Nuffnang

Wednesday, July 1, 2026

Hadiah World Cup Tumbler 2026

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai termos Piala Dunia FIFA 2026. Sebenarnya saya tidak ikuti sangat Piala Dunia ini sejak Miroslav Klose bersara. Kurang semangat sokong Jerman.

Apapun terima kasih Cik Notie sebab anjurkan pemberian termos percuma sempena Piala Dunia. 

Parcel yang diterima berwarna hitam.

Mari buka.

Parcel Keriangan



Tengok deskripsi parcel ada tulis  WC2026 Tumbler Florian Wirtz 30 Top Player. Hehe tidak kenal siapa. Terpaksalah google pemain no 17 ini. Takpelah tidak popular buat masa ini. Mana tahu akan datang popular dan sehebat Klose. Umurpun baru 23 tahun. Klosepun masa mula main pada tahun 2002 (umur 24) saya tidak berapa kenal. Lepas itu popular banyak jaringkan gol tapi masih namanya tidak segah pemain lain. Pelik jugalah. Lantaklah asal banyak jaringkan gol.

17 Florian Wirtz



Lepas itu marilah kita cuba isi air panas dalam ini. Isi berhati-hati. Terfikir macam manalah hendak nampak suhu air terkini. Rupanya kena tekan bahagian tengah bulatan hitam lama-lama. Haha kasihannya baru tahu.



Suhu Air Panas 97°C



Tq Cik Notie. Semoga murah rezeki.


1 comment:

en.me said...

tahniahnyer., me pon dpt tumbler jugak., hehe