Nuffnang

Sunday, December 7, 2025

Hijau Zaitun Untuk Hari Keluarga

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah Hari Keluarga Haji Sabtu dan Hajjah Fatimah (arwah Atuk dan Uwan-keluarga belah Emak). Buat di PD dan cuaca sangat cerah.

Suka tahun ini sebab t-shirt warna kegemaran hijau zaitun. Tq pada Mok yang uruskan.

T-Shirt Hari Keluarga 2025




Sarapan di luar.

Sarapan Di Tepi Kolam Sebelum Senamrobik Dan Sukaneka



Sedih saya tidak menang langsung untuk acara individu. 

Kemaskini:

Ada yang kata letak gambar sedikit. Maka tambah sedikit gambar lagi.

Hajah Fatimah Di Tengah Bersama 10 Anak-Anak Yang Duduk. Menantu (Berdiri)



Maka cubaan letak video senamrobik



Sukaneka- Hantar Belon Berisi Air Ke Belakang




Baling Bola Masuk Pelampung





Pakai Kain Pelikat Sementara Belon Di Udara

Cubaan Pakai Kain Pelekat



13 comments:

Suria Amanda said...

Cantiknya warna...SA suka...

Cuya said...

Takpe ada rezeki lain yang Allah nak beri kalau tak menang tu... inshallah

Ujie Othman said...

Alaa Na, kenapa sikit sangat share gambar?
Cantik warna baju. Saya pun suka warna olive.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Cantik hijau zaitun. Tak ada rezeki nampaknya nak menang acara individu tu. Mungkin ada rezeki lain pulak kot.

NA said...

Gambar dan video terlalu banyak. Hehe sebenarnya nak jimatkan ruang dalam bligspot tapi saya sudah tambah gambar dan video.

Tot said...

Best giler, nampak aktiviti semua sangat fun dan semua orang enjoy. Syok, ada family day. Baju pun cantik. 👍

Ujie Othman said...

Hehe…maaf dan terima kasih Na pasal gambar tu. Tak pasal Na kena kemas kini tambah gambar dan video pulak.

Bila tengok video, barulah nampak ramai ahli keluarga yang dapat meluangkan masa. Nampak meriah sangat.

iamfuzy said...

menarik aktiviti tu dan yg pasti semua dapat enjoy kan

Puan Hazel said...

Seronok berkumpul sesama ahli keluarga begini. Happening nampaknya gathering ni. Warna baju pun cantik 💚

NA said...

Takpe. Bagus juga ada video boleh disimpan dalam blog untuk tatapan pada masa akan datang.

abuikhwan said...

cantik baju..saya pun suka kaler hijau.. belum menang lagi ..next year menang hadiah besar hihi

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Seruuu banget yg lomba pakai sarung sambil menjaga bola jangan jatuh 😄😄. Bisa nih utk pertandingan pas hari kemerdekaan di kawasan rumah saya kak 😄

anamizu said...

waahhh cantik la color hijau zaitun! meriahhhhhhnyaaa family day NA!