بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Hari ini dapat juga tunai zakat secara khultah untuk ASB. Punyalah hari itu cuba buat di pejabat pos Tampin tidak berjaya. Alhamdulillah tanpa dirancang sebab ikut Emak dan Abah pergi Hospital Melaka. Alang-alang Emak tunggu Maybank Bukit Baru buka dan saya pergi tandas di Masjid Al-Azim lalu cawangan ASNB yang sudah buka pukul 8 pagi lebih.
Singgah masuk pejabat selepas singgah tandas Masjid Al-Azim, minta nombor giliran untuk tukar ke Kelas B (pihak ASNB buat potongan untuk kita) Kiranya saya dapat pelaburan bersih selepas zakat. Saya ada 2 akaun dan dua-dua saya buat zakat khultah.
Oklah untuk makluman korang, korang boleh buat zakat khultah melalui 2 cara iaitu:
- Melalui aplikasi myASNB atau
- Kaunter atau kiosk cawangan ASNB atau ejen (pejabat pos,bank-bank)
Kalau korang sudah tukar ke Kelas B maknanya korang TIDAK boleh tukar ke Kelas A. Lepas itu orang kaunter bagi borang untuk tandatangan persetujuan.
Alhamdulillah satu beban hilang. Malas hendak kira dan keluarkan duit untuk zakat. Tq untuk MR asyik ingatkan suruh bayar zakat, solat malam jangan culas, banyakkan puasa sunat. Hehe mentang-mentang baru setahun lebih masuk Islam semangat betul untuk amalkan semua rukun Islam dengan segera. Apapun moga Allah beri kekuatan untuk tegakkan walaupun susah.
Nasihat produktiviti. Klik sini


11 comments:
Alhamdulillah..selesai satu perkara untuk akak. Peringatan yang bagus. Syukur masih ada insan yang mengingatkan kita.
Aamiin...
Alhamdulillah.. moga dipermudahkan segala urusan
aamin YRA...
semangat tahun baru.. nie yang kita nak
Alhamdulillah…baru tau ada pilihan begini.
Alhamdulillah. Saya pun sudah buat untuk zakat. Melalui aplikasi MyASNB saja.
Alhamdulillah, terima kasih for the info..nak buat jg, senang kan..dapat bersih..
Alhamdulillah. saya pun baru tukar minggu ni melalui apps. takpela dividen dapat tak banyak pun, yg penting dh siap2 tolak zakat
dah siap2 tolak zakat tu ok
Alhamdulillah dimudahkan urusan..
Faa balik malaysia baru nak buat macam ni, senang siap2 tolak je. Try buat dalam apps tak jadi. Suruh ke kaunter berdekatan.
Inipun selalu saya sisihkan pertama kali tiap dapat income. Cuma memang saya lebih suka memberikan zakat saya ke orang2 yg saya tahu memang membutuhkan. Jadi bukan lewat lembaga zakat. Ada juga lewat lembaga zakat, hanya saja kalau dapat bonus misalnya. Tp kalau income tiap bulan, zakat harta, itu lebih suka KSH langsung ke anak2 asuh yg saya biayai sekolahnya.
Post a Comment