بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Mak Lang Lina datang harijadi Uwan dan mengajak kami semua ke majlis tahlil dan aqiqah di rumahnya minggu hadapan pada 11 pagi. Gembira hati dapat datang kenduri lagi. Mak Lang Lina ialah adik kepada arwah Pak Ngah Yid yang meninggal pada bulan puasa lalu.
Kami datang awal pada pukul 10:30 pagi Sabtu. Datang dapatlah pilih tempat duduk dan ambil buku Yasin. Buku Yasin yang ekslusif, berkulit keras. Cetakan untuk Majlis Agama Islam Johor.
Lebih kurang pukul 11 pagi bacaan Yasin dan tahlil dimulakan.
Selesai bacaan Yasin diberi beg cenderamata.
Selepas itu dijemput ke khemah makan. Memandangkan orang ramai beratur di stesen nasi, saya pergi ke khemah kambing golek. Kiranya saya orang pertama atau ke-2 yang ambil daging kambing. Tenang-tenang makan sambil mata melirik ke stesen nasi dan lauk. Makan kambing golek sampai habis. Tengok tiada orang beratur, baru saya bangun untuk ambil.
Ada kari kambing. Saya ambil hati kambing. Ingatkan daging. Ada nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah dan jelatah.
Pukul 12 tengahari lebih, habis makan nasi. Kuih tidak dapat habiskan. Maka masuk kuih dan jeli kelapa dalam beg cenderamata. Isi beg cenderamata terdapat biskut coklat. Tidak sempat makan biskut Julie ini, tinggalkan di bilik tidur kampung. Lain kali boleh kudap.
Petang baru habiskan kuih dan jeli kelapa yang diambil.
Oklah jumpa lagi edisi kenduri dan makan-makan. Ada lagi minggu ini.










13 comments:
Cantik buku yassin tu. Exclusive sangat. Hard cover.
Alhamdulillah majlis tahlil berjalan dengan lancar. Ada goodies bag dan makanan meriah siap ada kambing golek lagi tu.
Rezeki jangan ditolak :)
Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan ...
alhamdulillah..rezeki dapat memenuhi undangan...
Kambing golek tu biasanya cepat habis, kalau lambat ambil tak merasalah 😄
Nasi dan lauk pauk nampak sedap. Kambing golek pun lengkap dengan side dish-nya. Selamat makan kenduri.. 😊
Alhamdulillah...majlis aqiqah mesti ada menu kambing kan...feveret tu...
wow ada lambchop tu yang best! menu aqiqah memang sedap2
Selalunya stall kambing golek la yang paling panjang beratur!
Meriah menu nya.... cantik yassin nya tu kak.
Alhamdulillah saham akhirat, dapat gif lagi kan..terbaik..
Uiihhh area kambeng golek takde quee 🤭 Memang tenang ye makannyaa. Rezeki NA dapat attend kenduri kendara 💝
Waaah kalau saya pasti ke stesen kambing golek yg sepi 😍😍. Kalau DTG ke kenduri nikah atau apapun, biasanya saya dan suami lebih suka mencoba menu yg bukan nasi 😄. Kecuali menunya nasi semua, baru lah makan itu
Post a Comment