Nuffnang

Tuesday, July 28, 2026

25 Julai 2026: Walimatulurus Izzati Dan Hazrin

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hari yang mendung ketika itu. Hujan dari pukul 11 malam tadi sampailah ke pagi hari kami hendak pergi. Hujan tidak berhenti. Sekejap lebat sekejap renyai. Siap pakej guruh dan petir.

Nama Pasangan Pengantin Yang Diraikan Di Hadapan Tepi Kiri Pintu Masuk



Jemputan daripada pengantin perempuan kepada Abah. Pekerja di pusat dialisis. Majlis diadakan di Balairong MITC Melaka berdepan dengan Restoran Al-Marjan yang malangnya telah berhenti operasi.

Masih Hujan Dan Hadapannya Ialah Restoran Al-Marjan Yang Terbiar



Kami (saya,Emak,Abah dan anak saudara Azim) sampai depan dewan pukul 11 pagi. Kami orang ke-2 sampai. Hehe bagusnya sampai awal boleh ambil gambar dengan tenang tanpa orang. Saya suka pelaminnya kombinasi hijau dan putih. 

Pelamin Serba Hijau Putih

Bufet Makanan Utama Dan Air

Antara Menu: MLCA Nangka Muda

Tempat Basuh Tangan Ada Disediakan Cecair Pencuci Tangan Dan Tisu



Suasana dalam dewan ini sejuk sangat. Mungkin dengan penyaman udara dan cuaca hujan di luar. Ada aiskrim kon itu tapi saya tidak ambil. Saya cuma ambil nasi dan kuih. Semestinya teh tarik atau apa-apa air panas. Nasi yang saya ambil, nasi putih dan nasi hujan panas. Lauk ayam masak kerutuk, daging masak hitam, salad, timun, sambal belacan dan MLCA nangka muda. Kuah masak lemak itu memang pedas sesuai dengan selera saya. Kuih pula saya ambil kuih ketayap.

Makanan Dan Minuman Yang Diambil



Masa hendak balik, orang masih tidak ramai dan hujan masih turun. Kitorang sekejap sahaja di sini. Pukul 11:30 pagi kami sudah bersalam dengan tuan rumah. Saya dapat beg cenderamata begini.

Beg Cenderamata


Tisu, Sudu Dan Garfu, Air Mineral



Balik rumah petir kuat macam kena bom. Memang hari itu cuaca mendung sampai ke malam. Rasa macam bulan 12, musim hujan. Cuaca sejuk. Saya seorang di rumah. Emak dan Abah balik kampung lepas hantar saya balik ke rumah.


20 comments:

Suria Amanda said...

Selamat pengantin baru Izzati dan Hazrin...best kalau duduk rumah sorang- sorang..hujan plak...syahdu kalau dapat lelap mata

Roziah @ Cie said...

Sedapnya lauk kenduri. Selesa kenduri dalam dewan.

uncle gedek said...

Macam uncle la... suka datang awal... Cepat sampai cepat balik

Carneyz said...

Menarik menu kenduri di sana. Jarang2 jumpa daging kerutuk dan nangka muda masak lemak cili api di kenduri belah KL ni.

Puan Hazel said...

Inilah kenduri yg dapat tisu sama dgn Sy tu NA ye...

NA said...

Haah sebiji sama.

Eyma Balkish said...

Bagusnya datang awal, boleh ambil dan makan dengan tenang :)

Sis Lin said...

Lamanya tak makan nasi kenduri.. Sabtu ni ada jemputan, harapnya dapat makan nasi minyak sedap hehehehe

Afzan said...

husband saya pula jenis suka ajak pergi kenduri last minute,kadang sampai orang dah nak berkemas,makan yang lebih2 je..aishh la

Yaya Azura said...

Saya suka juga campur 2 jenis nasi dan 2 lauk kenduri. Ambil serba sedikit nak rasa.

Pizzah said...

Cantik pelaminnya. Sejuk mungkin sebab masih tak ramai orang dan mungkin juga cuaca di luar sejuk. Bagusnya ada sediakan sabun basuh tangan sekali. Lauk pauk dia sedap tu.

Pizzah said...

Tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Aamiin...

Etuza said...

Menyantuni jemputan kahwin..tahniah, alhamdulillah selamat ke rumah..sunyi juga kan bil sorang kat rumah..

Etuza said...

Tahniah ya teratas komentartor..rezeki NA lagi tau..

Aisya Ismail said...

Nasib baik wedding dalam dewan. Tak risau cuaca kat luar sana.

SN Faaezahh said...

Cantiknyaa deko warna putihhh hijauu🩷

Masak lemak nangka tu konfem sedapp. Jarang orang buat.

Aynora said...

Cantik dewannya, dpt buah tgn apa tu?

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Cantik pelaminannya memang , putih dan hijau. Segar mata melihat. Sayang pula hujan ya kak. Padahal dah masuk musim kemarau kan. Kalau JKT kering kerontang 🤣🤣. Memang tak hujan2 ..

Syaz Rahim said...

Selamat pengantin baru buat Izzati dan Hazrin! Walau cuaca mendung, alhamdulillah majlis berjalan lancar. Moga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah.

Tot said...

Best dapat pergi makan kenduri awal, orang tak ramai, boleh makan dengan tenang. Hujan pula tu, nyaman suasana.