Nuffnang

Wednesday, June 22, 2011

Teruskan Menulis Wahai Diri



Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Harap pembaca semua ceria dan sihat hendaknya.

Syukur alhamdulillah pandangan muka tulisan meningkat. Kena selalu mengingatkan diri untuk selalu mengasah menulis supaya ada peningkatan aliran idea dan gaya penulisan. Blog merupakan platform untuk sentiasa mengeluarkan idea. Kalau tak, tumpul kalau tidak diasah selalu.

Saya ingin membaca pembaca ke alam kenangan ketika saya menghabiskan cuti SPM saya di mana saya menghadiri kursus penulisan deskriptif dan kreatif yang dianjurkan PENA dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka di rumah PENA KL. Kursus ni bukan sehari tapi berminggu-minggu juga. Pengajar pun bukan calang-calang antaranya Keris Mas, penyajak/pelukis Khalil Gibran dan lain-lain tak ingat. Haha.Setiap orang ajar cabang penulisan seperti cerpen, novel, sajak, rencana dan sedikit lukisan.

Peserta-peserta yang ikuti kursus pun bukan orang biasa. Macam Kak Julia puisi dia pernah disiarkan di Utusan Malaysia. Waktu Khalil Gibran mengajar tentang penghasilan puisi, Kak Julia ini yang banyak bertanya dan minta input serta pandangan malahan siap beri sajak yang dia dah buat. Ada sorang kakak ni pula waktu Keris
Mas bersyarah pula, dia suakan cerpen minta beliau sunting dan minta pandangan. Saya pula? Haha tiada karya nak tunjuk pada sesiapa. Sampai Prof Keris Mas tanya pada saya, "awak ada cerpen yang hendak disunting?" (lebih kurang ayat) Bila cakap tiada, beliau cakap "mulakan menulis sekarang." Dalam hati terdetik, "eh sempat ke?"

Waktu penulisan deskriptif pula, saya tiada masalah nak buat. Pensyarah suruh tulis satu rencana. Saya tulis, hantar kepada beliau dan saya dapat terbaik antara peserta-peserta lain tapi itupun masih ada kekurangan. Kena kritik juga, tulisan saya kurang menerangkan subjek yang beliau berikan. Hehe saya cakap pada Kak Julia, "ala akak pandai tulis puisi sebab tu kurang cemerlang dalam penulisan deskriptif." Hehe. Jadi kiranya saya meneroka cabang penulisan saya minat. Rupanya saya lebih ke arah penulisan deskriptif daripada kreatif tapi Prof Keris Mas masih suruh saya tulis cerpen (penulisan kreatif). Dia siap suruh pos cerpen ke alamat rumah dia (rumah dia di Bangi tak tahu sekarang dia tinggal mana). Haha sampai sekarang saya tak pos. Maaf yer Prof. Saya ada cuba menulis cerpen tapi masa tu saya dah dapat tawaran
masuk induksi. Waktu induksi menulis juga tapi lama-lama sebab sibuk dan tiada masa nak berangan dan berfikir untuk menulis maka terhenti separuh jalan.

Jadi eloklah sekarang ini saya mengasalah semula untuk menulis. Biarlah lambat macam siput tapi harap-harap ada hasilnya.

Jumpa lagi.


Membuat Mayonis Mudah Dan Aktiviti Merayap



Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada pembaca setia blog saya.

Hari ini saya berpeluang membuat mayonis mudah. Cuba-cuba buat. Rasanya cair mungkin terlebih minyak. Kalau nak cuba bolehlah bahan asas

2 biji telur

Lada hitam

Secubit garam

Cuka

Minyak masak

Eheh mula-mula masuk bahan kecuali minyak masak dalam pengisar makanan. Lepas tu masukkan minyak sedikit demi sedikit. Rasa dan kalau puas hati baru hentikan mengisar.

Memandangkan saya tiada lemon maka saya tak masukkan. Kalau nak lagi sedap masukkan perahan sebiji lemon semasa masuk minyak.

Ok cerita lain pula. Belum berpeluang untuk keluar berjalan. Salahkan cuaca panas dan rumah yang amat selesa serta banyak kemudahan. Haha. Nanti kalau terpaksa (atau memaksa diri) maka akan berlaku juga sesi berjalan merayap.

Kepada bekas rakan sekolah saya, terima kasih kerana setia membaca blog ini dan terima kasih kepada pembaca senyap yang saya tak tahu siapa. Sokongan korang yang membuatkan saya seronok nak menulis blog. Jumpa lagi. 

P.S: Bagi yang duduk di hemisfera utara yang terletak di garisan 23 darjah 26 minit utara, selamat menempuh hari ini. Hari yang siang, terang-benderang yang panjang (soltis musim panas)

Memang Seronok Merayap Waktu Musim Panas Yang Tiadalah Panas Sangat Pun! Nyaman Jer