بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah selesai Ramadhan pertama. Tahun ini pertama kali juga buka puasa dan terawih di surau Al-Falah iaitu surau di kawasan rumah. Sebelum ini sama ada buka puasa dan terawih di rumah atau di masjid yang bukanlah dekatpun.
Semalam buka di surau tidak tahu bagaimana cara. Maksud saya adakah makan kurma dan minum air kemudian solat Maghrib? Rupanya sini makan terus lepas itu baru solat. Makanan yang ada disediakan secara potluck. Abah dan emak bawa kurma, limau mandarin dan ayam goreng kunyit (Mok bagi kami, dia masak untuk jualan bazar Ramadhan di MITC tahun ini).
Maaf tiada gambar di surau saya dan suasana ketika berbuka. Ada ingat hendak bawa telefon tapi malas nak bawa. Saya berbuka makan kurma, nasi minyak, ayam masak merah, ayam goreng kunyit, kuih burger Malaysia, vadei (ingat jemput-jemput sebab bentuk bebola), air teh tarik jangan dilupa dan air biasa. Syukurlah makan ala kadar. Habis makan terus solat Maghrib dan kemudian iktikaf sampai Isyak dan terawih.
Ini makanan berbuka rumah Uwan, adik perempuan buka sana dan Auntie Nani.
Khas ada siput sedut masak lemak dan kuih sopang.
Alhamdulillah 1 Ramadhan- malam dan siang hujan sejak lepas Zohor jadi sejuk.
Apapun tahun ini puasa yang berbeza untuk tahun-tahun sudah.


No comments:
Post a Comment