak Lin said...

Tak pernah cuba lagi ni, sedap tak?

Etuza said...

Semoga sampai di tempat ditujukan ya..gembira saya jika niat memberi sampai pada orangnya

Ujie Othman said...

Tak pernah tahu produk jenama Opah ni. Nanti NA buatlah review ya.

Etuza said...

Pekerja tu kata Isnin baru gerak ( 21/10/2025) kebetulan cuti Deepavali lagi, harap sampai kiriman saya ya. Doakan selamat, kerana kiriman tu agak bernilai juga..amal jariah memberi. Ya Allah selamatkan sampai kepada Blogger Na. Aamiin..

Etuza said...

Klik blog saya baca ruangan komen ya Na..maaf ganggu..

nona sani said...

Nona Baru makan Mee Kari Opah baru ni .. Beli tu je... Sedappppp Mee Kari nya!! Cukup rasa Kari pekat Dan pedas manja...Nyummmmm

Rabiahtul adawiyah said...

Tak pernah makan lg

NA said...

Tq, Nona bagi pendapat tentang rasa. Itulah rasa tidak sabar untuk cuba mi kari. Insya Allah.

abuikhwan said...

belum pernah cuba lagi.. mungkin sedap kut.. hehe

Djangkaru Bumi said...

Wah saya jadi penasaran, seperti apa cira rasanya

nayfatimahrasyid said...

cikbunga tak pernah lagi ... dulu order kat wow shop adalah alquran ;)

NA said...

Dah cuba semalam. Sedap dan tidak berapa pedas.